Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 Mei 2014

Ruang 'Kaum' Dimahsuhkan Dalam Borang Kerajaan - Tahniah BN!

Antara yang sentap..

Hari tue MP DAP ada beri cadangan tersebut. Kemain ramai lagi yang maki hamun dia. Sekarang yang dok maki hamun DAP apakah akan maki hamun UMNO juga? Almaklumla. Perkara ini telah pun diluluskan dalam mesyuarat kabinet semalam. Yakni, mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh orang2 UMNO selaku perdana menteri dan menteri2 berkaitan memandangkan UMNO yang menguasai banyak jawatan2 penting dalam kerajaan.

Itu juga bermaksud hal ini direstui oleh UMNO.

Cepat la oii p demo maki hamun UMNO sana macam geng2 UMNO p maki hamun DAP. Takmo DEMO dan buat BANNER kah?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Cadangan yang bernas dan aku sokong. Kenapa aku sokong?

Meh baca apa alasan kerajaan meluluskan perkara ini dalam mesyuarat semalam.

1. Kerajaan hanya gugurkan ruangan kaum dalam borang yang tiada nilai tambah dalam kelayakkan permohonan.

Maksudnya apa? Maksudnya bila ko memohon sesuatu, kerajaan tak peduli la ko bangsa apa, agama apa sekalipun. Kerajaan hanya mahu menilai samada ko layak atau tidak menerima perkara (bantuan) tersebut ataupun layak atau tidak memohon pekerjaan tersebut.

Itu yang dimaksudkan samada ko kaum apa agama apa sekalipun ia tidak akan mempengaruhi permohonan ko. Tiada nilai tambah.

2. Setakat neh sudah 120 borang2 rasmi kerajaan mengugurkan ruangan kaum dan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

3. Antara borang yang terlibat dalam penguguran ruangan kaum ialah BRIM, rumah PPR, dan bantuan2 yang berkaitan.

 4. Namun kerajaan masih mengekalkan ruangan kaum dalam borang2 tertentu untuk memastikan perkara 153 perlembagaan persekutuan melindungi kepentingan dan hak kaum melayu dan asal (bumiputera) kat negara neh.

Contohnya. Jika tanah tue rizab melayu, maka ruangan kaum akan dikekalkan bagi memastikan tanah2 rizab melayu diberikan kepada melayu sahaja. Dan begitulah seterusnya untuk hal2 berkaitan.

Bagi aku ini langkah yang bijak dibuat oleh BN. Dan aku macam tak percaya yang UMNO sudi berlapang dada mengugurkan ruangan kaum di borang2 tertentu. Baguslah juga tindakan memaki hamun dan berdemo sana sini untuk tekan UMNO. Mereka akhirnya tunduk pada desakan dan memahami tiada gunanya menjadi racist tak tentu hala.

KAH KAH KAH

Oleh kerana aku memang setuju dengan pengguguran ruangan kaum di borang2 tertentu especially borang2 yang melibatkan bantuan kepada rakyat Malaysia (aku suka menilai bahawa individu itu dibantu samada mereka layak ataupun sebaliknya, bukan ikut agama ataupun bangsa) maka aku puji tindakan KERAJAAN BN kali ini. Anda bijak menjauhi racist. Tahniah.

Pun begitu, aku harap ruangan kaum juga boleh dimahsuhkan untuk anak2 yang lahir dari keluarga campur. Ia sesuatu yang pelik untuk ko tentukan kaum anak2 berdasarkan kaum ibu atau bapa yang berlainan kaum.

Cina kahwin india macam mana?

India kahwin melayu macam mana?

Melayu kahwin cina macam mana?

Suku kaum sabah atau Sarawak kahwin melayu macam mana?

Orang putih kahwin india macam mana?

Melayu kahwin bangladesh macam mana?

Melayu kahwin thailand, myammar dan nepal pun ada oi.

Bagi aku. Lebih baik begini. Untuk anak2 yang lahir dari 2 atau lebih kaum yang berbeza, kaum mereka ialah BANGSA MALAYSIA. Kaum2 ibu dan bapa tulis la jelas2 dalam borang kelahiran anak. Cuma kaum anak tue tak boleh ditentukan melalui kaum ibu dan bapa yang berbeza kaum. Kalau melayu kahwin melayu maka memang la melayu. Tetapi kalau kacukan dia lain citer.

Letakkan BANGSA MALAYSIA sebagai kaum rasmi mereka. Aku harap BN boleh pertimbangkan cadangan aku ini.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...