Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 Mei 2014

Nurul Izzah Mahu TSKI Tarik Diri, Pemilihan PKR Hancur Angkara Azmin - Lapor Pemerhati.

Dasat.

Mari kita lihat apa yang dilaporkan dan disebarkan oleh pihak2 tertentu berkaitan pemilihan PKR.

---------------------------

Dari hari pertama sampai ke hari ini. Nama Azmin Ali macam hot cake betul la. Kali neh terdapat seorang individu yang menggunakan facebook untuk sebarkan penipuan2 dalam pemilihan PKR berserta bukti video dan mengaitkan insiden2 penipuan tersebut dengan Azmin Ali.

Antara yang dikatakan oleh facebooker tersebut (nanti aku share link dia kat akhir artikel yer) ialah ;

1. Pemerhati2 Azmin Ali sibuk pangkahkan kertas undi orang. Alamak ai. Lue pemerhati aje kot. Kenapa buat kerja lain?

Hehe.

2. Team Saifuddin meminta TSKI menarik diri dalam pemilihan PKR pada semalam di rumah DS Anwar Ibrahim. Meminta secara terhormat namun nampaknya permintaan tersebut tidak mendapat perkenaan pihak2 tertentu.

Pulaaaaakkkk..

Lihat ;

 
Wah wah wahhhhhhhhhhhhhhhhh...

Nurul Izzah pun campurtangan dalam urusan pemilihan parti? Apa benda la korang semua neh bergaduh bagai nak rak pasal jawatan dalam parti? Berebut2 masing2 sebab nakkan habuan ke?

KAH KAH KAH

Aku tatau la betul ke tidak apa yang diperkatakan di atas namun jika salah mohon tampilkan penafian apa yang tersebar di atas. 

Kalau la betul. 

Rupa2nya PKR yang gila menuntut agar BN bersikap lebih demokratik tidakla sedemokratik mana. Dorang punya demokrasi lagi hancur ada ahti nak kutuk BN. Tak sedar diri ke apa PKR neh? Itula pasal Anwar boleh jadi letih dengan permainan puak2 neh. Masing2 mahukan habuan. Sampai kadangkala Anwar tergelincir dalam tindakan kerana nak melayan tuntutan pihak2 tertentu. Aku tak rasa di akhir2 usia ini Anwar akan gilakan harta. Dia cuma nak membina imej pemimpin disegani untuk dikaryakan dalam pensejarahan negara. Bahkan aku yakin Anwar memang layak ke arah itu pun. Suka atau tidak suka, dia memang ada aura tersebut.

Namun di sekeling dia, ada ramai orang2 yang akan sentiasa mengambil kesempatan, lawan ataupun kawan yang akhirnya akan membuatkan dia tergelincir (salah buat keputusan) dalam sesetengah tindakan disebabkan nak mengikutkan sangat kehendak, permintaan dan pendapat puak2 tertentu.

Habislah PKR tanpa Anwar. Anwar boleh berdiri tanpa PKR. Tetapi PKR memang hancur berderai tanpa Anwar. Bukan nak nafikan jasa pemimpin2 lain, pihak2 lain yang kecil mahupun besar masing2 ada peranan masing2 namun jika PKR menghasilkan generasi pejuang2 yang gilakan habuan maka PKR akan berkubur sebaik sahaja Anwar lenyap di muka bumi ini.

Fikir2kan la ek.

Sebaran yang juga berkaitan dengan pemilihan parti ;

Azmin Ali ada buat berniaga dengan Danny Tan. Saya tak tahu siapa Danny Tan. Azmin ada jual tanah murah kemudian tuduh Tan Seri Khalid Ibrahim jual tanah dekat Tropicana. kenapa Azmin Ali ini nak sangat jadi MB Selangor. Ini kerana sebelum pilihan raya dulu Azmin ada ambil duit dari Syarikat Gapurna. Azmin janji projek PKNS dekat Petaling Jaya akan diberi pada Gapurna. Semua akan selesai kalau Azmin jadi Menteri Besar. Tuan Gapurna ini ada pergi jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim lepas pilihan raya selesai. Tuan syarikat ini terpaksa mengadu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang duit down payment yang telah diambil oleh Azmin Ali. Tuan punya syarikat terpaksa berterus terang kerana tak ada pilihan. Yang menjadi Menteri Besar bukan Azmin Ali tetapi Tan Seri Khalid Ibrahim. Cerita Azmin Ali ambil duit dari projek PKNS sebelum pilihan raya ini rupanya bukan citer baru.di prk kajang kata budget nak buat banyak bilik gerakan tak cukup. Ini sebab Azmin Ali dah ambil 200 juta ringgit duit sumbangan dari peniaga Cina yang menyokong Datuk Seri Anwar. Duit ini diberikan untuk PRU13. Bila sekali lagi minta sumbangan kerana Dr Wan Azizah nak bertanding di Kajang, cerita duit 200 juta ini terkantoi. bersyukurlah. inilah hikmah sebab adanya pilihan raya kecil Kajang. saya curiga bila dengar kisah Azmin Ali ini. Dari dulu lagi kawan -kawan selalu ingatkan yang Azmin Ali ini tak boleh dipercayai.ada cerita macam mana Azmin Ali dah porak perandakan pemilihan PKR. Azmin Ali main duit beli undi dekat Sabah dengan Sarawak. pemilihan PKR kali ini dah jadi macam pemilihan UMNO. Azmin Ali bawa budaya politik wang dalam PKR. Wassalam

Dan lagi ;

Cik Rozan yang dihormati,

Asalammualaikum wrb wbt.

Saya harap Cik Rozan masih ingat kepada saya. Saya Hafiz Husni salah seorang dari pelajar yang mengikuti kelas Pengajian Malaysia tahun lalu. Saya nak beritahu bahawa saya merasa amat bernasib baik dapat mengikuti kelas Cik Rozan. Dalam kelas Cik Rozan bukan sahaja saya terdedah kepada ilmu akademik malah Cik Rozan telah membuka mata saya dan banyak kawan-kawan saya tentang seni dan budaya. Saya dulu tak berapa faham sangat hal budaya, tapi sekarang ini saya dah mula baca Dewan Sastera. Kami tidak sangka selain dari menulis dan membaca puisi Cik Rozan juga seorang pelakon teater. Secara ikhlas saya katakan disini bahawa ramai pelajar yang mengikuti kelas Cik Rozan merasa amat bangga jadi anak murid Cik Rozan. Untuk pengetahuan Cik Rozan tahun lalu kelas saya telah kecoh. Secara senyap-senyap kami mendengar cerita ada dua orang senior kami telah Cik Rozan bawa ke Parlimen. Apabila mereka pulang dari Parlimen mereka buka cerita yang mereka dapat bersalaman dengan YB Tian Chua , YB Azmin Ali dan berjumpa dengan YB Nurul Izzah. Aizat dan Syazwan sampai hari ini masih cerita tentang kisah ini. Sekarang dalam kelas ramai yang tertanya jika Cik Rozan akan bawa kami melawat Parlimen lagi. Jika ada program lawatan saya berharap nama saya tak tertinggal.

Baru-baru ini saya perhatikan Cik Rozan agak sibuk. Saya faham kenapa abang ipar saya dari Bandar Tun Razak juga sibuk. Dia kata dia sedang berkempen untuk pemilihan PKR. Anak-anak dia dihantar dekat kampung. Kerana Cik Rozan nampak sibuk jadi ramai anak murid Cik Rozan bertanya apakah Cik Rozan akan bertanding juga. Mereka berdoa satu hari nanti Cik Rozan berjaya menjadi YB.

Minggu lepas kawan Baba dari Ipoh ada datang ke rumah kami. Kawan-kawan Baba ada usrah dekat Sungai Ramal. Mengikut kata Baba semua mereka ahli PKR. Saya pernah tanya sorang kawan Baba adakah kenal dengan Cik Rozan atau tidak. Ada seorang yang muda ada kenal dengan Cik Rozan. Tapi Baba sendiri tak kenal Cik Rozan sebab mungkin Baba lebih tua. Kalau umur panjang insya Allah saya akan kenalkan Baba dengan Cik Rozan.

Kawan Baba dari Ipoh ini sedang sibuk berkempen. Saya tak kenal sangat mereka ini tapi dari perbualan mereka jelas mereka tak menyokong Ketua Cabang Cik Rozan. Mereka juga tak menyokong Azmin Ali. Mereka tak suka Azmin Ali. Saya agak terkejut bila saya mendengar perbualan mereka. Saya rasa Cik Rozan lagi tahu dalam hal ini.

Saya pasang telinga mendengar cakap kawan Baba dari Ipoh ini. Dia kata Azmin Ali ada kes ambil duit dari bos Cina. Kawan Baba itu ada bawa beberapa helai kertas bukti. Dia kata Azmin Ali ada buat berniaga dengan Danny Tan. Saya tak tahu siapa Danny Tan. Vincent Tan saya kenal sebab Aizat kata Cik Rozan ada beritahu dia pasal Vincent Tan tauke kedai Toto. Kawan Baba kata Azmin ada jual tanah murah kemudian tuduh Tan Seri Khalid Ibrahim jual tanah dekat Tropicana. Bila saya terdengar nama Tropicana saya teringat pada Cik Rozan sebab ada sekali Aizat nampak Cik Rozan tengah tunggu teksi dekat Tropicana.

Rasa saya Baba tahu juga cerita pasal Azmin Ali ini. Masa berkempen dekat Kajang dulu Baba sokong Dr Wan Azizah tapi Baba selalu kata Tan Seri Khalid ini orang yang baik. Agaknya kawan Baba dari Ipoh ini mahu Baba berkempen untuk Tan Seri Khalid. Baba juga tahu latar belakang kenapa Azmin Ali ini nak sangat jadi MB Selangor. Ini kerana sebelum pilihan raya dulu Azmin ada ambil duit dari Syarikat Gapurna. Azmin janji projek PKNS dekat Petaling Jaya akan diberi pada Gapurna. Semua akan selesai kalau Azmin jadi Menteri Besar. Mengikut cerita kawan Baba Tuan Gapurna ini ada pergi jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim lepas pilihan raya selesai. Tuan syarikat ini terpaksa mengadu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang duit down payment yang telah diambil oleh Azmin Ali. Tuan punya syarikat terpaksa berterus terang kerana tak ada pilihan. Yang menjadi Menteri Besar bukan Azmin Ali tetapi Tan Seri Khalid Ibrahim. Saya yakin Cik Rozan pasti lebih tahu dari saya hal ini. Sebagai Ketua Penerangan pasti Cik Rozan dapat maklumat yang lebih banyak dari Baba saya.

Cerita Azmin Ali ambil duit dari projek PKNS sebelum pilihan raya ini rupanya bukan citer baru. Baba kata pernah dengar citer ini tapi macam tak jelas. Masa itu Baba belum dapat lihat bukti. Tapi ada lagi satu ceter saya nak tanya pada Cik Rozan. Citer ini mula-mula saya dengar masa Baba berkempen untuk Dr Wan Azizah di Kajang. Baba kata budget nak buat banyak bilik gerakan tak cukup. Ini sebab Azmin Ali dah ambil 200 juta ringgit duit sumbangan dari peniaga Cina yang menyokong Datuk Seri Anwar. Duit ini diberikan untuk PRU13. Bila sekali lagi minta sumbangan kerana Dr Wan Azizah nak bertanding di Kajang, cerita duit 200 juta ini terkantoi. Baba kata bersyukurlah. Dia kata inilah hikmah sebab adanya pilihan raya kecil Kajang.

Saya bukan ahli AMK walaupun tiga orang kawan saya dah menjadi ahli AMK. Mungkin Cik Rozan tak kenal kerana mereka bukan dari Sentul tapi dari Sungai Ramal. Saya masih belum tahu apakah saya akan menjadi ahli Pas atau ahli PKR. Saya sedar Cik Rozan telah pelawa saya beberapa kali. Saya cakap jujur dekat sini sebab saya curiga bila dengar kisah Azmin Ali ini. Dari dulu lagi kawan -kawan Baba selalu ingatkan yang Azmin Ali ini tak boleh dipercayai. Dua hari dulu pun Baba ada cerita macam mana Azmin Ali dah porak perandakan pemilihan PKR. Baba kata Azmin Ali main duit beli undi dekat Sabah dengan Sarawak. Baba kata pemilihan PKR kali ini dah jadi macam pemilihan UMNO. Azmin Ali bawa budaya politik wang dalam PKR.

Cik Rozan yang saya hormati, saya nak bertanya apakah Cik Rozan tak tahu apa yang saya dengar dan tulis ini? Atau Cik Rozan buat-buat tak tahu? Kalau Cik Rozan betul-betul tak tahu jadi saya rasa bersyukur. Macam mana dengan pemimpin AMK yang lain? Mereka tak tahu kes Azmin Ali ini? Saya harap Cik Rozan tak merasa terganggu bila menerima surat saya ini. Tujuan saya hanyalah untuk mendapat penerangan dari Cik Rozan yang saya anggap guru yang bijak dan banyak pengalaman.

Wassalam

Hafiz Husni

Sumber : Sini , sini dan sini.

Tue diaa..

Macam2 cerita ada. Macam2 kisah ada. Tapi semua tue sekadar cerita tanpa tindakan tegas. Kalau betul la apa yang dorang perkatakan aku cadangkan ;

1. Lapor polis dan serahkan bukti2 berkaitan kepada JPP untuk tindakan selanjutnya. Mana2 isu yang dikatakan penipuan dalam pemilihan, wajar diserahkan bukti pendua (yang utama ko simpan la takut2 bukti asal hilang) kepada pihak2 yang berautoriti untuk siasatan selanjutnya.

2. Yang mana2 kes cerita demi cerita tue minta tuan punya badan yang dinamakan dalam kisah2 tersebut tampil membuat respon balas.

3. Yang mana2 terkait desak TKSI berundur dari bertanding mohon tampil membuat pengakuan. Betul ataupun tidak.

Hehe..

Wayang neh. Wayang. Ini la masanya untuk kenal tokoh2 tertentu dengan lebih dekat dan REALISTIK.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...