Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 Jun 2013

Solat Hajat Untuk Lindungi Negara Dari Ancaman Anwar Ibrahim.

Owh.

Oke.

Anwar Ibrahim sama tarafnya macam tsunami dan banjir. Lebih kurang bala aka malapetaka di Malaysia la. Hanya di Malaysia je ada Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim ialah salah satu bala bencana .. 

UMNO yang letakkan Anwar Ibrahim di taraf tue. 

Hebat gak dia. 

Hehe..

Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon supaya Allah SWT memberi perlindungan, kestabilan dan keamanan kepada negara daripada sebarang kesan buruk perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, solat hajat itu perlu diadakan supaya tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam perhimpunan tersebut. Malah, beliau juga menegaskan umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui rusuhan jalanan.

"Kita perlu sama-sama memohon kepada Allah SWT agar perhimpunan haram itu nanti jika diadakan sekalipun tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat seperti yang berlaku di negara-negara Arab. "Saya berharap semua masjid dapat mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dikecapi sekarang tidak dirampas oleh pihak yang kecewa dengan keputusan Pilihan Umum Ke-13 lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Buat la solat hajat.  Minta la dari Allah.

Hehe.

Baca neh juga geng ;

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, selain solat hajat umat Islam juga digalakkan berdoa supaya Allah menggagalkan segala perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan huru-hara melalui perhimpunan haram itu.
Tegas beliau, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menyokong serta patuh kepada pemerintah Islam sedia ada.

"Kalau pemerintah tidak baik sekalipun dalam Islam ada etika atau adab yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu dengan menasihati bukannya dengan berdemonstrasi.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua umat Islam tidak menyertai perhimpunan tersebut dan sebaliknya bersama-sama kita mendoakan supaya kesejahteraan serta keamanan dinikmati sekarang tidak tergugat," ujarnya.

Sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_01/Solat-hajat-lindungi-negara


Kalau tak sokong BN = jahat.

Kalau nak tumbangkan BN = jahat.

Apa2 strategi yang digunakan untuk menumpaskan BN = di anggap sebagai jahat / tak betul.

Tanpa pernah sekalipun memahami apa sebab BN perlu ditumbangkan, tanpa pernah sekalipun cuba nak faham tang mana jahatnya BN neh.. 

Takpela. Andai menumbangkan kezaliman BN itu di anggap sebagai satu kejahatan, maka kita terima saja. Menjadi jahat dengan menumbangkan BN itu lebih baik daripada menjadi baik dengan menyokong kezaliman BN.

Sekian. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...