Aku tengah terfikir-fikir. Samada aku patut atau tidak menulis tentang ini. Aku sebenarnya tidak mahu dikatakan taksub. Tetapi sebenarnya TG Nik Aziz adalah individu yang menyebabkan apa aku pada hari ini. Aku pernah menulis secara ringkas suatu ketika dahulu. Bagaimana TG Nik Aziz adalah individu yang aku memang benci. Tapi perkara itu berubah secara beransur2 sebelum PRU ke 11, iaitu pada tahun 2004.
Aku salahkan Utusan. Aku salahkan TV3. Di atas kebencian aku kepada TG Nik Aziz. Namun aku lebih salahkan diri aku. Kerana memilih untuk mempercayai tanpa ada usaha untuk mencari kebenaran.
Satu ketika dahulu, di zaman persekolahan, aku fikir setiap apa yang berita hidang ia adalah fakta. Ia adalah kebenaran. Sahih. Dan sudah tentu tepat.
Aku pernah baca dan pernah mempercayai bahawa rambut bukan ditakrifkan sebagai aurat dalam Islam. Ia disiarkan menerusi Utusan. Dan penulisnya ialah Astora Jabat.
Memang setiap hari aku menonton Buletin Utama. Dan memang setiap minggu pula aku akan membaca Utusan Mingguan.
Aku tak ingat sejak bila, tetapi sejak aku kecil sampai aku dewasa, itula saluran berita informasi terkini pada aku.
Ia mula berubah secara beransur2 apabila aku mengenali dunia internet. Aku tak ingat sejak bila tetapi aku fikir apa yang aku disuruh percaya tentang kerajaan, kepimpinan, pentadbiran, Barisan Nasional, UMNO, Mahathir dan sebagainya nampaknya ia tak seperti apa yang digambarkan. Semua neh gara2 dorang berdebat tentang parti dan politik ketika berchatting. Aku sebenarnya tatau apa-apa. Aku just baca dan perhatikan. Dan kalau aku menyampuk pun, aku mesti bekap kerajaan dan Mahathir. Ini memang confirm.
Trigger dia ialah kaset ceramah TGNA. Tentang isu Allah 'samseng'. Aku percaya dan memang menyakini bahawa TG Nik Aziz sebenarnya telah menghina Allah dan sesuka ahti mengeluarkan fatwa secara sebarangan sampai Allah pun dia kata samseng.
Aku pegang kepercayaan tersebut untuk beberapa tahun sehinggala aku mendengar sendiri ceramah penuh dalam topik berkenaan dalam kereta seorang kawan yang juga seorang penyokong PAS. Dan tegar. Sampai ke hari ini.
Aku fikir aku salah. Cuma aku tak mengaku. Mungkin atas ego. Dan aku fikir aku mula keliru. Yang digambarkan dekat tv3 neh sebenarnya seseorang yang jahat. Tapi aku tak fikir dia jahat bila aku dengar suara tersebut tanpa diselang seli dengan suara pembaca berita. Yang kebetulan pada ketika itu sebenarnya, aku mula berkawan dengan lebih ramai kawan2 yang datang Kelantan. Kelantan neh pun aku benci. Aku pernah benci dulu dan aku memang mengaku aku bodoh sebab membenci secara melulu.
Dan sejak itu, aku mula mencari. Aku fikir aku nak dengar ceramah Nik Aziz lagi. Bila tv3 kutuk Nik Aziz, aku tengok. Kosong. Aku tak fikir samada aku nak percaya atau taknak percaya. Aku tak fikir apa-apa. Ianya cuma kosong.
Dan ketika kempen PRU ke 11, aku beranikan diri turun ke pentas ceramah. Masa tue aku bengong la juga. Aku fikir aku dapat mencari Nik Aziz kat pentas politik. Aku tatau yang dorang akan war-warkan siapa yang hadir menerusi banner dan kain rentang. Korang tahu la. Budak2 yang tak reti berpolitik dan tak pernah aktif kat ceramah politik memang akan blur la macam aku. Lagipun. Aku dah lama mencari Nik Aziz. Aku tak nampak CD atau kaset ceramah dia dijual kat mana-mana kedai. Masa tue aku tatau langsung tentang sekatan atau apa. Ia just aku tatau nak cari dia kat mana.
Itu yang timbul idea nak pergi cari dia kat pentas ceramah masa tue.
Tapi takde.
Namun ceramah dia ada. Dorang pasang CD. Samada ada visual atau tanpa visual. Dorang dengar ceramah pembangkang, aku dengar ceramah TGNA. Percuma.
Aku pergi banyak ceramah pembangkang masa tue. Time tue la yang aku nampak. Hujah kerajaan dan hujah pembangkang. Jadi time itula yang otak aku betul2 terbuka. Maklumat sebenarnya saling bercanggah. Apa yang kerajaan sebut dan apa yang pembangkang sebut semuanya saling berlawanan, dan aku fikir aku tatau nak percaya pada siapa masa itu.
Dan satu hari. Peluang aku nak tengok TG Nik Aziz secara live akhirnya muncul. Perkara neh berlaku kat Perak. TG Nik Aziz datang tapi tak berceramah. Semua ramai-ramai serbu salam dia. Aku pun menyemak la juga. Menyemak nak tengok tuan guru dekat2.
Dan bila aku tenung, tenung, tenung wajah tersebut, aku dapati ini bukan wajah orang jahat. Ini bukan wajah yang kita patut benci dan maki sebenarnya. Satu perasaan timbul dari ahti aku yang mengatakan bahawa ini orang baik. Lagipun masa tue aku dah banyak dengar ceramah TGNA kat ceramah pembangkang. Dia tak kutuk UMNO atau Mahathir pun.
Tok guru sebut tentang hukum, nanti UMNO terasa dihukum.
Tok guru sebut tentang lawan Allah, nanti UMNO terasa dituduh lawan Allah.
Tok guru sebut tentang hudud, nanti UMNO terasa tolak hukum.
Tok guru sebut tentang Islam, nanti UMNO terasa dikafirkan.
Tok guru bercakap sebenarnya. Bukan keluar fatwa. Tapi apa yang dilaporkan kat berita semua kata tok guru keluar fatwa. Masa ni la aku belajar. Fatwa hanya layak dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara. TG Nik Aziz pula hanya keluarkan kenyataan dan pendapat. Bukan sedang mengeluarkan fatwa. Dan apa ke bendanya yang berita semua dok lapor fatwa itu fatwa ini terbaru dari TG Nik Aziz itu dan sebagainya sebenarnya tak sama seperti yang kita dengar betul2 butiran kata tok guru..
Mungkin masa tue, apa yang aku perlukan ialah nak tengok individu itu secara berdepan dan live bagi menyakini apa yang diserapkan ke atas aku.
2 hajat aku tercapai pada malam itu.
Pertama. Dapat tengok TG Nik Aziz secara berdepan.
Kedua. Aku tinggalkan kebodohan.
Dan selepas itu. Masa Anwar turun ke Cheras pun aku pergi. Masa tue pun aku tak faham siapa la malaon neh yang beria2 orang nak tengok sangat. Aku turun. Rupa2nya dia baru keluar dari penjara. Maka tak aneh la yang orang beria2 nak tengok. Aku dengar Anwar Ibrahim berceramah politik masa tue. Memang power. Aku amek input agama dari TGNA. Aku amek input politik dari DSAI. Pendapat mereka banyak membentuk dan mempengaruhi apa yang aku fikir pada hari ini. Sebab tue aku agak sayu bila melihat Anwar dipenjarakan semula dan air mata jatuh bila mendapat perkhabaran TGNA meninggal dunia.
Walaupun ada banyak perkara yang aku tak bersetuju dengan Anwar, tapi dia ialah individu yang buat aku cerah pemikiran.
Walaupun aku jenis kaki maki hamun TGNA suatu ketika dahulu, tapi inilah orangnya yang bantu aku buat keputusan tinggalkan kebodohan yang dijaja oleh kerajaan ke atas rakyat.
Pengalaman tue ajar aku satu perkara. Apabila nak benci seseorang, maka jangan.
Kita boleh benci sikap, tapi jangan benci individu.
Mungkin, kita akan menyesal dengan kebencian tersebut.
Sepertimana aku menyesal kerana pernah membenci TG Nik Aziz.
Sebab tue aku tak benci mana-mana pemimpin BN dan UMNO secara personal.
Aku hanya benci tindakan, sikap, kenyataan dan keputusan.
Bukan parti atau individu itu sendiri.
Sebelum aku buat keputusan aku sebenarnya dalam keadaan keliru, was2, tatau.. tapi aku tahu apa tindakan yang aku nak buat selepas melihat air muka tuan guru. Aku bukan taksub.. tapi kalau korang semua berpeluang tengok TGNA secara berdepan, percaya cakap aku, wajah itu takan boleh bagi orang rasa benci padanya.
Then selepas tue aku study tentang TG Nik Aziz. Aku banyak membaca tentang dirinya.
Ada beberapa perkara yang aku tahu, dan rasa hormat dan sayang padanya kian bertambah. TGNA sebenarnya tidak maksum. Tapi dia baik. Dan paling penting dia suka menerima nasihat. Bukan sekadar memberi, bahkan menerima juga. Bila orang kritik, dia perhalusi kritikan tersebut. Dia takan balas balik dengan cara maki hamun. Jauh api dari panggang kalau banding dengan perangai aku. Dan sebenarnya secara tak sedar, aku mula mengangkat tokoh tersebut sebagai contoh ikutan.
Kalau aku nak nilai agamawan atau pemimpin, dia mesti berperangai macam TGNA.
Dia zuhud, pakai baju tak mahal, boleh makan tepi jalan, takde rumah besar, tak sombong, takde bodyguard, tak banyak karenah bila nak berjumpa, mesra dan terbuka pada kritikan dan sanggup minta maaf andai tersalah. Bahkan. TGNA cuma ada satu isteri. Sangat setia orangnya. Jadi aku akan cenderung untuk mempercayai kepada agamawan sebegitu.
Aku fikir. Dengan cara mendekati perjuangan dia ialah cara terbaik untuk menunjukkan rasa sayang kepadanya.
Bukan dengan cara menangis. Tapi banyak kali juga la airmata jatuh bila membaca berita kematian.
Dan ironinya, selepas 8 hari berlalu air mata masih lagi jatuh mengenangkan pemergian tuan guru. Aku fikir aku sedih sebab dia tiada. Aku tahu dia pergi ke tempat yang lebih baik. Tapi aku fikir aku sedih melihat dia tiada. Aku tatau apa akan jadi dengan PAS selepas kematian tuan guru. Aku fikir aku mungkin bertambah sedih kerana itu. Dan jika PAS gagal menyelesaikan konflik dalaman mereka dan memusnahkan semua yang tuan guru bina selama neh, aku akan bertambah sedih lagi.
Catatan. 20 Feb 2015. Mengenang Tuan Guru Nik Aziz.
AmenoWorld.
----------------------------
Hmm..
Aku dapat berita neh tadi beberapa minit yang lepas..agak keliru.. sedih dan sayu.. dan kini Harian Metro dah sahkan maklumat yang disampaikan menerusi pesanan wassap..
Lapor mereka ;
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka Kota Bharu. Berita lanjut menyusul...
Dan Alfatihah. Sesungguhnya orang-orang alim tempatnya di syurga.
Akan dikemaskini.