Tah hapa-hapa la doktor neh. Aku syak la. Syak saja. Tatau la betul ke tak betul. Hasil pemerhatian aku menerusi wall di doktor Abdul Rahman Abdul Kadir, dia memang kerjanya jenis sindir Ustaz Asri. Bukan satu, tapi berkali-kali postingnya sindir Ustaz Asri. Macam-macam sindiran dan label diberikan kepada ustaz tersebut atas macam-macam alasan bahkan kalau ko baca alasan-alasan dia perghhhhh.. dalil agama sana sini mana pernah lekang. Memang alim nak mampos. Terasa plak aku. Almaklumla. Aku neh kan memang.. jahat orangnya. Terserlah luar dalam. Takde menyamar dan lakon lakon lagi dah. Dah confirm sahih terbukti. Aku nak berlakon alim pun tak guna.
KAH KAH KAH
Dan ini pula. Posting yang meminta maaf secara terbuka selepas dikritik teruk akibat menyindir dan mempersendakan kematian dan ketokohan tuan guru Nik Aziz. Katanya. Taken out of context.
Dia bagi alasan kerana tersentap dengan provokasi. Bukan nak cermin kesalahan sendiri plak tue. Dia tatau aku punya tekanan lagi best. Kat blog kena maki. Kat twitter kena maki. Kat facebook kena maki. Itu baru kira 1 page. Kalau 2,3 page aku jadi admin. Mengadap pula provokasi-provokasi dari malaon2 UMNO. Kiranya walaupun aku bukan doktor jauh sekali kaki paste hadis apa semua, cerdik lagi aku tahan provokasi kan. Tapi sebenarnya aku pun kaki provokasi gak. Aku selalu provoke penyokong2 PR dan BN kat page2 berita. Mungkin itu la sebabnya aku tahan provokasi kot.
KAH KAH KAH
Dan di akhir komen, boleh plak dia mengaitkan MAZA dengan kesilapan sendiri. MAZA up status tue sebagai contoh dan peringatan sebab awak tue doktor lantikan kerajaan. Biar manis mulut berbicara sebagai wakil kerajaan. Di satu sisi yang lain awak tue konon2nya geng ILMU. Di satu sisi yang lain pula awak tue konon2nya pro UMNO. Dan favor pula kepada perpaduan dan penyatuan ummah. Yang ko buat sekarang neh ko rasa mendekatkan lagi perpaduan ka bagi orang tambah benci dan meluat pada parti yang ko sokong?
Ada pernah fikir?
Kita kalau nak cari ruang sokongan, cuba la berperangai macam ustaz Fathul Bari tue hah. Itu sebagai contoh la. Aku pun tak bersetuju dengan banyak point dia tapi disebabkan dia sangat open minded pula pada perbezaan dan hujah serta rajin pula menjawab kritikan2 yang dilemparkan ke atasnya menggunakan nada suara sebagai seorang manusia yang berakhlak, maka tak la kita rasa marah. Bila kita baca point dia, kita akan rasa macam kita nak jawab dengan hujah. UFB pun banyak tak bersetuju dengan PAS. Elok pula dia ucap salam takziah. Siap ingatkan ahli2 PAS agar jangan taksub. Ada ka ahli2 PAS meroyan mengamok p kutuk dia? Takde. Dia gunakan laras bahasa yang sopan. Orang pun boleh terima. Kerana ia nasihat yang berguna. Ini tah mai mana, berlagak plak sebagai seorang doktor tahu2 aje mempersendakan kematian orang siap sertakan link tokoh kesesatan. Tak tau plak aku kalau orang jenis tak sesat neh kerjanya dok label melabel gelaran2 yang keji dan melampaui batas ke atas tubuh badan orang lain.
Lepas tue mempersoalkan sikap MAZA yang upload gambar2 dia di wall MAZA.
Deii machaaaaa..
Ko buka dulu wall facebook hang tue. Ko ada tak upload gambar wajah2 orang yang tak bersetuju dengan point ko. Ada tak? Ko pun buat benda yang ko persoalkan bila orang lain buat. MAZA buat macam tue ada sebab. Dia nak kementerian kesihatan kenal pasti siapakah individu yang dimaksudkan MAZA. So, MAZA bagi la sekali gambar ko. Senang nak trace dan lakukan sesuatu atas aduan yang dibuat secara terbuka oleh MAZA.
Sesiapa yang normal pun akan rasa meluat dan menyampah baca posting2 seorang doktor. Tak mengambarkan nilai keintelektual yang sepatutnya seorang doktor miliki tau.
Boleh la kita terima. Mungkin dalam sebulan ada satu hari yang kita emosi ka. Tension ka apa ka. Terlepas cakap mengarut di facebook ka. Aku pun macam tue juga. Takmo aku mengata orang. Tapi yang aku tengok di wall dia terlalu kerap emosinya tak tentu pasal dalam melemparkan tuduhan terutamanya pada batang tubuh ustaz Asri.
Apa kes?
Ada dendam ka kat dia?
Aku tengok komen yang sebut kalau MAZA yang mati aku yang paling happy doc.
Tak pula ko tegur ek komen macam tue?
Padahal ko sedar dan baca.
Maksud aku kalau nak diikutkan penerangan ko kat atas neh la. Out of context sangat.
Kalau ustaz MAZA ada buat salah kat ko, laju2 p khabarkan pada dia. Mungkin dia tak perasan salah silap dia.
Tapi kalau sekadar nak balon dia semata-mata dia tak sokong BN sepertimana yang ko sokong.. minta maaf cakap la. Aku nak panggil ko doktor pun aku rasa malu dan segan.
KAH KAH KAH