Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Jun 2013

Mustafa Sedia Jadi Orang Tengah Untuk Bentuk UG Di Kelantan?

Maaf la.


Aku nampak macam tue je tujuan nya. Kalau aku salah faham betulkan le. Tapi cuba korang baca dulu ayat kat bawah neh dan nilaikan sendiri. Kalau pendapat korang berbeza, share2 la kat sini. Dengan serangan maut oleh Nik Amar baru2 neh aku rasa tak sedap ahti pula.

Aduhh

Harap2 tak betul dan kekal tak betul persepsi aku neh.

Hehe..

Terai baca sat ;

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menyatakan persediaan menjadi orang tengah untuk menjalinkan kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan Kelantan.
    
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahukan jalinan kerjasama yang lebih erat di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diberi perhatian serius.
    
"Ucapan Tuanku perlu diambil berat oleh kerajaan pusat. Kerjasama ini (juga) kehendak akar umbi dan kita (pusat) memang ada hasrat untuk tingkat kerjasama (dengan Kelantan).
    
"Kita juga perlu kerjasama kerajaan negeri untuk laksanakan beberapa projek yang dinyatakan Tuanku," katanya selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri (Dun) Kelantan Ke-13 di Kota Darul Naim di sini hari ini.
    
Sultan Muhammad V semasa bertitah merasmikan istiadat pembukaan penggal pertama Dun Kelantan itu menyarankan agar kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kemudahan rakyat Kelantan.

Rujukan  :  http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mustapa-sedia-jadi-orang-tengah-1.171980

Bagi aku kalau nak jalin kerjasama yang melibatkan kemajuan dan kepentingan rakyat aku setuju sangat. Harap2 la pusat dan negeri boleh bersama2 menyelesaikan masalah rakyat yang berbangkit tanpa mengambil peduli sentimen dan perbezaan politik masing2.

Itu aku setuju dan sokong sangat.

Tapi kalau perlu bersatu, maksudnya kena duduk dalam satu parti yang sama baru boleh saling bantu membantu, jalin kerjasama ke apa ke aku tak setuju. Aku tak harap la PAS akan bersatu dengan UMNO.

Aku tahu pasti ada orang yang marah kerana aku menentang penyatuan tersebut. Tapi minta jangan salah faham. Aku bukan tak suka tengok PAS dan UMNO sama2 bersatu jika benar ia untuk kebaikan dan kepentingan pelbagai rakyat di Malaysia. Tapi aku tak rasa kot UMNO ajak bersatu kerana itu sebabnya. Dan aku tak harap la PAS kena tipu buat kali kedua.. so pandai2 la korang buat keputusan yang terbaik untuk diri korang..

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...