Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 September 2013

KJ Minta Hentikan Fitnah Ke Atas KBS Isu Tajaan RM650,000 - Ini Jawapan Untuk KJ.

KJ kata ;
Ada yang tuduh Kerajaan melalui KBS memberi RM650 ribu untuk program jalan kaki dari Besut ke Putrajaya. Mungkin tuduhan ini dibuat sebab saya mewakili YAB PM di pelancaran program tersebut pada 13 Sept di Putrajaya. 

Disini saya ingin jelaskan bahawa RM650 ribu itu adalah penajaan dari syarikat-syarikat swasta, kebanyakkan dari Terengganu dan bukan peruntukan Kerajaan/wang rakyat.


Saya sendiri menyaksikan penyerahan mock cheque tersebut. Tidak ada apa-apa peruntukan diberi oleh KBS bagi Kerajaan Malaysia. Harap mereka yang menyebarkan fitnah di media sosial mengambil maklum pencerahan ini.

KBS terlibat dalam perasmian program Walk4Malaysia. Program tersebut mendapat naungan dari KBS jadi tak hairan la kenapa Menteri Belia dan Sukan merasmikan program tersebut.

Rujuk :  https://www.facebook.com/Khairykj/posts/721519171198020

Part one kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/penyokong-bn-tunai-nazar-jalan-kaki.html

Macam sangkaan aku sebelum neh. Bukannya individu yang melakukan nazar tersebut dapat duit tunai sebanyak RM650,000. Sebaliknya pihak2 yang mengendalikan program tue yang dapat duit tajaan tue. Maksudnya mereka yang akan uruskan duit tajaan tersebut. Individu2 yang berjalan kaki tue mungkin dapatlah beberapa ribu lepas dah habis berjalan apa semua [aku percaya mesti ada imbuhan punya].

Tapi still mereka yang menguruskan program neh yang sebenarnya beruntung. Dapat RM650,000. Kata dorang program neh bukan program berjalan aje. Ada checkpoint apa bagai la. Blbalbalbal.. 

Yelah. Kot ye pun ada checkpoint, takan cekau RM650K beb? Banyak tue. Mesti time malam2 tidur suite dan hotel mewah, ye tak?

Kah Kah Kah

Oke sambung balik. Part yang KJ cakap ia bukan menggunakan duit kerajaan negeri ataupun pusat. Kita buka website walk4malaysia tue sat.

Lihat sini ==>  http://www.walk4malaysia.com/

Dan kita lihat pula senarai pihak2 yang menaja program ini ; 



Kita baca jap apa yang dorang potpet2 kat dalam website tersebut.


Program Walk For Malaysia (Walk4Malaysia) adalah satu manifestasi sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihanraya Umum ke-13, Mei lalu.


Hah, nampak? Mereka sendiri sahkan bahawa program tersebut adalah program yang berkaitan dengan idelogi ataupun sokongan terhadap parti politik. Takde masalah pun BN nak anjurkan apa2 program dan acara. Itu perkara normal untuk parti2 politik menganjurkan apa2 pun. Yang menjadi pertikaian ialah wang tajaan ataupun wang untuk menganjurkan program tersebut mestilah tidak melibatkan wang pembayar cukai. Itu saja.

Jika kita perhatikan semula penjelasan KJ kat atas neh, flashback oke, dia sebut duit kerajaan tidak terlibat sama sekali.

Eh ye ke?

Ia datang dari syarikat2 swasta yang menaja program tersebut.

Eh ye ke?

Ini beberapa rujukan ringkas berkenaan syarikat2 yang menaja program di atas. Ia diperolehi dari poster di atas yang dipetik dari laman rasmi walk4malaysia.

Ini pasal Terengganu Inc ==> http://terengganu-inc.com/v3/images/stories/Group_Structure.pdf 

Ini pasal EPIC ==> http://www.epicgroup.com.my/overview.php 

Ini pasal Konsortium Pelaburan Kemaman ==> http://www.epicgroup.com.my/sub2.php 

Ini pasal Golden Pharos ==> http://www.goldenpharos.com/structure.html

Ini pasal TDM Berhad ==> http://www.tdmberhad.com.my/Contact_Us.html

Ini pasal Permai Hotel ==>  http://www.permaihotelkt.com.my/index.php

Ini pasal SATU WATER ==> http://www.satuwater.com.my/

Kesimpulan.

1. Ada dua syarikat yang menaja program neh yang aku tak dapat kesan. Satu tue sebab takde website dia. Satu sebab aku tatau logo tue mewakili syarikat apa.

2. Ada syarikat kerajaan yang terlibat dalam penajaan. Kerajaan negeri Terengganu. Biasanya penaja utama diletakkan di depan ataupun di petak mula kerana mereka ialah penaja utama / memberikan wang tajaan yang besar. Yang utama kat sini Terengganu Inc, EPIC dan Konsortium Pelaburan Kemaman. Ketiga2nya agensi kerajaan.

3. Syarikat GPB pula ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri. Rujuk link yang dinyatakan.

4. Permai Hotel bebas dari pengaruh kerajaan. Tapi dia sudi berikan sponsor, mungkin atas kapasiti promosi. Takde masalah pada aku. Melainkan jika ada projek2 tersembunyi disebalik semua ini, itu lain citer.

5. Ini bermaksud wang tajaan berkemungkinan besar datang dari agensi2 berkaitan kerajaan. Ini salah. Aku dah terangkan sebelum neh. Jika ia adalah program kerajaan negeri, bukan babitkan urusan idelogi parti, ia tiada masalah menggunakan sumber dana kerajaan. Tapi bila ia babitkan kepentingan parti, ia salah untuk berbuat demikian.

6. Itupun kita tak masuk lagi ke konteks kenapa syarikat swasta tue nak berikan tajaan pula. Takan dorang suka2 nak taja tanpa mengharapkan sesuatu pula? Kalau bukan ruang promosi yang ingin dicari, mestilah ruang projek. Ini simple maths KJ, simple. Pahala untuk setiap kebaikan yang kita buat, tak wujud dengan sia2.

Penyelesaian nya mudah. Jika kita telus, maka dedahkan semua perkara. Jika kita buat kerja dengan amanah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Rakyat menilai dengan fakta dan hujah. Kami semua bukan budak2 yang tak pergi ke sekolah.

Pendapat aku.

Aku takde keperluan untuk menarik semula apa2 kenyataan. Kerana dari awal lagi aku tidak menyebarkan apa2 fitnah. Jika ada, aku bersedia membetulkan ia. Tapi dalam kes neh, ia tiada. Cuma aku berharap DS Ahmad Said yang tampil membuat kenyataan berkaitan hal neh. Jika benarla kata KJ, KBS tidak terlibat apa2 pun dalam urusan program neh, maka pihak yang perlu menjawab perkara ini bukan lah KJ, tapi DS Ahmad Said. Maka biarkan la dia menjawab persoalan2 di atas neh.

Ini ialah program berdasarkan idelogi parti politik. Ia terbukti. Korang sendiri yang sahkan. Dan ia melibatkan syarikat2 kerajaan pula tue. Ia tercatat dalam website rasmi program ini sendiri. Jadi jika persepsi rakyat salah, maka betulkan. Jika persepsi rakyat ialah fakta, maka bertanggungjawabla. 

Program bersifat peribadi dan politicios seperti ini tidak ada kewajaran nya sama sekali menggunakan dana kerajaan. Itu saja.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...