Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Februari 2015

Road Show Liwat II & Siar Debat Liwat Di RTM - Focus Menteri Malaysia.


Selama 6 tahun UMNO dikaitkan dan difitnah sebagai dalang dalam pertuduhan kes liwat II yang membabitkan Anwar dan Saiful Bukhari Azlan. Atas dasar tanggungjawab dan tidak mahu UMNO dibabitkan lagi dengan insiden berkenaan, maka pemuda UMNO mengambil inisiatif untuk membetulkan semua salah faham yang timbul bagi memberikan maklumat sebenar kepada rakyat Malaysia bahawa perbuatan meliwat itu benar-benar berlaku dan ianya bukan fitnah, bukan konspirasi dan bukan pula untuk membunuh karier politik Anwar Ibrahim.

Ini sebab utama kenapa KJ mahu mengadakan roadshow seluruh Malaysia. Mahu membersihkan reputasi UMNO yang terkait dan terheret dalam kes pertuduhan liwat II.

UMNO tiada kaitan sama sekali dalam pertuduhan berkenaan.
Imej UMNO perlu dibersihkan.

KJ ialah menteri belia dan sukan di Malaysia. 

Melihat kepada tindakan demikian, Hanifa Maidin kemudiannya mencabar untuk berdebat dengan KJ ataupun Shafee dalam isu liwat II. Kata Hanifa, ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan kes liwat II dan dia mahu berdebat dengan sesiapa yang berkenaan supaya kesemua pihak mendapat peluang yang lebih adil dalam berhujah.

Bagi menyahut seruan berkenaan pula, menteri komunikasi, Shabery Cheek sanggup menyiarkan debat berkenaan menerusi saluran RTM seperti yang diminta oleh Hanifa Maidin, ahli parlimen dari PAS yang juga AJK PAS Pusat. 

Kata Hanifa, selain dari RTM, TV3 juga harus siarkan debat liwat II secara langsung.

Aku tak nafikan bahawa isu liwat II memang mencemar reputasi UMNO. Tetapi untuk KJ kata UMNO berdiam diri selama 6 tahun membiarkan sahaja segala tohmahan dilemparkan ke atas parti berkenaan, itu palsu. 

Semasa dalam kempen pilihanraya hari tue, usah kata citer liwat, citer video seks pasal Anwar pun ada. Siap ada giant screen lagi.

UMNO memang dah lama buat road-show pusing Malaysia menafikan kaitan mereka dengan kes liwat. Dalam blog pun bersepah-sepah UMNO menjawab hujah mempertahankan diri mereka menerusi info grafik pun ada.

Di media arus perdana, berkali2 pimpinan UMNO menafikan penglibatan UMNO dalam kes perbicaraan liwat II.

Macam mana pula KJ boleh kata UMNO berdiam diri selama 6 tahun?

Nak menipu agak-agak la woi.

Selama mana kes neh berjalan, selama itu juga la UMNO telah melakukan macam-macam cara bagi memastikan rakyat difahamkan bahawa mereka bukan dalang disebalik kes liwat II.

UMNO dah focus untuk membersihkan tuduhan tersebut selama 6 tahun. Sebelum Anwar dipenjara, dan kini selepas Anwar dipenjara, UMNO masih memocus kepada perkara yang sama.

Selama 6 tahun UMNO gagal mengubah persepsi rakyat. Persepsi rakyat sebenarnya bukan didorong oleh UMNO. Apa yang menyebabkan rakyat berpersepsi sedemikian adalah kerana Saiful Bukhari Azlan itu sendiri.

Jadi sudah sepatutnya sebagai menteri, baik KJ mahupun Shabery Cheek mula focus kepada isu2 yang lebih ilmiah dan matang yang boleh membantu rakyat marhaen.

Isu2 yang sepatutnya korang bawa pusing 1 Malaysia atau siar di tv, ataupun beria-ria focus kepadanya ialah isu harga rumah. Itu salah satu contoh.

KJ patut buat roadshow dari satu bandar ke bandar, dari satu daerah ke daerah, kaji corak pembangunan dan melihat bagaimana kemajuan dan pembangunan terpilih dan berat sebelah dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Sesetengah tempat, rumah baru hanya dibina 5 atau 6 tahun sekali?

Sesetengah tempat yang tidak maju dan tidak layak ditakrifkan sebagai bandar sekalipun apabila rumah dibina harganya mencecah 100 ribu dan ke atas?

Sesetengah tempat di perkampungan bas 2 atau 3 jam sekali.

Faktor ini mendorong rakyat untuk terpaksa mendapatkan kenderaan sendiri meksipun tangga gaji sangat rendah. Dan akhirnya apabila harga minyak naik (sebagai contoh), itu naik, ini naik, mereka jadi marah sebab kehidupan mereka tak mampu nak membiayai keperluan mereka.

Bukan semua yang beli kereta sebab mereka nak beli kereta.
Tapi macam mana nak pergi kerja kalau bas 3 jam sekali?
LRT KL.
MRT KL.
MONARAIL. KL lagi.

HEY. Orang kat tempat lain tak perlu kan pengangkutan awam kan?
HEY. Orang Sabah dan Sarawak ada karpet terbang untuk pergi kerja kan?

KJ dan Shabery Cheek bahkan Hanifa Maidin pun sepatutnya focus untuk membangkitkan dan membahaskan masalah rakyat terbanyak.

Anwar? Liwat? Konspirasi? Yeay. 6 tahun sudah berlalu. Anwar dah berlawan selama 6 tahun. PR dah berlawan selama 6 tahun. PKR sendiri dah buat macam2 cara bagi memastikan Anwar bebas tetapi Anwar masih ke dalam.

Ketika ini debat atau road show sebenarnya tak mendekati pun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Anwar.

Kalau pun kita semua tahu tentang fakta bagi kes berkenaan jadi ini apa kepada Anwar? Jika Anwar terpenjara sehingga 5 tahun, Anwar juga tidak boleh bertanding pada PRU ke 14 nanti. Jadi ini apa kepada Anwar?

Dan kalau pun rakyat difahamkan tentang citer liwat jadi bagaimana kes berkenaan boleh membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka seperti kos sara hidup, GST, tangga gaji yang rendah, pendidikan, keselamatan, kemiskinan dan sebagainya?

Ia tidak membantu Anwar.
Ia juga tidak membantu rakyat Malaysia.
Bahkan ia juga tidak membantu UMNO.
Ia juga tidak membantu PAS menyelesaikan kemelut dalaman mereka.
Jauh sekali ia membantu PR untuk kembali bersatu seperti dahulu.

Jadi bila ia tidak membantu kita semua, untuk apa kita focus kepada kes berkenaan?

Kes berkenaan telah tamat. Sudah ada noktahnya. 

Anwar telah dijatuhkan hukuman bersalah dan penjara 5 tahun. Apa yang rakyat mahu fikir tentang kes neh adalah hak mutlak rakyat. Rakyat berhak sebab ini ialah pemikiran mereka. UMNO atau BN atau PR tidak entitle untuk tentukan apa yang rakyat patut fikir atau mahu fikir.

Fikiran rakyat tidak didorong berlandaskan emosi juga.
Ia datang selepas kami membaca fakta kes.

Kami baca bagaimana Saiful menyalin dari seluar kepada tuala.
Kami baca bagaimana Saiful beli KY Jelly.
Kami baca bagaimana Saiful ketahui bahawa Anwar mahu meliwatnya sebelum ke apartment berkenaan.
Kami baca bagaimana karpet yang kononnya ada kesan pelincir ditemui di apartment bersebelahan berbanding tempat kejadian (liwat) berlaku.
Kami baca bagaimana Saiful melantak karipap dan minum air kopi selepas berlaku perbuatan liwat.
Kami baca bagaimana seluar dalam Saiful ditemui di rumah bekas tunang (ketika itu).
Kami baca bagaimana Saiful tahan berak untuk kumpul bukti.
Kami baca bagaimana Saiful masih ke tempat kerja selepas didakwa diliwat.
Kami baca bagaimana tiada kesan koyakan atau tusukan ditemui pada tutt Saiful.
Kami baca bagaimana Saiful dan Papa Gomo berkonspirasi dalam email yang dihack.

Bahkan. Bukan setakat baca.

Kami dengar juga bagaimana Shafee berkata Saiful tidak rela diliwat tetapi dia terpaksa menyerah dalam forum malam semalam.

Tiada pistol.
Tiada ugutan.
Tiada pula tekanan.
Jauh sekali diikat atau dikurung.

Dan, Saiful terpaksa menyerah?

Beginila. Hormati hak sesetengah rakyat untuk benci Saiful Bukhari Azlan. 
Dan sebagai menteri Malaysia, tumpu la kepada masalah sebenar rakyat.
Dan jika UMNO atau PR mahu participate buat kerja2 bangang neh, serahkan la pada mereka yang ada jawatan dalam parti semata-mata untuk uruskan isu.
Yang ada jawatan dalam kerajaan baik sebagai menteri mahupun sebagai wakil rakyat, kembali la kita kepada tumpuan sebenar. Selesaikan masalah rakyat. Hanifa Maidin patut debat tentang harga rumah dan kerana itu rakyat melantiknya sebagai wakil rakyat. Tolong laaa..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...