Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 September 2019

Sampai Sekarang Pimpinan PH Tak Minta Maaf Selepas Fitnah Saya Bunuh Altantuya - Najib.

NAJIB RAZAK | Orang dalam video ini sekarang adalah Menteri.

Dulu dia tuduh saya pembunuh Altantuya dalam Parlimen.



Dia langsung tak rasa dia bersalah untuk memfitnah saya dalam Dewan Rakyat.

Seluruh barisan DAP turut mempertahankan dia masa itu.

Tapi baru-baru ini Kit Siang kata dia tak pernah tuduh saya bunuh sesiapa pun.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/04/kit-siang-i-never-accused-najib-of-murders-but-said-do-not-evade-responsibi/1749750


Oh, maksud Kit Siang ialah bukan dia yang tuduh tapi semua pemimpin lain DAP serta jentera mereka diarahkan untuk memainkan propaganda dan memfitnah saya selama sepuluh tahun.

Sekarang, polis di bawah kerajaan PH telah mengesahkan:

"Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi'"

https://www.malaysiakini.com/news/465213

Namun tiada seorang pemimpin PH yang rasa bersalah sekarang kerana pernah memfitah saya.

Semua diam-diam buat tak tahu.

Mereka juga pernah menuduh saya melepaskan dan bertanya bagaimana Sirul boleh dibenarkan lari ke Australia.

Ramai yang tidak faham bahawa Azilah dan Sirul Azhar telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2013 sebelum kes mereka naik ke Mahkamah Persekutuan dan didapati bersalah:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/08/23/mahkamah-rayuan-bebaskan-dua-polis-daripada-tuduhan-bunuh-altantuya

Oleh kerana mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan maka Sirul bebas untuk keluar negara.

Masa itu, ramai pemimpin PH termasuk PM ke-4 dan Mahfuz banyak membuat drama tentang Sirul.

Tapi Sirul keluar negara, masih ada Azizul disini.

Kenapa tak tanya Azizul masa itu jika saya benar-benar terlibat dalam pembunuhan Altantuya?

Kenapa sekarang pula, kerajaan PH tidak lagi berusaha untuk bertanya Sirul atau memulangkan dia dari Australia jika saya benar-benar pembunuh?


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...