Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Februari 2013

18,000 Restoran Mamak Bantu Jentera BN.

Boikot. 

Kata mereka mari la kita boikot restoran mamak kerana menjadi alat BN. Perhatikan keratan akhbar kat bawah neh hah ;



Pertama, kalau kita ikut laluan demokrasi, kita akan sedar dan faham bahawa pemilik2 restoran mamak ini bebas menyokong sesiapa pun. 

Kata2 bisnes is bisnes itu betul. Tetapi kata2 peniaga tak patut tunjukkan sentimen sokongan atau condong kepada mana2 pihak itu salah. Peniaga juga rakyat malaysia. Peniaga juga pengundi. Dan peniaga juga ada hak nak sokongan sesiapa. Jika kita mahu hak kita untuk mengundi PR difahami, apa sebab kita menafikan hak pemilik restoran mamak untuk menyokong dan berkempen bagi pihak BN?

Bukan kan ini menunjukkan betapa kontra nya sikap kita dalam meneliti sesuatu perkara?

Demokrasi itu terpakai untuk semua. Be it penyokong PR mahupun penyokong BN. Hormati hak itu.

Jadi tak perlu marah2. Ataupun maki2 pendirian mereka.

Kedua, sebagai customer, hormati juga hak dan pendirian mereka. Jika mereka nak boikot premis perniagaan yang paparkan bendera BN itu adalah hak mereka. Bila korang dah berani paparkan sokongan, berani juga la hadapi jawapan balas kepada tindakan tersebut.

Ini demokrasi beb.

Lue bebas sokong dan bantu bn.

Dan ada juga yang bebas nak boikot dan menyampah kat lue.

Kalau lue hilang ataupun keuntungan lue susut, mohon jangan disalahkan yang memboikot. Terima saja la apa yang berlaku kerana ini la keputusan kita, yang sendiri tetapkan, bukan paksaan orang lain. Simple as that. 

Tapi kan.. aku was2. Aku was2 jika pemilik2 ini berani pasang bendera bn di premis mereka. Ataupun kempen2 mesra BN. Jangan2 angka 18,000 ialah angka yang diperbesar2kan.. jangan marah arh..

kah kah kah   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...