Artikel yang bertajuk : JAKIM Larang Orang Islam Sertai Majlis Berdoa Bersama Agama Lain ditukar kepada tajuk : Tak Harus Umat Islam Sertai Majlis Berdoa Bersama Agama Lain - JAKIM.
Portal itu dikecam kerana memanipulasikan pandangan sebenar yang diutarakan JAKIM.
Jawapan JAKIM yang dilihat pihak kami sama sekali tidak menggunakan ayat seperti larangan, halangan, sebaliknya menggunakan ayat tidak harus.
Laporan asal Malaysiakini membuatkan beberapa pihak mengecam masyarakat muslim di ruangan komen.
Pendakwah terkenal Ustaz Firdaus Wong beberapa kali membangkitkan kritikan terhadap portal Malaysiakini dan Free Malaysia Today.
Menurut pendakwah itu, kedua-dua portal itu kerap kali memainkan berita yang anti Islam, dan dibayangkan sedang menyerap propaganda untuk membenci masyarakat muslim. - 6 September 2019.