Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 September 2013

Chin Peng Disahkan Mati.

Nampaknya takde harapan nak mendengar cerita sejarah versi Chin Peng pula. Untuk tujuan kajian dan perbandingan. Chin Peng mati dalam buangan dan tidak dibenarkan pulang ke Malaysia meskipun beberapa usaha telah dibuat untuk membawa dia kembali sebelum neh.

Lihat petikan berita Malaysiakini ;
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.

Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.


Kang kejap lagi ada la orang yang tuduh2 ko sokong komunis apa bagai. Mesti punya la ada pemikiran2 macam neh. Bagi dia untuk setiap mereka2 yang berusaha mahu mendapatkan keaslian dan ketulenan sejarah2 pra kemerdekaan negara bermaksud pro komunis. Tak pernah sekalipun dia terfikir bahawa ia bukan nya merupakan satu kesalahan untuk mencari tahu kebenaran.

Kejam atau tak kejam dalam defisini sejarah UMNO dan definisi mangsa2 yang menjadi kekejaman KOMUNIS sebenarnya tak terpakai pada pemikiran aku.

Kenapa?

Ini kerana pengalaman mengajar aku untuk ber-ahti2 mempercayai apa itu UMNO dan BN. Sesiapa pun boleh mengaku mereka komunis dan membunuh rakyat marhaen ketika itu. Perang saikologi yang dikuasai oleh British tak boleh dipandang remeh sebab itula mereka mampu menjadi empayar penjajahan yang besar suatu ketika dulu. Jangan rendah2kan intelek dan kecerdikan mereka dalam mengatur strategi peperangan dan propaganda bhai.

Ini salah satu antara ribuan perkara yang aku sering fikirkan bila cuba memahami sejarah pra kemerdekaan negara ini.

Perkara2 seperti ini menuntut aku untuk sentiasa mencari tahu kebenaran. Sampai bila nak hidup berdasarkan kepada persepsi dan andaian yang tidak terbukti?

Contoh kes yang terjadi baru2 ini. Pasal LKS kencing di depan bangunan negeri ketika peristiwa 13 Mei. Ia tak terbukti. Tapi berapa banyak orang yang tuduh2, sindir dan kutuk2 LKS pasal tue? Last2 Tanda Putera siap minta maaf lagi. LKS saman Utusan dan sapa tah bekas menteri sorang tue. Lupa nama plak. Bekas menteri tue siap tak mengaku lagi dia cakap macam tue. Dia salahkan Utusan plak tue. Utusan salah petik. Hah amek kaw. 

Nampaknya tak bagaimana sejarah yang kita anggap ia sejarah, tapi akhirnya setelah memperhalusi beberapa persoalan demi persoalan, pertikaian demi pertikaian, akhirnya kita dapati apa yang disuapkan ke atas akal kita, ia bukan la seperti itu pada hakikatnya.

Pengalaman mengajar aku. Untuk lebih ber-ahti2 bila ia babitkan UMNO dan BN. Bukan prasangka buruk, jangan salah faham. Cuma ia pengalaman yang mendidik aku untuk lebih ber-ahti2 kerana aku telah ditipu berkali2 oleh mereka. Bukan sekali dua, bahkan sentiasa ditipu secara berterusan. Sampai bila pula aku harus membiarkan diri ditipu dan ditipu pula kan? Fikir2kan la ek.

Apa pun salam takziah untuk keluarga Chin Peng.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...