Taknak.
Jangan la bagi jawapan macam neh. Sebab aku nak bercerita neh. Kecik ahti aku tahu tak.
KAH KAH KAH
Aku nak bagi pendapat aku. Pendapat aku atas satu perkara. Berkenaan kajian semula PAS terhadap tahaluf siyasi nya bersama PKR. Oke sebelum aku pongpang2 sembang kencang kat bawah neh kita amek tahu beberapa perkara dulu.
Perkara : PAS mahu mengkaji semula kerjasama politik dengan PKR.
Punca : PAS mempercayai kemerosotan undi melayu terhadap PAS berpunca dari tindakan PAS yang banyak berkompromi dengan PKR dan DAP dalam beberapa isu. Terutamanya yang membabitkan kepentingan orang melayu dan Islam.
Pendapat aku : Tak tepat pada pemerhatian aku. Selama tak bersatu dengan PR, PAS bukan pernah menang besar pun. PAS bukan nya memperjuangkan sekularisme dulu2. Still Islam juga. Tapi tak pernah menang jadi kerajaan pusat pun. Bahkan PAS selalu cakap, menang tak penting, Islam penting. Jadi kajian semula kerjasama politik atas dasar kehilangan undi melayu memang pelik sikit. Tak berapa tally dengan apa yang diperjuangkan selama neh konon2nya PAS tidak dambakan kemenangan. Pun begitu, itu cuma salah satu sebab kenapa kajian semula ini dibuat. Yang sebenarnya sebab2 lain, oke jek. Then lagi satu. Selama mana yang aku nampak, UMNO bukan menang sebab dia ISLAMIS ataupun tolong melayu, tetapi lebih kepada kemajuan. Melayu bukan tolak ISLAM, tapi melayu cuba nak seimbangkan keadaan. Islam mao, maju pun mao. Tapi belum ada lagi parti2 yang diperlihatkan mampu offer kedua2 perkara itu secara serentak di negara neh. Aku amek contoh Terengganu dan Kedah. PAS dominant, tapi adakah PAS masih dikekalkan sebagai parti yang mentadbir negeri itu? Nampaknya tidak. Sesuatu perlu dilakukan, iaitu kenalpasti kelemahan diri.
Ada pemimpin PAS yang bagi respon juga. Antaranya Nasruddin Tantawi. Katanya jika tahaluf siyasi itu menyebabkan kerugian kepada jemaah Islam [PAS] maka kerjasama tersebut adalah HARAM untuk diteruskan.
Yang Nasruddin maksudkan jika ia membabitkan kepentingan umat Islam sehingga mereka terpaksa mengadaikan akidah mereka. Ini apa yang aku nampak. For sure mesti dia kena balon punya lepas neh. Ustaz Harun Taib dah kena dah sejak semalam. Aku pun pelik la. Sejauh mana aku cuba berusaha mengatakan jika tidak bersetuju sekalipun, usahla meletakkan label2 yang tidak elok terhadap mereka, still komen2 seperti itu wujud. Sejauh mana aku cuba mengajak marilah jangan mengaitkan perkara ini dengan UG dan UMNO kerana rakan2 dari PAS nampaknya tersangatlah sakit ahti bila setiap kali menyuarakan perbezaan, mereka di anggap UMNO, UMNO, UMNO seolah2 ia merupakan dosa besar untuk menyatakan perbezaan.
Relax la.
Bagi aku biarkan benda itu betul2 berlaku dulu. Maksud aku jika PAS dah confirm gile nak bersatu dengan UMNO, masa tue ko balon ah kaw2. Masalah kerusi, pembahagian kuasa, Selangor, apakah peranan PAS dan sebagainya itu tidak perlu difikirkan. Tak perlu detail sangat atas benda yang tak confirm pun. Mengarut jek kot.
Ini benda belum jadi. Bukan rasmi. Sahih jauh sekali. Tapi anak tekak seme dah terkeluar bagai.
Kepala hotak kau. Belum jadi la hentam kaw2. Lepas dah jadi nak hentam pun tidak berguna lagi. Aku mesti kena balik macam neh kan? Betul tak?
KAH KAH KAH
Aku dah tahu sangat. Mereka takut PAS keluar PR sebab fikirkan bahawa PAS nak masuk UMNO. Ada kerana yang sayangkan PAS. Ada kerana yang tidak mahu PAS bersatu dengan UMNO kerana ia akan memberikan impak negatif terhadap kuasa pentadbiran PR di beberapa buah negeri.
Ini ialah pemikiran2 yang terbit dari ahli2 dan penyokong2 PR. Seolah2 ia tiada kemungkinan lain. Bahawanya tak mungkin kot PAS nak keluar PR sebab nak jadi lone ranger. Tak mungkin kot PAS nak keluar PR sebab nak perkemaskan hala tuju dan matlamat mereka. Bukan nak bersatu dengan UMNO pun.
Apa tak boleh ke jika PAS juga menjadi pembangkang di negara ini tanpa bersatu dengan mana2 parti yang wujud di dalam negara ini?
Ini ialah pemikiran aku. AKu tak terikat dengan parti. Apa pun periuk belanga sudu senduk yang berlaku dalam kerjasama korang, personally ia tidak akan menjejaskan perjuangan rakyat. Aku tak bergantung harap pada parti 100%. Parti2 politik ialah jambatan tali untuk aku melintas ke sebelah sana. Parti bukan diri aku. Bila aku dah habis melintas, aku akan tinggalkan jambatan tali itu. Babai.
Apa yang akan berlaku dalam PR hanya akan menjejaskan PR saja. Tidak akan membabitkan rakyat langsung. Selama neh PR takde pun rakyat masih bangkit melawan. Situasinya berbeza la. Disesuaikan dengan zaman. Apa yang aku faham selagi mana wakil2 rakyat ini konsisten mengambiltahu masalah rakyat, menyuarakan bagi pihak rakyat dan mencari penyelesaian kepada masalah itu, itu sudah cukup. Kenapa pula aku nak heran sapa bersatu dengan sapa, sapa berkahwin dengan sapa, sapa bercerai dengan sapa. Ini bukan urusan aku pun.Ini urusan peribadi pentadbiran parti2 itu sendiri. Termasuklah ahli2 parti2 politik tue. Mereka berhak concern, peduli, amek tahu, bantah, setuju, cinta, sayang, sokong, tak suka, menyampah, benci dan sebagainya jika berlaku sebarang perubahan terhadap parti2 yang mereka 'anuti'.
PAS dan DAP bukan nya bersatu pun selama neh. Tapi bila ia babitkan hak rakyat di PARLIMEN, boleh pula mereka sama2 sependapat dalam satu usul.
Jadi apa point aku sebenarnya neh? Apa yang aku ingin sampaikan? Aku setuju PAS keluar PR?
Relax brader, relax.
Apa yang ingin aku nyatakan ialah jikalau sekalipun PAS mahu keluarkan diri mereka dari PR, ia bukan perkara yang perlu kita layankan sangat. Baik kita focus kepada masalah2 diri kita sebagai rakyat neh. Apa dia?
1. Harga rumah mahal nak mampos.
2. Gaji pula sikit sangat tak cukup nak tampung kos sara hidup.
3. Kereta pula still mahal nak mampos. BN kata nak turunkan harga kereta. Kepala hotak dia ah. Mana ada.
4. Sistem pengangkutan awam tak effisen. Dah berapa tahun merdeka neh oi.
5. Rasuah dalam agensi kerajaan berlambak2. Lepas tue sikit2 rakyat jadi mangsa. Cukai sana sini. Kecelakaan apa ini.
6. Masalah sosial sana sini. Penat nyah oi. Budak2 suka campak bayi macam campak sampah.
7. Ketidaktelusan dan ketidakcekapan BN mentadbir negara neh. Pelbagai polisi dirangka tapi tak sampai pada golongan sasaran. Apa jadah rumah kos rendah pun boleh jadi mangsa spekulasi dan agent2 hartanah yang tamak gile.
8. Suasana selamat yang semakin hilang. Rakyat rasa makin tak selamat di dalam negara neh.
Ini antara yang aku rajin nak tulis jek. Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku cover2. Cuma aku nak nyatakan, as rakyat, as non partisan, aku perlu asingkan dan susunkan benda mana yang aku perlu fikirkan hari2 dan benda mana pula yang aku hanya perlu layan sepintas lalu. Agak2 tengok isu tue panas semacam jek kat media sosial, kita buatla luahan perasan. Lepas tue dah cukup.
Sungguhpun aku ada niat nak jadi orang tengah antara rakan2 PAS dan PKR agar mereka saling tidak memprovokasi dan saling melukakan ahti masing2, aku fikir aku perlu batalkan niat tersebut. Apahal pula orang tengah beria2 nak damaikan dua pihak bila dua2 pihak itu sendiri tidak ada inisiatif mahu mendamaikan diri masing2?
Buang masa ko tahu.
So apa kata, kita biarkan saja mereka selesaikan masalah mereka sendiri. Kita pula harus focus lawan BN, oke tak? At least untuk orang2 non partisan macam aku. Orang2 parti lantak depa la. Pasal memang hal depa pun.
Hehe.
Sebab tue aku nak pesan kat Ustaz Azhar Idrus, tolong. Tolong jangan tunggu aku. Pasal aku memang takan datang. Itu jek.
KAH KAH KAH