Berita pertama dari portal Berita Harian Online. Artikel yang diubah ialah "Tok Mat Lebih Berpeluang Berbanding Streram - Azmin".
Tajuknya kemudiannya diubah kepada "Streram mampu bersaing di DUN Rantau - Azmin".
Tidak dapat dipastikan kenapa portal itu menukarkan tajuk beritanya tetapi ini mungkin ada kaitan dengan kecaman yang diterima Azmin.
Di sosial media, anti Azmin Ali telah menjadikan berita itu sebagai 'modal' untuk membuktikan Azmin ada niat mahu mensabotaj PRK Dun Rantau. Calon PKR/PH DUN Rantau dibayangkan sebagai proksi Anwar Ibrahim.
Manakala di Harakah pula pimpinan muda Kelantan, Nazman Che Ibrahim ditegur kerana membuat kenyataan rasmi dengan menyelitkan emosi peribadi.
Beberapa netizens pro Pakatan Harapan mengkritik PAS disebabkan terlalu tidak profesional dan berbaur fitnah ketika mengeluarkan kenyataan.
"Yeo Bee Yin yang mungkin masih sibuk dengan majlis perkahwinannya.." kata kenyataan itu dipetik.
Untuk rekod, ketika kenyataan di atas diterbitkan Harakah, Yeo Bee Yin telah berada di lokasi krisis lebih awal dan beberapa tindakan telah diambil bagi memahami dan menyelesaikan krisis yang berlaku.
Selepas ditegur, Harakah telah membetulkan kenyataan itu dengan membuang kenyataan yang menjadi polemik di sosial media. - 14 Mac 2019.