Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Mei 2014

Mahasiswa Dihukum Kerana Tidak Sokong GST !!!!! - Hanya Di Malaysia.

Rasa simpati pada mahasiswa yang menjadi mangsa dalam kes ini. Namun dalam waktu yang sama aku juga rasa sangat kelakar memikirkan kebodohan UITM. Siyes.

Ada pula kesnya di Malaysia seseorang mahasiswa dihukum semata2 dia update status berkenaan pendapat peribadi dia mengenai GST? Yakni, dia tidak menyokong GST.

Seseorang nak sokong GST. Atau taknak menyokong GST. Apa kena mengena dengan hidup lue UITM? Itu dia punya pasal la. Dia nak sokong, nak bidas, nak lawan, nak puji, dia punya pasal la. Dah duit dia, hidup dia, hak dia. Itu pandangan politik dia. Apa punya amalan bangsat la yang UITM bawa sampai sanggup hukum student sendiri yang tak sokong GST?

BODOH nak MAMPOS.

Aku tak boleh terima kebodohan macam neh. Aku rasa bersemangat aje nak berdemo depan UITM sambil tunjuk fack. Siyes. Tolong tolong tolong halang aku sebelum aku meroyan lebih teruk..

Damm you UITM. Damm you..



Seorang pelajar UiTM berdepan dengan tindakan disiplin kerana dikatakan menyiarkan tulisan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Facebook.

Dalam surat bertarikh 28 April, pihak universiti menyatakan bahawa Mohd Fathihie Gadius dari kampus UiTM Sabah, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Dia didakwa membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah.

Pelajar Sarjana muda sains biologi itu juga didakwa melakukan
kesalahan yang sama melalui lebih daripada 20 posting dari Oktober 2013 hingga Januari tahun ini.

Jika didapati bersalah, dia boleh digantung dari universiti dan tidak dibenarkan masuk ke kampus.

Mengutuk pertuduhan itu, setiausaha Majlis Pelajar Universiti Malaya, Fahmi Zainol berkata akta itu "kejam" tetapi "bukan sesuatu yang baru" bagi UiTM.

Sebelum ini, katanya, sekurang-kurangnya tiga aktivis pelajar digantung pengajian selama satu semester kerana "penglibatan dalam politik".

"Jika sekali lagi perkara yang sama juga berlaku, mahasiswa tidak teragak-agak untuk bangkit mempertahankan hak beliau," kata Fahmi dalam satu kenyataan. -MKINI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...