Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Mei 2014

PERKASA Nafi Anjur Demo Sokong GST Pula Dah..

Aik.

Perkasa kata nak buat laporan polis sebab difitnah oleh RBA = Red Bean Army (yang sebenarnya tak wujud pun, sebaliknya geng2 PR buat troll untuk layan drama BN).

Lihat poster di bawah ;


Tersebar meluas di laman2 media sosial, twitter, facebook dan juga wassap. Sekarang PERKASA tampilkan diri menafikan bahawa mereka akan menganjurkan demo pro GST.

Baca ;
NGO pendesak Melayu PERKASA menafikan dakwaan mereka akan menganjurkan satu perhimpunan menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 12 Mei ini

Menurut Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali dalam pesanan ringkas kepada Malaysiakini, perkara itu “kerja kotor” dan “fitnah” yang disebarkan tentera siber pembangkang Red Bean Army.
“PERKASA pasti ini kerja kotor Read Bean Army yangg terima puluh jutaan dolar Amerika. Jenis tak ada kerja lain. Sentiasa mahu membuat fitnah,” katanya lewat petang semalam.

Utusan Malaysia yang dimiliki Umno memperkenalkan istilah "Red Bean Army" bagi menggambarkan satu unit tentera siber itu dan mendakwa ia telah diupah oleh DAP.

DAP telah menafikan sekeras-kerasnya kewujudan kumpulan itu dan menyebutnya sebagai khayalan imaginasi Utusan.

Syed Hassan merujuk kepada poster yang diedarkan dalam laman sosial, bertajuk "Sejuta rakyat menyokong GST" berserta logo PERKASA dan gambar presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Acara itu kononnya dianjurkan bersama dengan sayap kanan NGO lain, seperti Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) yang dipimpin oleh bekas pemimpin kanan PAS Datuk Dr Hassan Ali. -MKINI-

Dan sebelum itu ;


Yelah, mereka tak anjurkan demo pro GST. Aku terima salah faham yang wujud. Aku pun ingat yeye je depa nak anjur. Rupanya tidak. Namun mereka tetap sokong GST. Dan seru diadakan demo pro GST. Kenapa PERKASA tak berani nak anjurkan sendiri? Adakah kerana KUANTITI YANG HADIR AKAN MEMALUKAN KREDIBLITI PERKASA?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...