Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Februari 2015

Aku Sebenarnya Minat Yusri KRU Tapi Sejak Dengar Lagu Dia Kutuk Tok Guru I Am Out..

Daripada bersekolah sampai habis belajar. Aku sentiasa minat Yusri KRU. Aku rasa aku suka suara dia. Sebab semua lagu yang dia nyanyi aku suka dengar. Walaupun aku tak pernah suka lakonan dia. Sebab pada aku dia langsung tak pandai berlakon. Dan walaupun aku tak pernah suka filem KRU. Sebab pada aku KRU memang tak pandai buat filem.

Tapi aku sentiasa suka Yusri.
Sebab aku suka dengar suara dia bila menyanyi.
Aku masih dengar lagu 'Dekat padamu' sehingga ke hari ini.
Dan aku rasa dia mesti gembira kerana akhirnya Lisa Suriani telah mengandung selepas kahwin beberapa tahun walaupun aku rasa dia bagi alasan yang bangang semasa jawab soalan wartawan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Dan tadi. 

Semasa aku mengodek telefon.

Aku melihat dan mendengar satu klip video.
Hanya melalui suara aku tahu ini suara penyanyi bernama Yusri KRU.

Jadi aku google. Untuk dapatkan kepastian. Kerana lagu neh aku tak pernah dengar. Aku rasa musykil. Aku tak fikir Yusri akan tergamak menyanyi lagu seperti itu. Selalunya, KRU dan Yusri akan menyanyi lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Maka, jika benar Yusri yang menyanyi lagu berkenaan sudah tentu la mereka juga yang menulis lagu berkenaan. Maka, aku google. Untuk pastikan pemikiran aku.

Dan. Aku tak silap tafsir.


KRU ataupun TYCO mereka sebenarnya entiti yang sama sebab dikendalikan dan dianggotai oleh orang yang sama.


Dan bila aku klik kat youtube, untuk melihat video yang dipersembahkan oleh KRU/TYCO, aku dapati video tersebut telah dipadamkan atau sekurang2nya dilarang dari ditonton kepada umum.

Jadi. Betul la. Memang KRU yang buat lagu tersebut. Dan memang betul pula Yusri yang menyanyi.

Reputasi baik yang aku simpan untuk Yusri KRU sebenarnya banyak. Walaupun aku tak pernah suka langsung dia membazir dalam perkahwinan dan perkahwinan yang dia lalui selama ini. Dan aku tak pernah suka langsung perkahwinan kedua dia yang diperbesar-besarkan bagai nak rak tak tentu arah.

Pada aku. Alangkah bagusnya dengan kekayaan yang dia bina dengan usaha dan kudratnya sendiri ditambah pula dengan ilmu dan kepandaian yang dia miliki, dia lakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya dengan cara mendekati golongan yang tertindas dan terabai.

Ada satu rancangan. Artis Korea. Yang baik ada yang buruk pun ada tetapi aku harap selebriti Malaysia boleh meniru yang baik bukan yang buruk dan tak tentu arah.

Program berkenaan ialah artis2 terkenal Korea turun padang, pergi ke negara2 yang miskin, tertindas, kebuluran, bina sekolah, tinjau masalah, amek anak angkat, ceritakan dan war-warkan masalah yang dihadapi oleh negara2 berkenaan dan kutip derma untuk disalurkan bantuan.

Dalam salah satu episode yang aku tengok, aku fikir di negara Somolia di satu daerah yang aku tak ingat, rakyat di sana makan pasir dan ia cerita realiti. Wanita di sana bekerja ketuk batu. Dan rumah mereka, aku boleh kata..  aku tak fikir ia sebenarnya rumah.
 
Dan aku fikir, apabila kita menjadi selebriti, orang suka dan orang minat, mungkin kita boleh gunakan pengaruh kita untuk buat satu program kemanusiaan seperti itu apatah lagi peminat2 fanatik kita pasti akan tonton sama kerana meminati diri kita.

Tak perlu kita pergi jauh ke negara orang, di negara kita sendiri, bersepah duduk bawah jambatan.

Kita tak perlu kutuk kerajaan. Kerana rancangan yang aku tengok tue pun mereka tak kutuk sesiapa.

Mereka hanya war-warkan kesusahan dan mencari bantuan serta solusi bagi menyelesaikan masalah.

Aku harap artis kita boleh berfikir dan meniru perangai cerdik artis 'kafir' seperti itu.

Jangan tiru yang pakai seksi. Tapi tiru sikap mereka yang bantu orang.
Jangan tiru yang huha atas pentas tak tentu hala. Tapi tiru bagaimana mereka sayangkan budaya sendiri dan kembangkan ke peringkat antarabangsa.
Jangan tiru program yang berpeluk dan bercium tapi tiru bagaimana mereka buat filem dan drama kesedaran dan jujur bagi melawan penindasan.

Aku harap Yusri boleh berfikir sejauh itu sebab memang aku tahu dia naik dan kaya atas usaha sendiri. Orang macam neh boleh pergi jauh dan memang mereka telah pergi jauh.

Tapi jangan la jauh sangat sampai terlupa nak membezakan betul dan salah.

Jangan jauh sangat sampai buat lagu sebab terpengaruh dengan sentimen fitnah dari orang lain. 

Walaupun kita kaya, mewah, bergaya dan popular semasa hidup, itu bukan pengukur kita akan mendapatkan perkara yang sama apabila mati kelak. Kita yang hidup ini pasti akan mati dan kita semua tahu itu adalah perkara yang realiti. Dan, apa yang mahu kita tinggalkan kepada generasi mendatang sebagai kenangan? Sebuah lagu yang mengutuk orang alim atau sebuah blog yang mencaci maki hamun penindasan dan kezaliman sebagai base perlawanan kepada sebuah kebangkitan?

Jawapannya. Sudah tentu la bukan kedua-duanya, betul tak?

Mari kita mula belajar untuk sedar diri wahai Yusri KRU sebelum kita bersembang kencang kutuk seseorang yang sememangnya alim. 

Dan ini, apa yang aku selalu gambarkan diri aku. Aku mahu jadi lebih jujur dengan agama dan apa yang aku mahu percaya. 

Jika anda mencari Islam.
Anda jangan tengok saya.
Anda tengokla Alquran.
Jika anda mencari pejuang Islam.
Anda lagi la tak boleh tengok saya.
Anda tengokla Nabi Muhammad SAW.
Jika anda mencari seorang muslim yang gagal.
Anda boleh melihat saya.
Jika anda mencari seorang muslim yang keliru.
Anda pun digalakkan untuk tengok saya.
Jika anda mencari seorang muslim yang tidak tahu arah sebenar.
Anda memang patut tengok saya.
Ingat. Jika anda cari Islam, anda jangan tengok saya.
Anda terus buka Alquran laju2 dan kaji.
Jika saya salah, saya tak ikut apa yang Alquran kata, 
Maka anda ketahuila, saya belum cukup beriman dan mengimani Allah SWT.
Menjadi hipokrit, itu bukan kemahuan sepenuhnya diri saya.
Kerana contradiks, manusia boleh baca.
Anda cari Islam.
Saya cari Allah.
Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...