Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 September 2013

Pengikut Syiah Report Polis - Apa Kerajaan Nak Buat?

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Aku tertarik dengan berita neh. Tahu pasal apa? Cuba korang tengok muka2 pengikut syiah kat bawah neh hah ;



Ada nampak macam orang Iran? Jawapan nya takde.

Baca dulu apa yang dorang tengah buat tue ;
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Syiah. Menurutnya, pihaknya akan melantik peguam dalam masa terdekat kerana tiada saluran untuk membuat kenyataan, selain dibimbangi dikatakan cuba berdakwah secara terbuka.

“Kami kesal apabila Mufti Kedah membuat kenyataan pada 13 September lalu, yang disifatkan memfitnah, menghasut dan berunsur spekulasi terhadap pengikut Syiah,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar, semalam.

Abdullah berkata, berdasarkan kenyataan Mufti Kedah itu, menunjukkan seolah-olah golongan minoriti Syiah berpotensi merosakkan keamanan di negeri ini, di mana pengikut dan penyebar fahaman itu akan dikenakan hukuman berat.

Katanya, pertambahan ahli di negeri ini atas kerelaan individu yang menawar diri untuk memahami fahaman itu, bukannya daripada penyebaran dakwah.

“Walaupun di Kedah sudah ada Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, yang akan digunakan untuk sekat penyebaran Syiah, kami tidak akan berhenti mengamalkan fahaman ini,” katanya.

Abdullah turut menafikan wujud pemberian dana kepada golongan itu seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya menegaskan kehidupan mereka secara keseluruhannya miskin dan tidak harap bantuan sesiapa.

“Begitu juga dakwaan tawaran wanita yang tidak benar sama sekali. Nikah mutaah bukan dibuat sewenang-wenangnya,” katanya.

Katanya, dianggarkan sekitar 3,000 pengikut Syiah aktif di Kedah, terutama di Pendang, Jitra, Sungai Petani, Tikam Batu, Sik dan Baling. -SH-

Aku cakap dengan korang sebelum neh. Semua citer2 pasal Syiah yang digembar gemburkan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk meraih millage politik. Takde apa2 tujuan khusus untuk membanteras mereka pun. Takde. Apa yang ada ialah kita tuduh PAS syiah dan kita biarkan orang ramai sangka buruk dan kutuk2 PAS kaw2. Kita akan sentiasa mengaitkan PAS dengan syiah secara berterusan dan jadikan ia salah satu serangan berbentuk politik.

Ini permainan mereka.

Masih tak percaya dengan sangkaan aku? Lihat berita di atas. Fahamkan ;

1. Penganut Syiah report polis.

2. Penganut Syiah terang2 tunjuk muka, identiti dan sebagainya.

3. Mereka juga rakyat Malaysia.

4. Mereka mengakui mereka tidak akan berhenti dari mengamalkan ajaran Syiah.

5. Mereka juga akan mengambil tindakan undang2. Iaitu lawan guna mahkamah. Lawan kenyataan Mufti Kedah yang disifatkan sebagai menfitnah peribadi mereka.

6. Setakat neh hampir 3ribu pengikut Syiah berada di Kedah.

7. Ajaran Syiah tak berkembang kerana dakwah tetapi kerana ada rakyat2 di negara ini berminat kepada ajaran tersebut.

8. Bahkan nikah mutaah juga di amalkan. Tetapi tertakluk kepada apa yang ditetapkan dalam fahaman Syiah.

Bayangkan. Seorang ketua syiah boleh slumber gile buat kenyataan macam neh kat media massa. Pernah fikir kenapa? Bayangkan siap nak amek tindakan undang2 terhadap mufti Kedah lagi. Pernah fikir kenapa?

Persepsi yang timbul ialah tak lain tak bukan, fahaman Syiah yang diamalkan oleh rakyat berkelahiran negara ini, dibolehkan di Malaysia. Bila ko amalkan pun kerajaan tiada kuasa untuk membendung kegiatan ko. Ada tengok ayah pin buat kenyataan di media berani2 pergi balai polis? Mampus la ko kena tahan. 

Apa yang berlaku sekarang neh tak lebih dari satu permainan. Agenda. Kita semua adalah pemain2 yang terlibat dalam agenda ini. Pihak A dengan agenda nya, pihak B dengan agenda nya. Berbeza pihak berbeza agenda. Ketahuila geng. Korang nak berpihak kepada agenda yang mana satu? Agenda kerajaan yang sembang kencang kutuk PAS dengan syiah tapi tak banteras syiah ataupun agenda  menjadi pejuang islam yang suci murni dengan bunuh semua pengikut syiah? 

HAHAHA.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...