Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 September 2013

Discount 50% Untuk Saman AES - Hishammudin Hussien

Adakah ia sesuatu yang boleh dibanggakan?


Cuba korang baca bawah sat ;


Pengguna jalan raya yang mempunyai saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diberikan diskaun sebanyak 50 peratus, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata, pengguna yang mempunyai saman AES hanya perlu membayar RM150 berbanding RM300 sebelum ini bagi setiap kesalahan.
Selain itu, katanya, dua syarikat yang ditubuhkan untuk menguruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diambil alih oleh syarikat dimiliki kerajaan.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aes-diskaun-saman-50-peratus-kata-hishammuddin

Bagaimana AES beroperasi ;

1. Terima saman

2. Kita berhak pertikaikan saman jika rasa dianiaya

3. Bawa kes mahkamah.

4. Jika menang takyah bayar saman.

5. Jika kalah kena bayar saman.

Proses di atas memang sulit. Pasal kena turun naik mahkamah. Bahkan aku sendiri tak sure kena sediakan peguam ke ataupun apa. Pada aku jikalau dapat ringkaskan sikit cara dia lebih baik. Maksudnya masuk mahkamah sekali aje. Buang masa nak turun naik mahkamah neh beb.

Apa pun bukan itu yang aku nak citer. Yang aku nak citer sekarang pasal Hishammudin Hussien neh hah. Dengan beranggapan bahawa semua penerima saman AES adalah pesalah jalanraya yang muktamad, maka dia bagi la discount tue. 

Nak mengaburi pemerhatian rakyat bahawasanya korang berhak mempertikaikan notis saman yang diterima jika terasa disalahanggap.

Bukan semua penerima saman AES adalah pesalah jalanraya. Komputer boleh menipu juga. Motor pun kena saman juga. Padahal hari tue kata motor takan kena.

Nampak tak permainan nya disitu? Ya, ya benar sekali. UMNO memang suka main2. Patut kita letakkan dorang kat padang permainan. Boleh la main kat situ puas2. Ini bermain2 dengan agensi kerajaan buat apa. Menyusahkan orang je la pun.

KAH KAH KAH  

Apa pun pendirian kami mutlak. Hapuskan saman AES. Kerana kami tak percayakan BN bab2 berkaitan duit neh. Ataupun pinda saman AES. Jangan collect duit tapi collect hukuman. Buat beberapa penambahbaikkan. Kita memang patut follow undang2 jalanraya. Takde pertikaian bab tue. Tapi kalau kita seriyus nak suruh orang patuh kita tak collect duit, sebaliknya kita hukum mereka buat kerja2 kemanusiaan. Confirm lebih serik dari denda bayar duit.

Hehe.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...