Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Mac 2019

Isu Pemakaian Topeng, Ini Penjelasan Unit Amal Yang Teruk Difitnah.

Shehdi Hazrik | Saya terpanggil untuk menjelaskan dan menangkis beberapa FITNAH yang dilontarkan kepada anggota Amal kami kerana tersibarnya gambar anggota Jabatan Amal Malaysia sedang memakai topeng penuh kononnya mahu membersihkan kawasan yang tercemar dengan toksik gas merbahaya.


Gambar berikut adalah sesi pemeriksaan peralatan yang di panggil "self-contained breathing apparatus" (SCBA) atau boleh dikenali sebagai "compressed air breathing apparatus" (CABA), atau singkatan lebih mudah "breathing apparatus" (BA)

Peralatan ini digunakan untuk tugasan menyelamat atau apa sahaja keadaan yang memerlukan sokongan pernafasan ketika berada di Kawasan pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan nyawa atau Immediately Dangerous to Life or Health (IDLH). Tong tersebut hanya mengandungi mampatan udara yang bersih bagi membantu pernafasan anggota ke kawasan tercemar teruk untuk tugasan dalam masa yang singkat.

Pada awalnya peralatan SCBA ini hanya mempunyai dua penggunaan utama iaitu ketika tugasan anggota bomba memadam kebakaran dan kedua untuk penggunaan industri. Namun kini ia telah diperluaskan penggunaannya untuk keselamatan dalam bantuan perubatan ; sebagai contoh ketika dunia menangani penyakit berjangkit seperti ebola, dimana doktor dan jururawat terpaksa memakai peralatan ini untuk merawat pesakit.

Anggota Jabatan Amal Malaysia kini sudah terlatih, mereka dilatih dibawah bimbingan Jabatan Bomba dan Penyelamat sendiri serta agensi Penyelamat NGO yang diiktiraf negara.


SCBA atau BA ini bukanlah digunakan untuk pergi membuat pembersihan sisa toksik malah anggota kami dilarang sama sekali mendekati kawasan merbahaya tersebut.

Adapun penggunaan peralatan ini adalah mengikut keperluan jika pasukan kami diminta oleh pihak berkuasa untuk mengambil pesakit di kawasan atau Zon Merah atau berdekatan dengan kawasan bahaya pencemaran gas tosik tersebut. Ini adalah langkah persediaan keselamatan awal anggota kami dalam mendepani segala tidak ketentuan di sana.

Semoga kenyataan ini dapat merungkai segala fitnah dan tohmahan kepada anggota kami dan seterusnya memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di sana.

#SafetyFirst
#Profesional
#BeramalKeranaAllah
#JabatanAmalMalaysia

Shehdi Hazrik
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...