Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 Februari 2013

Penjelasan isu SMS fitnah PAS.

Assalam Tuan Blogger Amenoworld,

Merujuk kepada tulisan Tuan pada 15 Feb 2013 yang bertajuk "SMS fitnah PAS tersebar".

1) Untuk pengetahuan Tuan,  rakan saya yang tinggal di Sri Andalas Klang juga dapat sms ini. Pada mulanya saya pun merasakan ini adalah fitnah kepada PAS. Masakan PAS buat perkara begini dan saya yakin seperti Tuan juga bahawa ini adalah fitnah.

2) Tapi sangkaan saya meleset. Saya telah menghubungi Pejabat Parlimen Shah Alam iaitu Pejabat YB Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor) melalui En. Jamil. En Jamil telah menghubungi PAS Kota Raja dan mengesahkan program petrol percuma ini memang dianjurkan oleh Pemuda PAS Kota Raja.

3) Menurut rakan saya yang hadir ke program tersebut. Sebanyak RM5.00 diberikan kepada penerima SMS yang terpilih di Parlimen Kota Raja.

4) Saya juga telah bertanyakan perkara ini malalui Facebook Pemuda PAS Kota Raja. Pemuda PAS Kota Raja juga mengesahkan program ini dianjurkan oleh mereka. Program ini juga akan dibuat di DUN Sri Muda juga. Walau tidak menerima SMS tersebut juga boleh mengisi Petrol percuma ini asalkan pengundi di Parlimen Kota Raja.

5) Menurut Pemuda PAS Kota Raja, tujuan program ini adalah simbolik ke Putrajaya iaitu sebelum memerintah. PAS mampu menurunkan harga minyak.

Yang Benar,

Rosman Hashimy
Twitter : rosmanhashimy



Pemberian baucar kepada ;

1. Pengundi sahaja, ikut kawasan mereka promosikan.

2. Simbolik konon nya PR boleh turunkan harga minyak.

Demm. Mati2 gua ingat PAS kena fitnah. Rujuk sini.  Hai umno, sabar lah ek. Gua tertuduh lue pula. Maaf tau.

kah kah kah
 
Pendapat aku.

1. Kalau gitu bn pun boleh bagi apa2 kepada pengundi dan mengatakan ia simbolik itu neh.

2. Sejujurnya siapa nak bagi apa2 kepada pengundi, elok korang amek je la. Nak pangkah sapa2 hak lue la kan.

3. Kalau boleh, sungguh nak bawa simbolik kalau la PR menang, mereka boleh turunkan harga minyak, makanya sila buka peluang kepada semua, jangan hadkan kepada pengundi2 di kawasan tertentu sahaja. Perbuatan seperti ini pada anggapan penyokong umno/bn merupakan salah satu cara merasuah. Lagipun orang2 yang bawah umur 21 tahun pun ada yang gunakan kenderaan sendiri seperti motor.. kalau nak simbolik sangat, elok terbuka kepada semua pihak, layak mengundi mahupun tidak layak.

4. Sejujurnya aku tak galakkan perbuatan seperti ini untuk tawan pengundi2, ia terdedah kepada persepsi negatif. Lue fikirlah sendiri.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...