Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 Februari 2013

Isu Perang Lahad Datu : Skandal, konspirasi, realiti atau propaganda?


Aku rasa dalam seminggu neh kecoh bab Lahad Datu. Macam2 yang orang cakap. Tak kira la sabahan or luar sabahan. Versi cerita setiap orang berbeza2. Ada yang cakap..

Militan masuk lahad datu sebab nak rampas sabah.

Noo.. ini semua konspirasi bn je.. buat2 jadi hero dan suruh undi bn last2 minit..

Keturunan Sultan Sulu mengamok.. mereka nak dapatkan hak dan tuntutan mereka terhadap Sabah..

Sebenarnya kan, dorang cuma nak minta naikkan elaun dan pembayaran tahunan jek.. perbincangan sedang dijalankan..

Kerajaan philipines sebenarnya kencing najib. Mula2 dorang buat2 berlakon setuju dengan perjanjian damai. Itu sebenarnya nak alihkan tumpuan najib je. Then dorang akan serang dan tawan sabah. Itulah niat asal mereka.

Actually ICJ tak layan tuntutan keturunan sultan sulu terhadap sabah.. kes tak boleh pergi ke ICJ, kalau kes boleh pergi dah lama dah riau tue johor claim. Sebab tue militan mengamok dan tunjuk taiko.

Hak eneyyyyy...... aku orang sabah aku pun tatau citer. KORANG SEMUA SAPA HAH? SIBUK JE. SEMUA AMAN2 DI SABAH AJE OKE.

Der, please read below. Then you will know oke. <-- Aku kata.

Hehe.
  
Begitulah antara komen2 yang aku baca. Di laman facebook dan blog. Of course.

Hehehe.

Mula2 ketika insiden neh kecoh, menteri kita si Hishammuddin Hussien ada keluarkan statement. Dia kata segala2 baik di Lahad Datu. Jangan percaya pada spekulasi dan kata2 yang tersebar di internet.



                          Lelaki, perempuan, tua dan muda, siap sedia dengan senjata mahu err.. menawan sabah? 

Then selepas beberapa hari dia keluarkan statement rundingan sedang dijalankan. Maksudnya segala2nya baik itu bermaksud pasukan keselamatan berjaya amek alih kawasan yang sedang bergolak itu. Dan kemudian nya mewujudkan rundingan damai. Apa yang susah sangat nak berunding? Dah beberapa hari berlalu dan pasukan gerila pro sultan sulu takmo keluar2. Awatnya?

Inila yang dorang sebarkan di internet. Mereka bukan nak rampas sabah. Tetapi mereka nak tuntut naikkan elaun tahunan mereka. Spekulasi tau.

Yang sebenarnya sabah neh berstatus sewa-beli. Rujuk surat di atas oke. Wiki pun ada. Link kat bawah aku dah paste kat bahagian rujukan. Pajakan ataupun sewa-beli dari keturunan sultan sulu. Kerajaan kita setiap tahun bayar sewa pajakan ini. Dan status pajakan ini pula hampir tamat. Yang mana berakhir pada tahun ini. Mac 2013. Spekulasi umum. Kalau status pajakan ini tamat maka secara automatiknya sabah ini sabahan yang punya.

Philipines nak rampas Sabah.

Ya, ini la antara teori menarik yang tersebar. Ini bukan sekadar cakap2 kosong. Bahkan kita ada link berita untuk menguatkan pertuduhan dan cakap2 kita. Harap Hishammuddin Hussien boleh berhenti menipu kita dan menyedapkan ahti rakyat sabah. Kes neh bukan sesuatu yang kita boleh diamkan.

Rujuk link ==>  http://www.asianewsnet.net/Philippines-to-pursue-natl-interest-in-Sabah-claim-42892.html

Kenyataan yang sedap dibaca, automatik terkantoi la sudah Hishammuddin Hussien kita ;
Roque said the president could bring the country’s claim to Sabah before the International Court of Justice in The Hague, and hoped that Malaysia would agree to such an action.

If the government filed a claim with the United Nations to compel China to respect Philippine rights to explore and exploit resources in the West Philippine Sea, it could do the same with its claim to Sabah, Roque said.

“If we’re able to challenge China, why not Malaysia? It doesn’t involve a superpower,’’ he said. 

Depa nak bawa gi ICJ? Waklue. Sabah bukan negeri tak berdaulat. Suka2 lue nak jajah lue jajah, suka2 lue taknak jajah, lu tak jajah. Apa lue ingat SABAHAN BANGSA MEREMPAT?

BERPERANG la kita kalau PHILIPINES berani RAMPAS SABAH.

Bahkan keturunan Sultan Sulu dinasihatkan berpakat dengan kerajaan Philipines bagi memudahkan untuk merampas Sabah. Sebab Philipines yang anti islam itu sanggup berhenti berbalah dengan pasukan GERILA apa tah nama dia lupa plak, sebab mereka idamkan benda yang lebih besar dari itu iaitu SABAH.

Namun, dari apa yang aku baca di blog keturunan Sultan Sulu plak, p mampos la sama philipines pembunuh umat islam no 2 di dunia selepas israel. Bukan itu idaman mereka. Apa yang mereka inginkan ialah merdekakan keturunan sulu dari mana2 penjajah, bahkan mereka nak buang terus warganegara philipines tue.

Mereka mahu merdeka dan bersatu atas nama ISLAM.

Wow.. nampak cantik.

Rujuk sini :  http://tausug-global.blogspot.com/ 
Tapi WHY sabah terheret dalam isu neh geng? WHY?

Susur galur sejarah Sabah.

Kalau ikut susur galur sejarah, sabah ini dimiliki oleh kesultanan borneo suatu ketika itu. Keturunan sultan brunei. Kemudian di hadiahkan kepada sultan sulu. Sebagai menghargai jasa dan bantuan yang dihulurkan oleh sultan sulu kepada sultan borneo. Hapuskan pemberontakkan dalaman yang juga punca kejatuhanan empayar sultan brunei ketika itu. Sejak itu secara rasminya sabah ini kesultanan sulu yang punya. Hak berpindah tangan.

Kemudian, masa berlalu. Dunia ini akhirnya dikuasai oleh dua kuasa besar. Portugis dan eropah. Orang2 british akhirnya menguasai sabah melalui perjanjian bersurat. Antara syarikat british dengan kesultanan sulu. Dan begitulah sabah jatuh ke tangan british. Hak berpindah tangan sekali lagi disini. Namun antara syarat2 perjanjian tersebut ialah syarikat british kena bayar pampasan setiap tahun = ufti kepada kesultanan sulu = lebih kurang macam menjual sabah laa sampai ke satu tempoh tertentu.

Macam kita beli barang hutang. Bayar tiap2 bulan secara ansurans. Dah habis bayar habislah ansurans.

Inilah yang berlaku antara sabah, kesultanan sulu dan british.

Tapi akal sultan sulu memang cerdik la juga. Ada ahti buat pajakan sewa beli. Kalau dibanding dengan sultan err... sultan mana tah. Terus dia bagi. LEGO wa cakap lue. 

Jangan marah ek.  Hehe.   

Sabah bumi merdeka. 

Ketika malaysia merdeka, ketika sabah dan sarawak merdeka sepatutnya perjanjian tue tak valid. Ini kerana sabah ialah bumi merdeka. Siapa kesultanan sulu tue? Kemerdekaan sabah patut diraikan dengan menamatkan terus bayaran pampasan or ufti kepada keturunan kesultanan sulu. 

Tapi kerajaan kita tak buat. Bayaran ini berterusan dan puak mereka semakin perasan sabah hak mereka. Kelakar siot.

Datang melancong jalan2 bawa senjata api.

Ini juga antara yang tersebar di internet. 



Citer kartun di atas.

Maaf edelyn aku tak kata ko. Aku cakap citer kartun la kalau korang seme percaya pada media2 massa di mana2 negara. Mana2 media massa di mana2 negara memang kaki propaganda. Kebanyakkannya begitu. Even Aljazeera pun ada propaganda tersendiri. Terserah lue nak hadam macam mana.

Kalau dijemput dari awal lagi mereka takan bawa senjata. Ini logik asas. Kalau dijemput takan masuk ikut laluan belakang? Mesti ikut laluan depan ma. Ini lagi satu logik asas. Kalau dijemput apasal keturunan kesultanan sulu takmo keluar sabah selepas didesak keluar? Siap buat kenyataan kalau mati, eh mati la. 

Ini ciri2 dijemput ke?

Kalau ini ciri2 konspirasi, apa perlu ada panel mendesak kerajaan philipines bawah kes ke ICJ? Bila sabah kena rampas pun ko nak cakap berlakon lagi ke apa neh? Kalau kes ini benar2 di bawa ke ICJ kita bimbang kalah sebab kita err BN.. aihhhh..

Tapi yang menarik, ada keturunan asal/sulu juga tak rela menawan sabah geng.   

Orang philipines pun tak rela Sabah diserang.

Kalau baca komen2 dari orang philipines dorang sendiri tak suka rampasan dan perang berlaku ke atas sabah. Antara sebabnya ialah ;

1. Sabah lebih baik di bawah malaysia.

2. Mereka boleh cari rezeki dengan aman.

3. Keturunan asal / rakyat asal sulu yang sama etnik dengan sabahan lebih sukakan sabah di bawah malaysia berbanding philipines.

4. Rakyat philipines sendiri tak suka kan kerajaan mereka.. atas faktor2 agama dan double standard amalan kerajaan mereka.

5.. Kalau perang berlaku or rampasan kuasa, mereka akan bersama2 sabahan untuk halau geng2 dari tanahair mereka sendiri. Pergi la MAMPOS. Bukan best pun dok bawah philipines tue. Begitulah serba sedikit pandangan yang aku dapat simpulkan hasil pembacaan komen2 di pelbagai blog english [philipines].

Runding cara baik, pantas dan jangan bagi philipines amek kesempatan.

Kecintaan kepada islam. Kalau sungguh keturunan kesultanan sulu cinta kepada islam maka rundingla dengan mereka. Jangan runding vote bn, you citizenship, want ah?

Jangan2. 

Rundingan damai dengan menyelesaikan tuntutan berbangkit. Yang pasti jangan beri peluang kepada kerajaan philipines anti islam itu amek kesempatan. Philipines neh boleh dikatakan negara yang aku menyampah sebab anti islamnya cukup menebal. Kalau baca komen2 puak depa kat yahoo group memang cam lahanat. Macam mana la orang islam boleh bernafas di bumi itu.

Tapi harus diingat, bukan seme warga philipines anti islam. Ada yang baik cuma yelah, belum berkesempatan jumpa dan kenal. 

Bagi aku tugas hishamuddin ialah ;

1. Hapuskan terus status pajakan.  

2. Wujudkan pelan damai tanpa pembabitan kerajaan philipines.

3. Suruh tentera kesultanan sulu jangan melayan tuntutan dan desakan bawa kes sabah ke ICJ. Buang masa.

Kenapa aku cakap buang masa? Sabah negeri berdaulat geng. Tak patut dijajah sana sini lagi. Kes sabah neh boleh jadi cam kes Acheh. Kalau pun sabah jadi philipines punya menerusi tuntutan mahkamah, kita sanggup harung jalan perang. Ingat, kita ada scorpene, lue ada apa?

Ini semangat kaum dayak dah memuncak. Sampai ke sarawak kes neh tersebar..

 
Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151500858792318&set=a.10150303780527318.357559.145541907317&type=1&relevant_count=1

Sabah sabahan yang punya.

Sabah ini sabahan yang punya. Orang2 sabah ini berkuasa mutlak atas sabah kerana sabah bumi merdeka. Aku percaya sabah juga tak rela dijajah kembali oleh sesiapa pun. Dan walaupun kita nak undi PR dalam PRU-13 tetapi dalam isu neh kita mesti bersama2 BN untuk menghalau militan dari Lahad Datu.

Di samping itu, kerajaan bn kena hentikan pemberian IC kepada warga2 philipines atas nama undi BN. Jika mereka layak dapat IC, sayangkan malaysia, kita tak kisah. Semakin ramai orang di malaysia kita pun suka. Bumi ini Allah swt yang punya. Kita tak patut kedekut2. 

Jadi jika mereka sanggup nyahkan kewarganegaraan philipines, mahsuhkan pajakan secara total, batalkan tuntutan tak berasas dan bersama2 malaysia menjaga kedaulatan, aku tak fikir ia mustahil untuk dilaksanakan.

So sebagai negeri berdaulat, merdeka, BN sepatutnya menyelesaikan tuntutan ini dengan tidak mengkecikkan ahti rakyat sabah. Dan kita juga berharap SABAH akan kekal berdaulat tanpa penglibatan dan claim dari mana2 pihak yang mengatakan sabah ini aku yang punya ini kerana sabah ini sebahagian dari malaysia dan rakyat malaysia akan bersatu mempertahankan sabah dari dijajah buat kali ke berapa tah.. lue kira la sendiri geng. Bai.


Rujukan  :  http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/room-for-negotiations-still-open-to-solve-intrusion-issue-in-lahad-datu-hishammuddin

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/02/22/to-whom-does-sabah-belong/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Suluk

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah

http://sariminsorno-sarimin.blogspot.com/2013/02/pendudukan-tentera-asing-di-lahad-datu.html

http://www.melvister.com/2013/02/berita-terkini-pencerobohan-di-lahad-datu-sabah.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolissahkanpencerobohdiLahadDatuberketurunanSultanSulu/Article/index_html 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...