Siapa. Sirul.
Kenapa?
Najib, apa yang dah berlaku neh?
KPN kata. Biarla Sirul nak buat apa-apa pendedahan sekalipun. Kes dah tutup dan keputusan muktamad telah pun dibuat. Kes dah selesai dan jika Sirul nak cakap apa atau buat apa-apa biarla. PDRM mengambil pendekatan 'nak tengok dulu' akan pendedahan yang Sirul nak buat.
Dan PDRM juga tidak akan membuat apa-apa siasatan terhadap progress terbaru ini buat masa sekarang. Kerana tiada sebab yang membenarkan polis untuk berbuat demikian.
Tambah KPN lagi. Sirul berpeluang mendedahkan segalanya di mahkamah ketika proses perbicaraan. Dia sepatutnya gunakan peluang tersebut untuk bercakap segalanya. Mungkin Sirul dipengaruhi oleh pihak berkepentingan untuk bercakap sesuatu yang tidak benar. Jika tidak, kenapa baru Sirul mahu mendedahkan segalanya? Ini tidak logik.
KPN dan Najib Razak.
Sirul tak cakap apa-apa lagi. Hanya baru menyebut akan membuat pendedahan. Kenapa KPN secara melulu menyebut ;
"Ketua Polis Negara itu berkata Sirul yang kini di Australia mungkin bertindak demikian kerana dipengaruhi pihak tertentu atau ditekan supaya tampil membuat kenyataan yang tidak benar"
Lapor TMI.
Dan respon Najib. Sirul membuat dakwaan bahawa dia di arah. Najib kata Sirul merepek. Kenapa pula merepek. Kalau pun Sirul di arah kenapa pula Najib nak kata Sirul merepek. Sepatutnya Najib kata, tunggu la pendedahan dia. Atau itu biar polis yang siasat lagipun kalau saya respon bukan ada kaitan dengan saya pun.. ke apa ke.. tetiba je laju2 kata dakwaan Sirul merepek. Aik Najib.. orang tue tak sebut nama pun. Kau dah kenapa?
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH