Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Mac 2019

Netizens VS Osman Sapian Isu : Penduduk Tak Perlu Berpindah, Boleh Tutup Pintu.

SOSMED | Osman Sapian menerima kecaman bertubi-tubi di sosial media sejak semalam atas beberapa isu.

Isu-isu tersebut ialah;


๐Ÿ‘‰ Kerajaan Johor lambat bertindak membersihkan kawasan yang tercemar (kenyataan dikeluarkan pihak bomba) atas alasan kos tinggi. Ia dibangkitkan Najib Razak.

๐Ÿ‘‰ Mangsa semakin ramai, kenapa kerajaan negeri enggan isytiharkan darurat - ini dipersoalkan netizens.


๐Ÿ‘‰ Aturcara briefing yang ada majlis makan-makan dan sesi bergambar - ini disebarkan oleh pro pembangkang dan kemudiannya dinafikan secara ringkas oleh Menteri Besar Johor menerusi komen pendek di Facebook tanpa disusuli dengan kenyataan rasmi setakat ini.


๐Ÿ‘‰ Penduduk tak perlu berpindah, boleh tutup pintu - ini dikecam netizens pelbagai peringkat/merentasi parti politik.


Focus dalam artikel ini ialah isu nombor empat.

Osman Sapian telah mengeluarkan kenyataan penafian dan menjelaskan apa yang difahami oleh orang ramai itu adalah salah.

"Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk," katanya dalam satu kenyataan.

Osman turut menjelaskan, kawasan sekolah ditakrifkan sebagai risiko tinggi atas alasan rekabentuk bangunannya terbuka disamping faktor bangunannya yang tinggi.


Ini berbeza kawasan perumahan yang rendah dan lebih bertutup.

Justeru itu beliau beranggapan penyebaran sebahagian dari kenyataan asalnya dibuat dengan niat jahat dan bertujuan memberikan gambaran buruk.

Netizens yang membaca penafian Osman Sapian itu bagaimanapun tidak berganjak dari kritikan mereka terhadap Menteri Besar Johor itu.

Respon-respon netizens dengan mudahnya boleh dibaca menerusi Facebook rasmi Osman Sapian, dimana tersiarnya kenyataan media itu.

Minta maaf jela..


Datok sendiri yang cakap, fitnah apa pula..



Dah ada video nak spin apa lagi..



99.9% komen mengecam Menteri Besar Johor. Apa yang mereka mahu Osman Sapian fahami ialah, perkataan tutup pintu dan tutup tingkap itu adalah salah dari awal lagi. Ia tak sepatutnya digunakan sama sekali untuk 'reasoning' kenapa penduduk tak perlu dipindahkan.

Penduduk juga perlu keluar bekerja, pergi ke kedai, dan bukannya duduk rumah 24 jam tanpa berbuat apa-apa aktiviti.

Pihak kami berpendapat apa yang cuba disampaikan oleh Menteri Besar Johor itu ada benarnya tetapi beliau tersalah memilih perkataan yang tepat.

Berbanding mengatakan penduduk boleh tutup pintu, tingkap, rumah kosong, tiada di rumah dan sebagainya, adalah lebih baik Osman Sapian sebutkan sahaja begini;

"Keperluan semasa mendesak kita untuk memberikan cuti kepada sekolah-sekolah atas faktor bangunan yang tinggi dan lebih berisiko untuk terdedah kepada pencemaran disebabkan reka bentuknya yang terbuka.

Dalam masa yang sama, kita akan sentiasa meneliti dan memantau situasi semasa dan jika perlu kita akan lakukan, seperti pemindahan contohnya, bagi menyelamatkan semua pihak yang terdedah kepada pencemaran itu".

Ini lebih manis dibaca kerana memberikan bayangan kerajaan negeri sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang perkembangan samada negatif ataupun positif.

Bagi kami, masalah yang utama dikalangan menteri-menteri Pakatan Harapan ialah mereka gagal BERKOMUNIKASI dengan baik.

Mereka tidak tahu menggunakan ayat yang tepat untuk menjelaskan apa yang ingin mereka sampaikan. Apabila berlaku salah faham dengan mudahnya;

Salah media
kena spin
kena fitnah
suruh portal pantau komen, eh seriously?

Dimana salahnya? Diri sendiri atau pegawai menteri? Jawapannya ada pada mereka.

Berikut adalah kenyataan rasmi Menteri Besar Johor;
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEPERLUAN MEMINDAHKAN PENDUDUK

Merujuk kepada paparan petikan tajuk berita yang sedang ditularkan di media sosial kononnya Menteri Besar Johor mengeluarkan kenyataan “tidak perlu pindah penduduk kerana rumah boleh ditutup pintu”.

Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk.

Penilaian yang dibuat oleh Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri mendapati kawasan sekolah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi setelah mengambil kira struktur bangunan yang terbuka manakala orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang lebih tertutup dan terlindung pula paling kurang terdedah kepada risiko pencemaran.

Rupabentuk struktur bangunan antara kegunaan awam seperti sekolah (tinggi dan terbuka) dengan rupabentuk premis peribadi seperti rumah menjadi faktor penting bagaimana kawalan boleh dilakukan dari merebaknya pencemaran.

Justeru berdasarkan laporan serta nasihat daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, satu tindakan proaktif telah diambil serta pemantauan secara rapi, maka Jawatankuasa Bencana Negeri mendapati tiada keperluan untuk memindahkan penduduk memandangkan keadaan adalah terkawal. Namun demikian, langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, hendaklah dipatuhi oleh orang ramai.

Merujuk kepada paparan mengenai laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB Menteri Besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini.

Pejabat Menteri Besar Johor
14 Mac 2019

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...