Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Mac 2019

Netizens VS Dr. Streram : Rantau Tiada Balai Bomba.

SOSMED | Satu lagi isu yang membabitkan imej Pakatan Harapan ialah calon PRK Dun Rantau, Dr. Streram.


 
Ada beberapa isu yang memalitkan intergriti Dr. Streram dan PKR setakat ini. Isu-isu tersebut ialah;

๐Ÿ‘‰ Dr. Streram ada hutang sebanyak RM62,000 dan gagal bayar hutang tersebut. Tetapi Dr. Streram menafikan tuduhan itu. Isu ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Segamat (PKR), Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar. Ahli Parlimen itu dikatakan telah membuat satu laporan polis kerana Streram tidak membayar hutang kepadanya. Streram pula berkata Ahli Parlimen itu kawan baiknya dan tidak faham kenapa tindakan dibuat sejauh itu. Bukti berkaitan hutang juga akan diserahkan kepada kepimpinan PKR bagi membersihkan dakwaan itu.


๐Ÿ‘‰ Tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah TIADA APA-APA PUN YANG BERLAKU.

Laporan polis terhadap Dr. Streram tidak ditarikbalik. Kita tidak pasti sejauh mana laporan polis itu memberikan kesan dari segi penyiasatan. Jika fitnah, bukankah patut Ahli Parlimen Segamat patut disiasat kerana membuat laporan palsu? Tetapi sekali lagi undang-undang dilentur mengikut partisan. Rakyat Malaysia tidak memiliki kelebihan itu melainkan ada kaitan dengan VVIP dan PARTISAN.

Dr. Streram tidak menjawab secara terperinci mengenai 6 cek tendang dan dakwaan yang disebutkan oleh Dr. R. Santhara Kumar. Sedangkan ramai pihak mahu perkara itu dibuktikan sebagai fitnah. Bila disebutkan "BUKTIKAN IA SEBAGAI FITNAH", ini bermakna pihak yang menafikan perlu mengambil satu tindakan yang TEGAS terhadap pihak yang menuduh dirinya. Bukan percakapan kosong depan media.

Kesilapan PKR kem Anwar dan Kem Azmin ialah mereka fikir dengan tidak menjawab tuduhan ialah perkara yang betul. Menjawab tuduhan bermakna tunduk kepada lawan. Dan lawan kem Anwar ialah kem Azmin. Lawan kem Azmin ialah kem Anwar. Disini mereka salah. Kerana setiap tuduhan yang dilemparkan perlu dibuktikan sebagai fitnah berserta FAKTA kepada BAKAL PENGUNDI-PENGUNDI DUN RANTAU. Dr. Streram dan Dr. R. Santhara sebenarnya ada tanggungjawab untuk memberikan KENYATAAN BENAR kepada PENGUNDI. Bukannya buat drama parti kamu secara publik. Sungguhpun rakyat Malaysia suka tepuk tangan dan makan popcorn, sampai satu tahap perkara itu akan jadi membosankan jika dibuat secara berterusan dan over.

๐Ÿ‘‰ Jika isu berkaitan hutang ini TIDAK MENCAPAI KATA PUTUS, PENUTUP ATAUPUN KESIMPULANNYA, maka ia adalah ISU YANG TERGANTUNG. Sampai bila-bila pun akan sentiasa dipersoalkan. Jika isu seremeh ini pun gagal diselesaikan PKR, bagaimana nak menyakinkan pengundi yang kamu layak menjaga RANTAU?

๐Ÿ‘‰ Penyokong PKR berpecah kepada dua blok. Oleh kerana mereka bergaduh secara terang-terangan tanpa tapisan maka kami disini pun akan menyatakan secara terang-terangan tanpa tapisan. Blok tersebut ialah;

๐Ÿ“Œ Kem Anwar
๐Ÿ“Œ Kem Azmin

Dr. Streram dianggap pro kepada Anwar dan Rafizi. Penyokong Anwar menggunakan KARTEL bagi melabelkan kumpulan Azmin.
 
๐Ÿ‘‰ Kedua-dua kumpulan ini bercakaran secara terbuka, serang menyerang diantara satu sama lain dan ya, pengundi Rantau perlu undi PH - seriously? Kamu tak mencapai kata sepakat pun walaupun kamu semua dalam satu parti dan bagaimana ini boleh menyakinkan pengundi? Tak cukup kelakar lagi ke isu ini?

๐Ÿ‘‰ Dr. Streram berkata di Rantau tiada kemudahan asas antaranya seperti BALAI BOMBA. Bagaimana? Isu ini dah cukup kelakar ke?

Artikel kali ini akan menyentuh secara terperinci mengenai dakwaan TIADANYA BALAI BOMBA di DUN Rantau.

Tersebarnya satu rakaman video dipercayai video kempen PRU ke 14, Dr. Streram mendakwa tiadanya balai bomba di Rantau, bahkan satu KEMUDAHAN AWAM pun tiada juga. 

Apakah kenyataan ini benar?

Berdasarkan semakan di Google, di Rantau ada balai bomba. Balai Bomba dibina pada tahun 2017. Dan siap pada Mac 2018.



Ini bermakna ia berjaya disiapkan pada tahun 2018, dua bulan sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum.

Jika video kempen ini adalah video lama sekalipun, ia membuktikan Dr. Streram suka bercakap TANPA FAKTA.

Jika BALAI BOMBA belum siap pada MAC 2018 sekalipun, hujah yang mengatakan TIADA SATU PUN KEMUDAHAN AWAM, contohnya seperti BALAI BOMBA merupakan satu pembohongan yang melampaui batas. 

Tahukah Dr. Streram apakah yang dimaksudkan sebagai KEMUDAHAN AWAM?

Kemudahan awam adalah seperti;

- Jalanraya
- sekolah
- balai polis
- ATM
- Bank
- Klinik
- Hospital
- Air
- Api
- Internet

Dan TIADA SATU PUN KEMUDAHAN AWAM di RANTAU? Janganlah suka tokok tambah cerita. JANGAN GEMAR MEMPERBESARKAN MASALAH SAMPAI HILANG FAKTANYA.

Cakap masalah sepertimana masalah itu sendiri.

Contohnya, Dr. Streram berbohong mengenai kemudahan awam dan balai bomba. Cukup.

Jangan tambah ajinomoto. Dr. Streram berbohong mengenai balai bomba lepas tu dia kata melayu babi, dan dia kata sapa undi melayu, orang tu bodoh. Jangan.

Cakap masalah sepertimana masalah itu sendiri. Dah cukup.

Tapi dalam isu KEMUDAHAN AWAM dan BALAI BOMBA - ini jelas merupakan satu FITNAH yang KETARA dan tidak boleh diterima.

Dan ini bukan satu-satunya bakal wakil rakyat, atau wakil rakyat dan Ahli Parlimen kaum india yang suka cakap merapu!

Kita perlukan berapa banyak wakil rakyat yang suka bercakap merapu sehingga kita puas hati?

Tak cukup dengan peranan RSN Rayer, M. Kulasegaran, P. WaythaMoorthy dan P.Ramasamy? Kita perlu tambah satu lagi seperti mereka dari segi SIKAP?? Cukuplah.

Video yang dimaksudkan;

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...