Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mac 2019

Debat Lengkap Rome Statute : Hujah Pro Pembangkang VS Pro Kerajaan.

Hujah Pembantah ROME STATUE

SAHRUDDIN ESA | i) YDP Agong Dan Panglima Angkatan Tentera Boleh Didakwa Di ICC Dibawah ROME STATUE..

Inikah Melayu PH mahu dan turut saje kehendak Cina DAP selama ini.

Rakyat mungkin tak sangka hingga begini jadinya bukan?

Secara halus Institusi Beraja telah pun dihapuskan secara beransur2 dan Malaysia skrg ke arah Negara Republik....


Sedarkah kalian Melayu PH yg kononnya mahu Sistem Raja Berperlembagaan tetap akan terjaga walaupun kononnya sesiapa pun memerintah?

Pada 4 hb Mac bermulanya detik malapetaka utk Malaysia. Sedarlah wahai semua Melayu terutama Melayu PH..

Kalau ikut Press Release Kementerian Luar bertarikh 4hb March 2019, Kebawah Duli YDP Agong telah dimaklumkan tentang ROME STATUTE ini pada 15 Feb 2019 yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Kabinet pada 12hb Dis 2018...

Maka...

Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah Menanda Tangani Persetujuan ROME STATUTE ini pada tanggal yang sama 4hb March...

SOALAN NYA...

Adakah Kebawah Duli YDP Agong dan 8 lagi Raja Raja Melayu cukup maklum dan faham tentang ROME STATUTE ini dan apa IMPLIKASI nya terhadap keberadaan Kebawah Duli Duli Tuanku?

Tahukah Tuanku Tuanku bahawa hampir KESEMUA Negara yang ada sistem Beraja MENOLAK ROME STATUTE ini termasuk Brunei, Thailand dan Negara Negara Arab Beraja?

Tahukan Tuanku Tuanku semua bahawa ICC dibawah ROME STATUTE ini boleh OVERULE Makamah Khas DiRaja yang Mahathir wujudkan sewaktu Krisis Perlembagaan 1993 dahulu?

APA TUJUAN KERAJAAN PH BERSETUJU MENANDA TANGANI ROME STATUTE INI? (6 Mac 2019)

ii) LANJUTAN ISU STATUT ROME : RESPON TENGKU MAHKOTA JOHOR

Berhubung perkara Statut Rome ini. Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam tweetnya pada 4 Mac 2019, sejurus Statut Rome ditandatangani Malaysia telah memberikan pembayang yang sangat membimbangkan kepada rakyat Johor dan Malaysia. Secara amnya, ia tidak difahami oleh rakyat sehingga pada 5 Mac 2019 sehari kemudian. Tuanku telah mengesahkan ia sememangnya berkait dengan Statut Rome yang bakal menggugat agama Islam, kedaulatan Raja-Raja dan orang-orang Melayu. (Rujuk lampiran)

Yang menyedihkan, sehingga ke saat ini majoriti orang-orang Melayu dan pemimpinnya masih belum sedar akibat buruknya untuk bangkit menentang Statut Rome ini, kerana sedang disibukkan dengan isu yang dicipta seperti penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam, terbaru tuduhan 'declaration war on Non Muslim' oleh LGE dan terkini pengusiran orang Melayu dari PPR dan Tanah Wakaf di Pulau Pinang.

Sedarlah dan Bangkitlah semua!

Sesuatu yang hebat dan buruk sedang berlaku sekarang ini. Lebih buruk dari ICERD dan diversion segala isu yang diciptakan sekarang.

STATUT ROM adalah serangan halus kepada tunjang perlembagaan iaitu Raja-Raja Melayu yang menjadi payung agama Islam dan seluruh orang-orang Melayu.

Bahkan, 
Kita mempersoalkan kenapa ia dilakukan diam-diam tanpa diketahui rakyat, melainkan selepas ditandatangani? Apa keperluan Statut Rome ini dan manfaatnya kepada negara? Tidak cukupkah lagi undang-undang yang sedia ada, termasuk undang-undang khas kepada Raja-raja?

Kenapa Menteri Luar masih berdiam diri sehingga kini, melainkan kenyataan rasmi Wisma Putra pada 5 Mac lalu?

Bangkitlah Melayu!

Perlembagaan negara bertunjangkan Islam dan orang-orang Melayu sedang 'digoncang'! Sewajarnya, sesuatu mesti dilakukan segera SEBELUM BERLAKUNYA RATIFIKASI STATUT ROME ini dalam masa terdekat.

Semoga ALLAH memelihara, melindungi dan memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada kita semua umat Islam dan orang-orang Melayu di Malaysia.

BANGKIT!
✊✊✊

Saya tidak sanggup melihat YDP Agong dan Raja-Raja Melayu saya dihakimi kafirin, dan bakal dizalimi di mahkamah antarabangsa oleh mana-mana tuduhan yang belum terbukti kebenarannya oleh rakyat pengkhianat negara ini!

DAULAT TUANKU! (7 Mac 2019)


---------

Hujah Penyokong ROME STATUTE


Radin Muhd Imaduddin | MENJAWAB FITNAH-FITNAH JAHAT BERKAITAN ROME STATUTE

Pada 4 Mac 2019, Malaysia telah menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.

Apakah Rome Statute of the International Criminal Court (ICC) / Mahkamah Jenayah Antarabangsa?


Ia adalah satu treaty (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada Negara Pihak (state party).

Apa bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa?

Artikel 5 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes jenayah terkutuk seperti:-

a) genocide (penghapusan etnik) e.g. Rwanda, Myanmar.



b) crimes against humanity (jenayah terhadap 

kemanusiaan) i.e. penyiksaan, apartheid.

c) war crime (jenayah perang) e.g. Israel, Syria, Serbia.


d) crime of aggression ( jenayah pencerobohan) e.g pencerobohan US-Iraq.


Artikel 17 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya akan terpakai apabila Negara Pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut.

Adakah kekebalan DYMM SPB YDP Agong akan terhakis?

Kalaupun Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti genosid, jenayah perang dsbnya, DYMM YDPA tidak akan disentuh oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana:-

i) Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan Malaysia - DYMM YDPA adalah Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat Perdana Menteri / Kabinet.

ii) Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan Malaysia - DYMM YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. DYMM YDPA tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang.

iii) United Kingdom, Denmark, Jepun, Belgium adalah beberapa negara pihak yang mengamalkan Raja Berperlembagaan seperti Malaysia.

Kenapa Malaysia menjadi negara pihak?

i) Malaysia adalah negara awal yang menyokong dan memperjuangkan penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 17 Julai 1998.

ii) Malaysia tidak akan sekali-kali bertolak ansur dalam menentang penghapusan kaum dan jenayah perang dari berlaku terutama ke atas kaum minoriti Islam e.g. Palestin, Rohingya, Uyghur.

iii) Malaysia kini boleh membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk jenayah yang dilakukan oleh negara lain seperti Myanmar dan khususnya kes penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH 17 ke muka pengadilan.

iv) Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di Persidangan Tahunan Negara-Negara Pihak.

v) Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai Hakim, Pendakwa dan Pendaftar serta jawatan-jawatan lain di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

vi) Penyertaan meningkatkan lagi martabat Malaysia di mata dunia sebagai pejuang kebenaran dan keadilan antarabangsa.

Persoalan utama kepada mereka yang tidak bersetuju Malaysia menjadi negara pihak

ADAKAH KITA AKAN MELAKUKAN JENAYAH TERKUTUK SEPERTI PENGHAPUSAN ETNIK DAN JENAYAH PERANG???

ADAKAH KITA BERSETUJU DENGAN PENGHAPUSAN ETNIK DAN JENAYAH PERANG???

ADAKAH KITA HANYA MAHU BERDIAM DIRI BILA UMAT ISLAM DITINDAS DI NEGARA LAIN???


ADAKAH KITA SAMA SEPERTI ZIONIS ISRAEL LAKNATULLAH DAN MUSUH-MUSUH ISLAM LAIN??? (9 Mac 2019)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...