Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Februari 2013

Konspirasi UFB terdedah - Debat olok2 terkantoi.

Kantoi.

Itulah hakikat sebenarnya. Untuk memahami episode neh lebih mendalam korang kena tengok sini dan sini. Dah faham kronologi citer baru faham apa yang aku nak sembangkan kat bawah neh beb.

Pertamanya, ini negara demokrasi. Kalau hari neh ko nak masuk PAS esok ko nak masuk UMNO, suka ahti la. Hak masing2. Siapa kita nak tentukan hak dia untuk memilih parti apa..? Tak demokrasi la macam tue. Dan tak demokrasi la kita kalau kita sendiri tak faham maksud demokrasi dalam erti sebenar.

Kedua nya, tak kira la ko nak berjuang ikut parti apa pun, asasnya sebagai seseorang yang ada label agama pada penampilan fizikal, pendidikan, ko patut mengelakkan diri daripada menipu dan mempedaya orang. Ko ialah ikon islamik, ko sendiri yang angkat dan paparkan diri ko seperti itu, dan dalam islam, kita tak dianjurkan untuk menipu.

UFB telah melakukan penipuan dan propaganda dalam kes perdebatan olok2 di taman equine. Atau mungkin Ufb sendiri tertipu dan terpedaya? Takpe, kita tunggu penjelasan Ufb selepas neh, tapi kita akan nyatakan pendapat kita terlebih dahulu.

1. Mula2 UFB pongpang2.. ucapan pembukaan la..  lepas tue tetiba ada kertas kecik datang kat UFB.. konon nya ajak dialog. Dari babak ini tak nampak macam UFB terpedaya.. sebaliknya nampak macam UFB pun turut sama berlakon.

2. Then Ustaz Riza / Reza naik pentas. Tanya soalan. Oke la.. tanya soalan. Tapi tadi propose ajak dialog. Bila dah depan mike cara bercakap macam bertanya soalan. Ini sesi soal jawab ko tanya dan UFB jawab ke? Kalau sesi tanya, cakap je la awal2 sesi pertanyaan antara orang PAS dengan orang UMNO. Takyah pongpang cakap nak berdialog ke apa. Di wall FB penyokong UMNO siap cakap ahli pas serang ceramah UMNO..nampak sangat merepeknya weh.

3. Siap ada kertas atas podium tue.. cuba perhatikan mata Ustaz Reza kat mana.. adakah dia sediakan kertas terlebih dahulu sebelum nak berdialog? Tak salah. Tapi korang tengok soalan dia tue ada banyak.. seperti dia yakin kesemua soalan2 tersebut pasti akan dibacakan..

4. Lepas tu macam baik pula UMNO biarkan ahli2 PAS bertanya dan naik pentas berucap bagai.. selalunya kalau ada je orang2 pas nak bertanya pun tak boleh. Ini siap berucap dan meluahkan perasaan.. lepas tue yang paling lawak ialah Ustaz2 PAS tadi seme isytihar sokong UMNO BARISAN NASIONAL. Then suruh semua orang sokong BARISAN NASIONAL. APA JADAHNYA YANG KORANG BUAT TUE HAH?

Duduk dalam PAS bertahun2, berjuang dalam PAS bertahun2, lepas tue terus sokong UMNO dalam satu sesi soal jawab? Ada pendirian ke ko? Ko pasti ko jadi ahli pas bukan ikut-ikutan? Ko pasti ko jadi ahli pas setelah ko memahami keseluruhan perjuangan PAS?

5. Then Ustaz Reza dan temannya siap buruk2kan PAS atas pentas. Khawarij la syiah la, mutazillah la seme terkeluar beb. Seme terkeluar. Takde yang baik dah dalam PAS. Mengaku takan keluar PAS tapi dalam masa yang sama suruh sokong dan undi BN. Betul ke otak dorang neh?

6. Yang peliknya Ustaz PAS tanya pendek2, tanya isu2 yang betul2 dimainkan oleh UMNO berulang2 melalui media massa.. then UFB pun bagi la jawapan standard UMNO.Kenapa bukan Ustaz PAS betulkan salah faham yang wujud dalam hujah UFB? Apsal ko iyakan pula salah faham tersebut?

7. Lepas tu kalau korang perasan, time UFB berucap.. tetiba Ustaz PAS akan bagi hint.. dah perintah 55 tahun.. nanti UFB jawabla.. hudud.. nanti UFB jawab la.. aik.. ko datang situ nak berdialog ke ataupun nak bantu UFB berceramah dengan bagi point2 ketika dia sedang berucap?

Tapi itu tak pelik sangat. Yang pelik tue tujuan ko ke situ untuk berdebat/berdialog tapi apa yang berlaku ialah ko bagi plak point2 ketika UFB sedang pongpang2 atas pentas, logik ka? Wehh tak logik wehhhhh.. LAWAK lagi la ada.

8. Last2 Ustaz PAS cakap..

Itulah sebahagian dari apa yang saya rasa.. apa yang kami orang2 pas rasa.. persoalan2 yang bermain dalam benak kami.. saya pas saya belum keluar saya tidak akan keluar dari pas.. saya nak sebut.. saya nak sebut tuan2.. saya nak sebut apa.. saya sebelumnya tuan2.. nasib baik tv tu harga seribu dua ribu tuan2.. kalau tv tu harga lima kupang.. aku sepak hari2.. tak boleh tengok langsung tak boleh terima langsung.. apa saja propaganda kerajaan saya tidak akan terima.. saya juga lama tak baca suratkhabar.. sekarang sejak berkawan baru baca surat khabar.. saya nak tuan2 nilai..

** Err.. tetiba je?  Dah lama duduk dalam PAS tetiba satu malam lepas debat terus sokong BN ?

Menyedari hal ini.. kebodohan diri sendiri.. Menyedari hakikat ini.. menyedari hakikat ini.. saya kira cukupla ianya menjadi kebodohan saya.. saya menyeru.. saya menyeru kepada teman2 pas yang lain..bermuhasabah la.. 

Ke ada orang syiah sini macam PAS..?

** apa maksud soalan ini?

Saya berhenti daripada PAS kerana PAS sudah jadi parti pasembor..

** Tadi kata takan keluar pas lepas tu sekarang cakap berhenti dari pas pula.. apa la lawak gile ustaz neh.. tengah2 taip neh aku tergelak sendiri. Kelakar siot..

Kali neh dan seterusnya.. memberikan sokongan penuh kepada kerajaan.. [bn] memberi dokongan kepada umno dan barisan nasional.. kepada kepimpinan najib atas perkara2 yang maa'ruf saja.. kepada perkara2 yang mungkar kami berlepas diri.. 

** Apsal ko tak buat pendirian seperti di atas dengan PR pula? Dengan BN boleh? Dengan PR tak boleh?

Sebagai komitment kami kepada kerajaan barisan nasional untuk memenangi pru ke 13 ini..

Haizhhhh..

Then ketua penaja pas pula masuk dan naik atas pentas. Panjang lebar penjelasan.. kekecewaan dan sebagainya.. lepas tue siap berikrar nak bagi sokongan kepada BN.. dan membantu BN merampas kembali selangor..

Hadoiii..

Nyahkan LKS, LGE, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim..

Dan jadi progrgram lawak.. ada ke debat macam neh hah?

Sebenarnya yang kedengaran suara orang2 bising tue aku tak rasa semuanya sokong Ustaz Reza. Ada yang pelik dan geleng2 kepala melihat adegan tersebut.. mungkin dalam ahti dorang berkata.. KEBODOHAN APAKAH YANG AKU BARU SAKSIKAN INI? AGAK2LA WOIT NAK BUAT LAWAK.

Betul tak Jai Ismail?

KAH KAH KAH

Lagi satu.. bab gereja terbesar tue. Dan2 je nak salahkan PR. Itu sebenarnya diluluskan di bawah BN. Walau apa pun tak patut kita persoalkan benda yang dah diluluskan... kenapa korang mainkan isu agama seolah2 penganut2 kristian neh takde perasan? Kenapa nak takut kat gereja besar kalau kita juga ada masjid besar2? 

Pernah tak UFB tanya siapa yang luluskan projek tersebut sebelum pongpang2 kutuk kerajaan selangor? UFB, kalau sungguh nak jadi calon.. tolong la berhenti bercakap tanpa fakta. Rajin2kan diri cari info sebelum letakkan tuduhan membuta tuli. 

Tapi.. tapi di atas ini tidak le besar kantoinya berbanding gambar di bawah. Gambar yang dipetik dari wall Abu Aqif. Gambar yang menunjukkan betapa rapatnya perhubungan mereka berdua. Sebenarnya kalau nak keluar PAS tu keluar je la. Nak masuk UMNO tue masuk je la. Nak meluahkan rasa kekecewaan tue luahkan je la.. tapi kenapa perlu buat drama swasta bagai seolah2 nak bagi persepsi bahawa Ustaz PAS kalah debat dan dan masuk UMNO? Ini amalan seorang ulama ka? Tak boleh ka bersikap jujur? 

Pendapat aku, kalau nak kempen UMNO, mengaku je terus terang. Tak payah claim sana sini aku orang PAS then nak undi UMNO sebab kecewa.. padahal ko memang sokong UMNO pun.. ko dah ubah pendirian politik ko, so buat apa sibuk2 heret nama PAS sana sini.. apa ko risau kalau ko mengaku ko ahli UMNO takde sesiapa nak layan drama swasta korang? Inilah UMNO.. nak berkempen pun gunakan taktik menipu.. sabar je la..



Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200452341897966&set=pb.1439255398.-2207520000.1361345457&type=3&theaterhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200452341897966&set=pb.1439255398.-2207520000.1361345457&type=3&theater

Haizhh dah makan sekali.. dah kenal.. dah lebih dari debat dan dialog tapi boleh plak depa berdebat olok2 atas pentas? Kalau nak debat sangat.. p sana sahut cabaran MAZA.. bukan buat drama macam neh UFB wehhh.. malu la sikit..

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...