Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 September 2019

Dewan Pemuda PAS Sekolahkan PH Makna Sebenar 'JALUR' Tapi Apa Yang Berlaku Selepas Itu Mengejutkan..

SOSMED | Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM mempertahankan kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang bahawanya jalur pada bendera Malaysia adalah merujuk kepada kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

"Jalur dalam bendera Malaysia ada 2 maksud. Pertama, ia melambangkan kedudukan 14 negeri (termasuk WP) dalam Malaysia yang sama taraf.

Kedua, bentuk lurus pada jalur tersebut adalah lambang kaum-kaum dalam Malaysia bersatu hati mengikuti haluan / arah/ jalan yang lurus mencapai kegemilangan bangsa dan negara [1]

Maksud yang kedua ini kemudiannya digunapakai dalam menamakan bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang.

Saya cadang ahli-ahli parlimen PH yang galak tak ketahuan hala menyerang video Tok Ayah atas satu isu kecil supaya belajar balik maksud bendera kita.

Malu kat orang. 😜

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] Bendera Kita Jalur Gemilang, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, 2017, ms 5,"
kata halaman Facebook DPPM yang memetik kenyataan dari Abdul Rahim Hilmi Zakaria.

Hal ini mula menjadi sensasi apabila video merdeka Presiden PAS itu dipertikaikan oleh orang awam berikutan memberikan maksud yang salah berhubung pengertian sebenar disebalik jalur-jalur pada bendera Malaysia.

Menurut panduan yang disediakan oleh Jabatan Penerangan makna 14 jalur di bendera adalah merujuk kepada 14 negeri yang terkandung dalam Malaysia.

Bagaimanapun dalam video yang tersebar itu, TG Hadi Awang dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Netizens khususnya blok Pakatan Harapan dan PAS kemudiannya bertengkar sesama sendiri di laman sosial bagi mempertahankan pandangan masing-masing.

Menjawab kepada ulasan oleh Hilmi yang disiarkan menerusi Facebook rasmi DPPM itu, netizens kemudiannya melakukan semakan sendiri.

Apa yang mengejutkan ialah rujukan yang diberikan sama sekali berbeza dengan apa yang cuba digambarkan (penerangan).

Berdasarkan semakan di pautan itu netizens kemudiannya menemui jawapannya adalah tidak sama dari apa yang diterangkan oleh penyokong Tuan Guru.

Mereka kemudiannya membuat serangan balas di ruangan komen bersertakan bukti bergambar.


Mana ada cakap pasal pelbagai kaum..






Sesetengahnya pula menyeru agar PAS mengakui sahaja kesilapan mereka - sebagai tanda merendah diri dan terbuka kepada kritikan.

Mengaku je salah..



Semakan kami mendapati berdasarkan rujukan pautan yang disertakan di dalam penerangan bagi membela Presiden PAS, sememangnya tidak dinyatakan jalur-jalur pada bendera Malaysia adalah mengenai kaum.


Apa yang dimaksudkan dengan JALUR ialah merujuk kepada bilangan negeri dan menuju ke satu haluan yang lurus oleh semua rakyat pelbagai bangsa di negara ini.

Setakat ini DPPM tidak menjawab kritikan atau memberikan apa-apa respon terhadap netizens yang menyerang di ruangan komen itu. - 2 September 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...