Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 September 2013

Chin Peng Ialah Legend Di Negara Ini.


Hanya abu mayat saja. Itupun nak takut bagai. Aduhai. Pelik betul aku. Sabar. Relax dulu. Jangan main tuduh2 semua orang komunis membuta tuli.

Menurut KPN kita ;
Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng bukan warganegara Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurut Khalid, beliau percaya pemimpin Komunis itu akan lebih gembira jika dikebumikan di Thailand.
“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.



Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-polis-negara-chin-peng-bukan-warganegara-malaysia

Kenapa mendiang bukan warganegara Malaysia? Sebab kena buang ek?

Chin Peng dilaporkan telah lahir di Setiawan, Perak. Pun begitu sejarah kelahiran dia ada pertikaian juga. Ada pihak2 yang mendakwa Chin Peng bukan lahir di negara ini. Namun apa yang tertulis dalam buku sejarah menyatakan bahawa Chin Peng memang lahir di negara ini. Fahaman komunisme yang terserap dalam pemikiran dia datang directly dari negara China even sebelum Jepun datang menjajah Malaysia lagi. Kalau korang baca buku teks sekolah itulah yang dorang tulis. Aku tulis balik je oke.

Hehe.

Jadi jika dia dilahirkan di negara ini, for sure la dia orang MALAYSIA. Sebab Tanah Malaya dulu2 dah jadi Malaysia sekarang2.

Adakah kerakyatan dia telah dibuang? KPN tak sebut pasal kerakyatan yang dibuang. Apa yang KPN sebut, Chin Peng tidak pernah memohon untuk menjadi rakyat di negara ini. Aik. Bukan kah selepas kemerdekaan Tanah Malaya, orang2 yang berketurunan cina dan india ialah rakyat Tanah Malaya sebelum bertukar menjadi rakyat Malaysia? Tidak pernah memohon untuk membuang kerakyatan, tidak pula dibuang kerakyatan oleh kerajaan maka bukan kah itu bererti dia masih warganegara Malaysia?

Baikla. Lupa bab tue. Bercakap pasal kekejaman dia pula. Pelik tak pelik kenapa dia tidak dihukum mati atas kekejaman yang pernah dia lakukan terhadap rakyat di negara ini. Pernah tak korang terfikir?

Chin Peng = komunis

Mangsa : orang awam.

Polis, tentera berkhidmat di bawah BRITISH dan selepas itu di bawah tanah MALAYA [parti perikatan] untuk lawan komunis. 1948 sampai 1989. 

Ada banyak kekejaman Chin Peng yang direkodkan mengikut buku sejarah di negara ini. Kekejaman paling teruk direkodkan berlaku pada tahun2 sebelum kemerdekaan negara. Iaitu masa melawan BRITISH dan pihak2 yang berkerjasama dengan BRITISH. Selepas kemerdekaan negara, PKM lebih terbuka kerana mahu menjadi parti politik di negara ini. Pun begitu, selepas rundingan demi rundingan dengan pihak PKM gagal, pihak kerajaan sama sekali tidak mengambil pendekatan mahu membicarakan semula semua kezaliman2 yang pernah Chin Peng lakukan bagi memberikan keadilan kepada pihak2 yang dikatakan menjadi mangsa kezaliman Chin Peng. Apa neh? Maksud aku, jangan hanya pandai mengatakan dia zalim, at least buktikan la bahawa dia benar2 zalim melalui satu pendakwaan yang terbukti dari segi fakta dan kesahihan nya. 

Chin Peng sebelum disahkan mati pada hari ini [16 september 2013] telah beberapa kali memohon untuk pulang ke Malaysia. Pulang ke tanahairnya. Pulang untuk melihat Malaysia buat kali terakhir. Tapi hasratnya tidak kesampaian sehingga la ke hari ini kerana kerajaan mengatakan bahawa mangsa kekejaman Chin Peng masih lagi terkesan dengan perbuatan Chin Peng ke atas mereka.

Antara yang masih terkesan ialah ahli keluarga anggota POLIS dan tentera. 

PKM di bawah Chin Peng tidak pernah mahu memberikan ruang kepada BRITISH sekalipun. Bahkan juga kepada pihak2 yang bersekutu dengan BRISTISH. Langsung tidak ingin berkompromi dalam beberapa perkara. Antaranya mengekalkan sistem pentadbiran yang akan digunapakai selepas kemerdekaan negara. Undang2 Lord Reid ditolaknya dengan keras. Mereka juga enggan berkompromi dengan BRITISH bagi mengekalkan kekayaan BRITISH kat sini. PKM mahu melibatkan diri sebagai sebuah parti politik. Namun usaha itu digagalkan. PKM diharamkan. Tujuan PKM mahu melibatkan diri sebagai sebuah parti politik tak lain tak bukan mestila mahu menentukan hala tuju pentadbiran dan politik di negara ini. Antaranya boleh berkuasa untuk membuat keputusan bahawa segala benda yang BRITISH sangka mereka punya akan diambil semula dan menjadi hak mutlak tanah malaya.

Kita nampak ketegasan dia di satu sisi. Kita juga nampak mata dia nampak POLIS yang berkhidmat dengan BRISTISH itu pengkhianat sebab bekerja dengan PENJAJAH. Bagi PKM dan ahli2 KOMUNIS dan juga parti2 haluan kiri tak kira la samada aliran Islamis ataupun yang lebih radikal dan bersifat liberalisme, mereka melihat pihak2 yang bekerjasama dengan BRITISH, tak lain tak bukan, ialah pengkhianat. Polis sekalipun, ia masih lagi pengkhianat pada tafsiran mata mereka. Kerana apa? Kerana bersekutu dengan penjajah untuk mengekalkan pentadbiran mereka di negara ini sedangkan mereka mereka mahu bebas dari penjajahan BRITISH.

Di sisi pihak yang menjadi POLIS pula bagaimana ? Bagaimana patut kita membaca pendirian mereka yang takut melawan BRITISH? Kita anggap aje la kesedaran belum timbul. Mereka telah diterapkan dengan ajaran penjajah. Hanya BRITISH je layak jadi tuan. Rakyat tanah melayu adalah kuli batak atau hamba.

Ini berbeza dengan situasi BRITISH dan JEPUN. Mereka ialah pihak yang mewujudkan semua keadaan2 tersebut. Mereka ialah penjajah. Bahkan sebelum BRITISH lagi. Setiap yang menjajah negara ini adalah pemangsa yang hanya mahu mendapatkan keuntungan dan membina kekayaan. 

Itu sebabnya BRITISH belum apa2, dia secure dulu harta2 dan duit2 kat Tanah Malaya. Bukan dia nak heran bab nyawa rakyat. Bukan dia nak heran bab keselamatan rakyat di negara ini. Dia heran bab duit, harta dan nyawa rakyat2 BRITISH jek. Selain dari itu, boleh la pergi mampos.

Ada pernah kita peduli? Kita bahkan masih memberikan nama2 jalan, sekolah dengan nama2 penjajah itu. Jalan Birch? Pui. Sepatutnya letak nama jalan individu yang bunuh JWW Birch tue hah baru betul. Birch dan BRITISH ialah penganas dan penjahat. Bukan orang baik pun. Menyebabkan sesama melayu bergaduh, berbunuh-bunuhan, bertekak dan berlawan, bukan kah itu strategi licik BRITISH? Ada korang nampak?

Polis dan tentera bertanggungjawab atas keselamatan negara selepas Jepun kena serang. Mereka kembali bersama2 BRITISH. Ini boleh kita anggap, yang menyebabkan PKM bertindak balas dengan keras. Bayangkan saja pejuang2 PKM dan parti2 haluan kiri ditangkap, dibunuh dan diseksa dalam tahanan. Siapa yang tangkap mereka2 ini? Adakah mereka2 ini bersalah pula? 

BRITISH mahu menghapuskan PKM kerana PKM dan parti2 haluan kiri meniupkan semangat nasioalisme. Iaitu bebaskan negara dari penjajahan negara. Maka atas sebab itu la gerakan mereka perlu dibendung. Satu resolusi perlu dilakukan bagi menyekat kemaraan semangat nasionalisme di kalangan rakyat di tanah malaya ketika itu. Dari situla pejuang2 haluan kiri ditangkap, parti2 yang mereka dokongi diharamkan, gerakan mereka disekat, Malayan Union diperkenalkan. 

Jadi kita kena amek tahu citer dari semua sudut dan situasi sebelum boleh meletakkan kesalahan kepada mana2 pihak. Sebab itulah bila kita mengulas pasal sejarah, elakkan dari mengatakan pihak A salah, pihak B, betul. Dan sebagainya. Pasal semua pihak2 ini datangnya dari suasana yang berbeza2 yang mendorong mereka untuk melakukan sesuatu tindakan. Sudah semestinya la pendirian mereka akan berbeza2. Merujuk kepada keadaan mereka ketika itu. Siapa kita nak mengadili mereka sedangkan bukan kita yang hidup di zaman itu?

Bayangkan selepas 50 tahun kelak. Penyokong2 PR digelar pengkhianat dalam buku teks. Adakah korang2 yang sokong PR semua akan akur? Ataupun situasinya terbalik pula. Penyokong2 BN adalah pengkhianat. Adakah korang2 yang sokong BN semua akan akur? 

Tak boleh la lakukan pengadilan melulu dan membuta tuli hanya kerana ada pihak2 yang berbeza pendapat dengan kita memilih untuk merdeka dengan cara lain. Pada mereka, merdeka dengan cara itu adalah lebih baik. Pada pihak yang satu lagi pula, cara ini adalah lebih baik. Ia semua nya merujuk kepada pihak2 yang menyokong perjuangan mereka. Bukan kepada pihak2 yang memperjuangkan perkara tersebut. Pihak2 yang memperjuangkan perkara tersebut ialah pemimpin2. Pemimpin2 tak semua nya baik dan tak semestinya telah membuat keputusan yang betul ketika memberikan arahan. Be it UMNO, PKM, Chin Peng ataupun sesiapa saja sekalipun. 

Memahami perjuangan dia tak semestinya meletakkan kita ialah pihak yang menyokong komunis ataupun pro kepada sebarang kekejaman yang pernah mereka lakukan ke atas mana2 pihak sekalipun. Memahami perjuangan dia adalah untuk kita melihat imbasan sejarah dari sudut pengalaman dia. Sudut pemikiran dia. Untuk kita kaji. Untuk kita lakukan perbandingan. Untuk kita menilai semula sebarang kemungkinan yang wujud. Untuk kita memperhalusi kenapa agaknya dia bertindak begitu dan begitu. Senang cakap, kita dengar citer dari semua pihak yang terlibat. Kerana dari situlah akhirnya kita akan belajar.

Orang yang duduk dalam bilik 4 segi dengan orang yang duduk atas bangunan, pandangan sapa yang lebih luas? Siapa yang boleh tengok langit, awan, burung dan kereta2 yang bergerak kat bawah. Sapa yang boleh memberikan gambaran sebenar tentang rupa dan rasa hujan bila ia membasahi bumi berbanding orang yang duduk dalam bilik 4 segi yang tak pernah keluar dan tak pernah rasai nikmat hujan.

Faham tak situasinya kat sini?

Aku tak pernah anggap Chin Peng hero. Tidak pernah. Tapi aku tahu dia legend. Dia telah berani melakukan perubahan. Dia berani memasang impian. Dan berani pula mengajar impian dia. Dia ada keinginan yang kuat untuk merealisasikan impian2 dia terhadap negara ini.

Segala perkara2 yang dia pernah buat untuk memerdekakan negara ini, seperti menentang penjajah, melawan Jepun dan British adalah sesuatu yang wajar aku hormati dan terima. Tanpa bias. Ia adalah sejarah. Dan aku perlu hormat dia untuk itu.

Segala perkara2 yang dia pernah buat semata2 mahu menguasai pentadbiran negara ini sehingga ada pihak2 yang tak berdosa menjadi mangsa, tersepit dengan keadaan bahkan mungkin disalahtanggap, adalah sesuatu yang perlu juga aku terima. Tanpa bias. Ia adalah sejarah. Ada tindakan2 yang dia buat, telah menyebabkan ada pihak yang tertindas dan teraniaya. Ia tidak boleh dibanggakan. 

Baik dan buruk dia, dia masih legend. Mengenali perjuangan dia tak membuatkan kita perlu bersetuju dengan dia. Baik dan buruk dia, bukan untuk diperdebatkan siapa betul atau siapa salah, sebaliknya untuk kita jadikan iktibar.Yang baik harus dijadikan kita tauladan, yang buruk, harus kita jauhkan. Ini saja.  

Rujukan :  http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/16/jangan-benarkan-chin-peng-dikebumikan-di-malaysia/

http://www.malaysiakini.com/news/106422 

http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/03/09/chin-peng-pemimpin-kejam/ 

http://mindaahad.wordpress.com/2009/11/23/terima-kasih-chin-peng/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...