Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Mac 2019

Penyelesaian Menang-Menang PPR Taman Manggis : Kerajaan Penang VS 6 Penduduk Diusir.

POLITIK | Kerajaan Negeri Pulau Pinang akhirnya berjaya menyelesaikan kemelut di PPR Taman Manggis selepas mencapai kata sepakat dengan 6 buah keluarga yang berkampung di Komtar sejak 6 hari lepas.

Penyelesaian yang dicapai itu ialah;

๐Ÿ‘‰ Kesemua enam keluarga itu bersetuju berpindah

๐Ÿ‘‰ Kesemua enam keluarga itu akan diberikan tempoh selama seminggu untuk keluar dari kediaman tersebut.

๐Ÿ‘‰ Kesemua enam keluarga itu ditawarkan unit kediaman secara sewa beli di lokasi baru.



๐Ÿ‘‰ 2 buah keluarga ditawarkan unit rumah kos rendah bernilai RM42,000 dan perlu membayar rm233 bulanan termasuklah kos penyelenggaraan.

๐Ÿ‘‰ Satu keluarga mendapat tawaran rumah kos serdahana bernilai RM72,500.
 
๐Ÿ‘‰ 3 keluarga sedang mempertimbangkan menerima tawaran perumahan awam. Nilainya tidak dinyatakan. 




Sebelum ini 7 keluarga telah mencabar keputusan kerajaan yang membuat pengusiran paksa dengan melantik peguam bagi mewakili mereka secara pro bono untuk melawan perkara itu.


Dalam kenyataan peguam yang dikenali sebagai Azam Aziz pada 8 Mac yang lalu, kesemua keluarga yang diusir telah diugut oleh kerajaan negeri yang menyebabkan mereka keluar meninggalkan kediaman sehelai sepinggang.


Dari 22 keluarga yang diusir secara paksa, enam darinya berkampung di Komtar selama 6 hari.

Selebihnya berpindah, menetap di masjid dan lokasi-lokasi lain.

Perkara itu kemudiannya menjadi sensasi di sosial media dan kerajaan negeri dikecam kerana gagal menyediakan lebih banyak rumah kos rendah dan murah sehingga menyebabkan mereka-mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah mewah berebut sesama mereka.

Zuraidah kemudiannya masuk campur dengan berkata kerajaan pusat akan membina tiga projek perumahan PPR di Pulau Pinang bagi menampung jumlah B40 yang semakin meningkat dan sekaligus menyelesaikan senarai menunggu yang semakin bertambah.

Dalam perkembangan berkaitan, NGO juga menyeru agar kerajaan negeri mengubah/melonggarkan beberapa syarat PPR seperti;

๐Ÿ‘‰ Tangga gaji harus dinaikkan dan diselaraskan dengan perubahan semasa, daripada 1,500 kepada 3,000 ke bawah.

๐Ÿ‘‰ Pasangan yang berkahwin dengan warga asing, tidak didiskriminasikan jika mereka miskin dan terdesak apatah lagi mempunyai jumlah anak yang ramai.

๐Ÿ‘‰ Mangsa pemindahan, jika unit PPR diberikan kerana mereka ialah mangsa pengusiran paksa, rumah ganti rumah adalah perkara yang harus diiktirafkan selagi mana mangsa masih tinggal di unit tersebut melainkan mangsa menyewakan kepada pihak ketiga.

Sesetengah netizens pro PPBM memuji langkah kerajaan itu dengan mengaitkan kehadiran SU Politik PPBM, Abu Bakar Yahya di kedua-dua lokasi krisis di Penang sebagai membantu menyelesaikan masalah yang timbul.

Dengan penyelesaian menang-menang ini, kes PPR Taman Manggis berjaya diselesaikan secara aman. - 13 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...