Kerajaan negeri menangguhkan segala urusan dokumen fail pembangunan Projek Ladang Hutan di dalam Hutan Simpan Jerantut, memandangkan kawasan tersebut adalah sensitif terhadap air terjun di Lata Berembun.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya berkata, air terjun yang terletak di perkampungan Ulu Cheka, Jerantut itu menjadi satu sumber bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk kampung di kawasan tersebut.
"Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah bercadang supaya kawasan ini dijadikan sebagai kawasan tadahan air memandangkan terdapatnya kolam tadahan air di bahagian hilir sungai ini. Pada masa ini, ianya dalam proses pewartaan," katanya.
Ini jelas membuktikan Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengambil berat dan menjaga khazanah alam terutama hutan simpan untuk masa kini dan generasi akan datang.
(YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang).

----
Ini susulan dari luahan yang dilakukan oleh Tuan Anuar Abdul Rahman di Facebooknya pada rabu lepas.
Berikut luahan tersebut;
"Tengahari semalam ketika aku di kebun sawit sedang berehat tiba-tiba deras kedengaran ngauman 2 buah pacuan empat roda..
Sebuah Toyota Fortuner dan sebuah lagi Toyota Hilux. Berhenti dalam kebun aku.. tak jauh dari tempat aku berehat..
Mereka keluar dari kereta sambil bawa dua kertas besar ada lakaran kawasan dan peta apa entah aku pun tak tahu.. kedua-dua mereka adalah bangsa Tionghua.. bercakap slang kelate.. mereka tanya aku jalan ini boleh sampai ke hutan atau tidak..
Mereka dari Gua Musang rupanya. Datang untuk lihat kawasan balak. Hasil dari perbualan itu.. mereka dapat kawasan balak. 400 ekar. Setelah mereka pergi..aku terkaku beberapa ketika. Rasa kecewa pun ada, sedih pun ada, dari maklumat yang mereka beri..kawasan itu lulus sejak sebelum PRU 14 lagi.
Lantaran ada bantahan dari penduduk kampung, projek itu tangguh seketika dan sekarang akan mula kembali. Dua minggu lepas aku lihat ada tiga biji loader telah hantar 3 buah bulldozer untuk kerja2 buat jalan...
Apakan daya, hutan tebal yang ada kayu2 keras dan mahal yang dihuni binatang2 liar dan segala jenis flora dan fauna akan ranap musnah berkecai.
Akan merintih hiba kepiluan, ratap tangis mereka tiada siapa yang sudi dengar, mereka akan diratah semahunya. Hutan rimba itu bakal gersang tandus kekeringan. Kayu kayu dari perut belantara itu akan ditebang, dikerat pendek..lalu dibawa pergi...
Air terjun sungai Rengat tidak akan mengalir sejernih ini lagi...
Kerajaan kita tidak berminat memelihara khazanah alam ini...
#belasungkawaairterjunsgrengat...