Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Februari 2015

Dan, Ini Mungkin Puncanya Kenapa Mahathir Marahkan Sangat Najib Razak.

Nurul Izzah dalam sidang media terbaru mengakui bahawa sebenarnya Najib Razak suatu ketika dahulu pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dengan syarat Anwar Ibrahim tinggalkan PR dan PKR.

Ini berita yang diterbitkan oleh Malaysiakini ;


Jika aku ialah Mahathir, aku akan marah dengan Najib.
Jika aku ialah Muhyiddin Yassin, aku akan lebih marah lagi dengan tindakan Najib.

Bagi aku. PR dan PKR takde sebab untuk marah pada Anwar Ibrahim. Kerana tawaran dibuat oleh Najib ke atas tuan punya badan. Dan tuan punya badan telah menolak tawaran berkenaan. Hasil penolakan dari tawaran berkenaan, tuan punya badan kini merengkok ke dalam penjara dan akan berterusan untuk 5 tahun yang mendatang.

Namun. Mungkin juga hasil dari tawaran berkenaan membuatkan Anwar semakin soft-spoken dengan Najib dan pentadbirannya. Konsensus Nasional juga mungkin terbit atas pelawaan Najib yang mahu berbaik-baik dengan Pakatan.

Jika perkara ini telah diketahui oleh Mahathir sejurus cadangan itu disampaikan, tak mustahil juga kenapa Mahathir menarik semula sokongan ke atas Najib. 

Seperti yang kita ketahui, selain dari allahyarham tuan guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim juga merupakan musuh politik ketat bagi Mahathir. 

Jika Najib bole tawarkan jawatan seperti timbalan perdana menteri kepada Anwar, maka siapa tahu, apa lagi tawaran yang Najib boleh buat pada masa akan datang?

Memikirkan kemungkinan tersebut, mungkin membuatkan Mahathir berasa jauh ahti dengan tindakan Najib. Kerana pada bila-bila masa atas nama mempertahankan kedudukan dan kuasa, Najib mungkin melakukan apa sahaja tawaran kepada Anwar dan pembangkang bagi menjaga kedudukannya sendiri.

Apatah lagi jika tawaran yang dibuat itu adalah tawaran yang mengaitkan isu berkenaan dengan Mahathir. Mungkin membocorkan satu atau dua maklumat yang boleh mencalarkan intergriti Mahathir. Siapa tahu.

Maka, mungkin isu-isu berbangkit seperti beberapa projek yang dikaitkan dengan Mahathir dijadikan alasan bagi menutup alasan sebenar yang menyebabkan Mahathir marahkan Najib bagi memandu pemikiran orang ramai bahawa Mahathir marahkan pentadbiran Najib kerana Najib enggan ikut cakap Mahathir dalam beberapa projek tetapi sedangkan Mahathir marahkan Najib yang membuat tawaran sebarangan kepada pembangkang atas nama kuasa dan kedudukan.

Jadi, tak pelik juga kenapa selepas PRU tamat, beberapa bloggers UMNO angin dan mengamok terhadap Najib.

Tapi, sepertimana Najib yang cuba untuk berbaik-baik dengan Anwar, mungkin juga Mahathir dan beberapa pimpinan UMNO yang lain sedang cuba untuk berbaik-baik dengan pimpinan tertentu dari PR khususnya di Selangor.

Mari kita sama-sama perhatikan.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...