Dalam satu kenyataan hari ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sekiranya Umno dan PAS tidak memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti itu patut membantah boikot tersebut.
“Tindakan memboikot produk bukan Bumiputera ini mencapai ‘tahap yang membimbangkan’ sehingga perdana menteri terpaksa memberi komen mengenainya.
“Sekiranya ia berlanjutan berlaku, produk asing terutama telefon bimbit juga harus diboikot,” katanya sambil menambah terdapat sebilangan badan bukan kerajaan (NGO) menyeru untuk turut memboikot produk halal yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meminta gerakan itu dihentikan kerana ia tidak berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain.
Beliau dilaporkan berkata, hanya mereka yang berfikiran cetek berbuat demikian.
Lim berkata, kenyataan Mahathir itu adalah tepat kerana tindakan tersebut tidak akan mengubah keadaan sebaliknya hanya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.
Bahkan kata Lim, ia juga boleh menjadikan suasana tidak produktif dan membahayakan perpaduan rakyat.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung kumpulan yang menggesa orang Melayu supaya memboikot produk keluaran bukan Bumiputera.
Tinjauan FMT mendapati banyak kumpulan atas talian (media sosial) menyokong gerakan itu dan jumlahnya mencecah beberapa ribu kumpulan.
Antara yang dibincangkan dalam laman berkenaan adalah cara untuk mengenal pasti barangan keluaran bukan Bumiputera walaupun nama dan jenamanya menggunakan “nama Melayu”.
Lim berkata, golongan “rasis dan pelampau agama” terbabit harus menyahut gesaan Mahathir berhubung isu tersebut.