Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 September 2013

Penyokong BN Tunai Nazar Jalan Kaki Dapat RM650,000?

Dapat RM650,000.00?

Yeke?

Apa kisahnya?

1. Masa sebelum PRU hari tue ada la sorang tue berhasrat mahu berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika BN menang dalam PRU ke 13.

2. Individu tersebut ialah bekas tentera. Dah bersara. Dia buat nazar. Disiarkan di paper. Aku ingatkan dah berjalan rupanya2 belum lagi. Hehe.

3. Nazar dia ialah bersifat peribadi. Sebab nazar berkaitan idelogi politik.

4. Tapi sekarang dah bertukar menjadi nazar satu Malaysia pula. Sebab? Dari nazar di angkat kepada program walk4malaysia.

5. Maka nya dia akan berjalan selama 13 hari dari Kuala Besut ke Putrajaya. [Tatau bila start].

6. Maka nya program neh diangkat menjadi salah satu program negeri.

7. Dalam majlis yang sama satu cek tajaan berjumlah RM650,000 disampaikan oleh KJ terhadap program neh.

8. Pengguna media sosial mempertikaikan. Kenapa perlu diberi RM650k kepada individu neh?

9. Tetapi aku rasa gambaran salah telah terwujud kat sini.

10. Aku membaca berita2 berkaitan dengan lebih teliti bagi mendapatkan satu kepastian.

Rujuk berita kat bawah neh ;


Perkataan ini pada aku ;

"pelancaran cabaran walk4Malaysua serta penyerahan cek tajaan bernilai rm650k semalam.. blablabla.."

Bukan merujuk kepada menyerahkan cek RM650,000 kepada individu yang bernazar itu. Bacaan aku merasakan bahawa cek tajaan diserahkan kepada pihak yang menguruskan program tersebut. Mungkin makan minum, tempat tinggal, keperluan2 yang berkaitan akan dipenuhi melalui wang sumbangan tersebut. Dan aku taktau adakah wang sumbangan itu datangnya dari KBS?

Jika ya dari KBS atau dari mana2 agensi kerajaan negeri sekalipun jika ia membabitkan wang pembayar cukai ia boleh dipersoalkan bahkan berhak dipersoalkan.

Persoalan kat sini pada aku ialah ;

1. Nazar personal dah bertukar menjadi program negeri.

2. Nazar personal berkaitan idelogi politik BN. 

3. Kali terakhir yang aku tahu, nama negara ini Malaysia, bukan nya Barisan Nasional. Maaf, kalau dah bertukar, aku tak diberitahu pun.

4. Maka adalah betul jika program ini menggunakan dana dari tabungan BARISAN NASIONAL. Jangan babitkan duit pembayar cukai. Jika mereka berhasil dapatkan tajaan swasta atau apa itu hak dan hal mereka. Aku takmo campur. Cuma aku benar2 berharap ia bukan datang dari wang pembayar cukai. Kerana ia merupakan satu kesalahan di mata rakyat bilamana seseorang itu ditaja bagai hanya kerana dia menyokong BN. BN tak kutip duit dari penyokong2 mereka je. Gunakan wang kerajaan untuk kepentingan bersama, bukan berdasarkan atau dibeza2kan melalui idelogi politik. Ia salah.

Apa pun seriyus aku nak nyatakan disini. Aku percaya wang RM650k itu bukan diberikan kepada Mohd Noor, pesara tentera yang berjalan kaki tue. Itu apa yang aku nampak melalui keratan berita di atas. Jika salah, betulkan aku. Pun begitu, bukan bermaksud aku sokong berkenaan wang tajaan itu jika ia datangnya dari kerajaan cuma aku percaya kita perlu meletakkan tuduhan yang betul bagi menyatakan pendapat. Jika kita menyatakan pendapat bagi tuduhan yang tidak wujud, kita juga tidak betul. Itu saja.

Sekian. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...