Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mac 2019

Memahami ROME STATUTE.

Mohd. Fikri Abd. Rahman | Memahami ROME STATUTE

Apakah itu ROME STATUTE?

Perjanjian (Treaty) antara negara yang menganggotai ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) untuk mendakwa individu melakukan jenayah antarabangsa.

124 negara telah menganggotai ICC (setakat 4/3/2019)

 


KUASA ICC?

Penghapusan etnik
Jenayah kemanusian
Jenayah perang
Jenayah pencerobohan

APAKAH ROME STATUTE MENJEJASKAN KEKEBALAN DAN KUASA YDPA DAN PERLEMBAGAAN?
Fasal 40 Perlembagaan, YDPA bertindak atas nasihat Kabinet

Fasal 41 Perlembagaan, YDPA ketua dan pemerintah tertinggi ATM

ICC tidak menyentuh tentang kuasa YDPA, ia hanya kepada jenayah dilakukan seorang individu/ pemimpin yang melakukan penghapusan etnik, jenayah kemanusian, perang dan pencerobohan SAHAJA.

Tiada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan

KEBAIKAN ROME STATUTE?
Menjadikan Malaysia sebuah negara yang komited kepada keadilan dan undang-undang.

Kesungguhan Malaysia dengan masyarakat antarabangsa dan membawa pelaku jenayah antarabangsa ke muka keadilan.

Malaysia dapat suarakan dengan lantang pendirian menentang sebarang jenayah antarabangsa.

Pegawai dari Malaysia boleh dicalonkan sebagai Hakim, Pendakwa di Pejabat Pendakwa ICC.

LATARBELAKANG USAHA MALAYSIA SEBELUM SERTAI ROME STATUTE

17 Jul 98 - Malaysia tandatangan Final Act of UN Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an Internationa Crimninal Court (ICC)

27 Mei 10 - Menteri (Undang-undang) Malaysia beri komitmen Malaysia akan sertai ICC

11 Jun 10 - PM Malaysia luncur halatuju Malaysia untuk accede Rome Statute

18 Mac 11 - Wisma Putra bentang kepada Jamaah Menteri untuk dipertimbangkan

5 Ogos 15 - Jamaah Menteri setuju AG bentang Memorandum untuk ratifikasi ICC ekoran kes MH17

12 Dis 18 - Jamaah Menteri setuju ratifikasi ROME STATUTE

15 Feb 19 - Menteri Luar mengadap YDPA Sultan Abdullah menyembahkan keputusan Jamaah Menteri

4 Mac 19 - ROME STATUTE ditandatangani.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...