Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Februari 2015

Penguatkuasa Diejek Sebagai Anjing Kerana Rampas Barang Peniaga. (Video Inside)


"aahh kutip... kutip.. "

"Anjing kutip barang..ooo anjing kutip barang ahhh"

"Woahh anjing wooo.. anjing..."

Kemudian. Ditepuknya barang yang penguatkuasa kutip. Then anggota penguatkuasa jadi angin. Dibuangnya semula barang tersebut. Dan bergaduh la mereka. Tapi rakaman video pergaduhan penguatkuasa vs peniaga takde pula.

Lihat video.


Klik sini jika video gagal load.

Sesiapa pun akan emosi kalau ada orang panggil atau gelar atau ejek kita sebagai anjing. Peniaga mulakan unsur provokasi kerana dia merasakan penguatkuasa MPSP memprovokasi dia apabila barang perniagaannya dirampas. 

Kes berlaku di Sg Batu Balik Pulau. MPSP telah merampas barang perniagaan yang sedang dijual oleh peniaga-peniaga pada ketika itu kerana didapati menjual mercun. Secara terbuka apatah lagi mercun ialah barangan terlarang yang tidak boleh dijualbeli di negara ini. Sesiapa yang didapati menjual mercun, bukan setakat barang perniagaan aje yang boleh dirampas bahkan mungkin berdepan dengan risiko pendakwaan dan siasatan.

Hanya mercun yang dibenarkan sahaja boleh dijual. Itupun perlu ada lesen dan surat pengesahan dari balai. Kalau aku tak silap la prosesnya. Sebab pernah jual juga dulu. Ingat-ingat lupa plak macam mana.

Manakala mercun yang berbahaya seperti mercun bom ka ketupat ka botol ka yang bunyi kuat2 itu semua dilarang. Kerana wujudnya mercun sebegitu, budak2 yang terlebih cerdik pergi modified mercun yang mereka beli dari peniaga mercun then main tak ikut protokol, tak memasal putus jari, luka sana sini sampai mencacatkan anggota tubuh badan.

Ada juga yang budak2 neh punya nakal. Depa p baling mercun kat orang yang lalu lalang. Gurauan pada mereka, tapi buatnya mercun yang dia baling tue melukakan orang lain macam mana?

Satu lagi yang paling kurang ajo sekali ialah tengah2 malam orang nak tidur, depa p galak plak lawan mercun antara satu sama lain. Bertanding bunyi mercun sapa paling power. Memang la orang marah. Bila orang marah, terbitla aduan. Bila terbit aduan maka kerajaan buat la undang2. Bila dah buat undang2 maka nak taknak peniaga2 yang jual mercun secara terbuka neh kena hadap la. Lainkali jual la barang yang boleh dijual. Jual mercun kat tempat open buat apa.

Satu lagi. Aku dapati peniaga2 mercun neh sangat tak peka. Kadang2 budak umur 4,5 tahun beli mercun2 berbahaya. Depa main jual aje. Duit punya pasal. Tak fikir ke budak2 umur 4,5 tahun tue budak lagi. Satgi putus tangan budak bukan peniaga2 neh nak peduli. 

Bila barang perniagaan kena rampas meroyan plak sebab rugi. Tapi kan. Sapa yang memandai jual barang larangan. Betul tak? Suka tak suka itu memang salah sendiri. Aku sejujurnya tak suka kepada penguatkuasa yang rampas barang perniagaan para peniaga. Tak kira la barang apa pun. Selagi mana mereka jual barang2 yang memang tak merosakkan atau membahayakan nyawa la kan. Tapi kalau jual mercun ka dadah ka pistol ka memang aku setuju la sangat2 rampas. Tertakluk kepada mercun yang bahaya2 je. Yang tak merbahaya takpe la. Jangan rampas. Didik dia minta lesen perniagaan cukupla.

Mungkin nampak macam aku salahkan peniaga lebih dari anak2 orang neh. Tapi percaya la cakap aku. Dengan budak2 ko nak salahkan dorang lebih2 pun memang tak boleh. Budak2 baru hidup berapa tahun. Dorang cenderung kepada mercun dan dorang suka benda tue sebab dah dianggap permainan. Kita yang orang dewasa neh la patut kawal diri kita agar jangan nak memandai2 buat kerja bangang dengan jual mercun2 merbahaya kepada budak2. Kalau dah kena rampas, sendiri jawab. Tak perlu maki orang anjing apa bagai. Lue pandai2 jual lue pandai2 la tanggung.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...