Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 Februari 2013

Kronologi Penahanan Nick Xenophon di Malaysia.


Siapa Nick Xenophon?

Wakil rakyat dari Australia, seorang senator yang masih berkhidmat dalam parlimen Australia dan seorang aktivis yang aktif dalam NGO2 human right's, hak asasi manusia , dia participate dalam beberapa forum dalam dan luar negara dan memang aktif bercakap pasal human right's, independent MP.

Apa isu dia di Malaysia yang sampai kecoh Worldwide neh?

Dia ditahan daripada memasuki Malaysia dan larangan tersebut menyebabkan isu neh menjadi hits di berita luar negara/dunia.

Kenapa larang dia masuk? Apa dia buat?

Dia dilarang masuk malaysia kerana dipercayai membawa ancaman/menganggugugat keselamatan dalam negara. Arahan di keluarkan oleh Hishamuddin Hussein, Menteri di KDN.

Betul ke dia berbahaya?

Ya dia berbahaya kepada UMNO barisan nasional. Citer asalnya bermula begini. Dia participated pada BERSIH 2 sebagai pemerhati. Dia juga di undang oleh AJK Bersih untuk memerhatikan/memantau perjalanan tuntutan BERSIH dan PRU itself, sebagai pemerhati bebas/luar. SPR juga terlibat dalam PRU negara lain sebagai pemerhati dan ini adalah amalan biasa bagi mana2 negara membenarkan/mengizinkan pemerhati luar memantau perjalanan PRU negara, bukan tujuan nak campurtangan atau tentukan apa2 dasar, hanya bertindak sebagai pemerhati bebas dan berikan ulasan serta penilaian berdasarkan apa yang dia lihat ketika PRU sedang berlangsung. Itu jek.

Ketika BERSIH 2 berlangsung, dia menyaksikan kekejaman polis malaysia dan fru terhadap peserta2 BERSIH. Di mana ketika itu kami dilarang masuk ke dalam kawasan KL untuk berhimpun, kami juga dibantai dan dipukul, disembur dengan air, dikejar, di provoke, ramai yang cedera dan ramai yang ditahan. Nick Xenophon kemudiannya memberikan respon terhadap apa yang dia lihat ketika itu, sudah tentu penilaian dia tidak menyebelahi BN dan PDRM.

Penilaian dia juga disiarkan di media antarabangsa. Susulan dari tindakan itu, UTUSAN MALAYSIA telah menfitnah Nick Xenophon sebagai seorang yang anti-islam. Fitnah itu kemudian nya di ambil perhatian oleh Nick Xenophon melalui undang2. Dan UTUSAN kemudiannya minta maaf di atas artikel fitnah itu apabila ditekan atas nama undang2. 

Disebabkan tindakan Nick Xenophon pada BERSIH 2 inilah menyebabkan dia ditahan baru2 ini. Ditahan dari memasuki Malaysia. Dia yang baru sampai dari Australia telah ditahan di lapangan terbang oleh pegawai polis atas sebab membawa ancaman dalam negara. Dia dilarang menggunakan telefon dan bercakap dengan sesiapa ketika ditahan. Walaupun dia menerima layanan baik namun larangan dia untuk memasuki malaysia tidak sah. Ini kerana tiada bukti bahawa dia membawa ancaman kepada negara.

Rekod, dia memasuki malaysia untuk bertemu dengan beberapa pihak atas beberapa urusan. Antara individu yang dia akan jumpa ialah Anwar Ibrahim dan Nazri Aziz. Nazri Aziz ialah Menteri di JPM. Adakah bertemu menteri merupakan satu ancaman pula?

Rekod, Nick Xenophon tidak pernah mengeluarkan apa2 kenyataan berbaur fitnah. Kalaupun dia bercakap sesuatu, dia akan cakap sesuatu dengan fakta kes. Beginila cara orang luar berhujah, matang dan tentu sekali, tidak memainkan isu2 peribadi.

Betul ke isu neh memalukan negara kita? 

Ya. Ia menunjukkan betapa DEMOKRASInya negara kita. Yang menarik media2 bila bercerita mereka sebut BARISAN NASIONAL untuk quote tindakan yang dilakukan ke atas NICK XENOPHON. Automatik ia mencemarkan imej dan kredibliti BARISAN NASIONAL itu sendiri. Lue yang buat keputusan tersebut, lue tanggung la persepsi itu sendiri.

Di Australia, isu neh menjadi isu besar. Media mereka memainkan isu neh secara meluas bahkan pemberitaan mereka melaporkan isu neh lebih dari 6 minit.. betapa mereka mengambil berat atas layanan yang ditunjukkan oleh kerajaan malaysia ke atas Nick Xenophon.

Beberapa pemimpin Australia menuntut penjelasan terhadap insiden tersebut, termasukla menteri luar mereka. Berita penahanan Nick Xenophon juga masuk ke media luar seperti media USA, Britian dan world news. 

Pemimpin Australia menegaskan mereka menghormati kerjasama dan hubungan erat yang terjalin antara malaysia - australia tetapi layanan ke atas Nick Xenophon tidak boleh diterima dan kerajaan malaysia harus memberikan maklum balas atas perkara tersebut.   

Tapi dia terlibat dalam human right's yang pro GAY, apa citer pula?

Dengar sini, Nick Xenophon ialah bukan orang islam. Dia ialah orang Australia, jika dia ada pandangan bahawa golongan GAY harus dilayan dengan adil, itu hak dia la. Apakah dia terikat dengan cara hidup dan budaya kita disini? Dia berasal dari negara lain, bagaimana dia mahu GAY di layan di negara dia adalah HAK dia la, dia disini tak bercakap pasal GAY tetapi bercakap pasal PERJALANAN PILIHANRAYA YANG BERSIH, TELUS DAN ADIL. Kena reti bezakan kes. Jangan main generalise jek.

Lagi satu tak payah la nak berlagak alim nak mampos. Hari neh ko sembang kencang pongpang2 pasal Nick Xenophon yang terang2 non muslim tue.. ko cakap kena tolak sebab dia pro GAY, habis tue.. tak ke kena tolak BN juga atas sebab2 tertentu? Aku takmo tulis. Penat dah tulis akhlak pemimpin UMNO dan BN. 

Lue fikirlah sendiri. Akal ada di dalam otak lue, usaha untuk lue menilai baik buruk pun ada pada lue, kemampuan untuk lue mencari tahu kebenaran pun telah Allah swt berikan, tinggal lagi lue berusaha untuk bangkit, mencari, mengkaji, menganalisis, dan memutuskan sendiri. Tak guna gua pongpang2 tepi telinga lue, cakap itu neh kalau lue sendiri tak usaha untuk mencari dan menilai, jadi lue tentukan apa yang lue nak sokong. Pokoknya sokong la ia kerana lue tahu apa sebenarnya yang berlaku, bukan kerana apa yang orang suruh lue sokong. Bai.
   
Rujukan ;

http://dinmerican.wordpress.com/category/elections/

http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapacific/view/1254602/1/.html

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=cSstCeToE_g

www.youtube.com/watch?gl=US&hl=en&client=mv-google&v=DCj_BO0RJCo

http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/nick-xenophon-denied-entry-to-malaysia-expects-deportation/story-fn59niix-1226579358593

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...