Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 September 2019

Skim Kontrak Ganti Skim Pencen, Ini Ulasan Pro Pembangkang.

KHAIRUL AZRI | Jujurnya sebelum ini aku antara yang bersetuju dengan langkah men'diversify'kan skim pencen ini apabila difikirkan akan beban OPEX kerajaan yang semakin membengkak membayar emolumen penjawat awam, dan juga dek kerana aku memilih langkah ini daripada langkah pengurangan bilangan penjawat itu sendiri.


Namun kini perasaan bersetuju tersebut bertukar kepada bercampur baur terhadap pengumuman ini, apabila difikirkan yang,
- Kerajaan selamba 'jarah' RM82 Billion duit Petronas in one go, yang mana kalau setakat jimat 5 billion, boleh cover hampir 17 tahun perbelanjaan berkenaan.

- Kerajaan selamba tinggalkan duit GST yang dimansuhkan RM40+ Billion setahun, yang mana kalau setakat jimat 5 billion, boleh cover hampir 8 tahun perbelanjaan berkenaan.

- Kerajaan selamba tambah hutang kerajaan melalui terbitan Bon sebanyak hampir RM120 dalam masa setahun setengah yang mana kalau setakat jimat 5 billion, boleh cover hampir 24 tahun perbelanjaan berkenaan.

- Kerajaan selamba berbelanja secara mega di dalam belanjawan tahun lepas yang mana bajet tahun lepas telah memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion adalah yang pa­ling besar dalam sejarah negara dan kononnya adah memastikan kesejahteraan rakyat yang mana jumlah RM5 Bilion tersebut amatlah kecil jika dilihat dari ratio perbelanjaan iaitu sekadar bersamaan 1.6 peratus dari bajet.

- Kerajaan masih juga kurangkan penjawat awam di mana akan berlaku pengurangan 5% untuk tempoh tiga tahun iaitu 1% tahun 2019, 2% tahun 2020 dan 2% pada 2021 yang akan ditampung melalui penyumberan luar perkhidmatan, sistem kerajaan digital dan pemansuhan jawatan yang tiada keperluan.

- Kerajaan telah memungkiri janjinya sendiri apabila sebelum ini Pakatan Harapan (PH) telah mengatakan di dalam kempen pilihanraya mereka bahawa penjawat awam tidak perlu bimbang dengan hasrat mereka sebelum ini untuk mengurangkan kos kerajaan kerana ia tidak akan melibatkan pemberhentian kerja dan berikrar untuk tidak mengecilkan saiz perkhidmatan awam.

Jadi berdasarkan segala tindak tanduk kerajaan di atas, maka jangan salahkan aku kalau aku pun nak U-TURN dalam hal ini ya.

Dan kalau pun masih berkeras untuk teruskan juga langkah ini, diharapkan kerajaan buat eksperimen dengan mansuhkan dahulu skim pencen ahli-ahli politik yang mana mereka berkhidmat tak sampai sepenggal pun layak untuk menerima pencen.

Ada 222 kerusi parlimen dan 576 dun, kalau ditambah hampir 800 orang yang layak dibayar pencen bagi setiap penggal.

Belum kira lagi tu pencen menteri, pencen exco, pencen MB, pencen ahli-ahli politik yang telah bersara dan sebagainya.

Hapuskan skim yang ini dulu, "then we talk'.

Sekian. - 5 September 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...