Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Jun 2013

Jawapan Ustaz Azhar Idrus Isu BN Failkan Petisyen PRU.

Hari tue BN ada failkan petisyen kat mahkamah berhubung beberapa insiden ketika PRU.. antara yang menjadi isu pada BN ialah poster2 ataupun banner2 yang tertera wajah Ustaz Azhar Idrus yang disebarkan secara meluas..

Kain rentang tersebut memaparkan kata2 UAI ketika menjawab persoalan2 tertentu time berceramah yang kemudian nya dipetik dan dijadikan poster ketika berkempen hari tue.

Tapi poster2 tersebut tak pula mengutuk2 BN pun. Sekadar sebut haram jatuhkan kerajaan Islam.. tah la kenapa ada yang terasa dan makan cili.. tak pula aku tahu.

Hehe..



Antara contoh poster la. Tapi bukan sebijik2 macam neh oke.

Rujuk sini episode first ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/isu-poster-ustaz-azhar-idrus-salah-siapa.html

Macam yang aku dah sebut sebelum nya.. dalam kes neh yang paling penting tuan punya badan. Kalau tuan punya badan tak heran ko dan aku sapa nak kecoh2? Hah, ini jawapan UAI. Baca la sendiri ;
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar. 

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran. 

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. 

Tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam. 

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan. 

“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya. 

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya. -SH

Woaaaa

Pedas beb. BN makan cili berapi kali neh kot.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...