Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Jun 2013

PDRM Nafi Kuala Lumpur Tersenarai Dalam 10 Bandaraya Berbahaya Di Dunia.


Ini pemberitahuan rasmi dari media PDRM menerusi laman facebook. Baca dulu ;

MAKLUMAT PALSU: Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. 

Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis. Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi. 

Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut.

Rujukan :  https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?fref=ts&filter=1

Laman web yang menyiarkan artikel berkenaan pula ialah sini ==>  http://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/

Dan ada juga facebookers yang berikan link sebenar. Konon nya artikel sebenar adalah yang neh ==>  http://www.curiosityaroused.com/world/10-most-dangerous-cities-in-the-world/

Pada pendapat aku pula, kedua2 mungkin bukan mewakili keadaan sebenar. Ia adalah pendapat peribadi yang tak disertai dengan kajian yang rasmi dan menyeluruh kot. Ada banyak pro dan contra dalam isu neh oke. Kalau KL antara bandar yang tak selamat di dunia, industri pelancongan kita akan merosot tak pasal2. 

Sebab pelancong takut nak datang. Setakat neh event2 besar seperti BERSIH dan demo2 anjuran PR cukup menarik perhatian pelancong luar untuk datang berkunjung di Malaysia oke. Bahkan Nazri siap nak jadikan demo2 kita sebagai salah satu product pelancongan yang menarik di KL. So rilex ah.

KAH KAH KAH

Apa pun dengan penafian oleh PDRM sebentar tadi, maka kita tak boleh lagi la nak menggunapakai hujah tersebut melainkan ada penulisan yang menyokong kenyataan tersebut berserta hujah dan ditulis pula oleh penulis yang terbukti ada kredibliti.

Itu je la. Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...