Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Jun 2013

Harga Ubat Bakal Naik Dari 60 - 80 % ??????

Mak ai.


60%?

Ia satu angka yang sangat tinggi beb. Inikan pula 80%. Mao tergolek masing2. Adakah ini bermaksud di Malaysia kelak kita akan jadi macam negara Indonesia?

ORANG MISKIN DI LARANG SAKIT?

Korang perhatikan dulu huraian dari MTEM = Majlis Tindakan Ekonomi Melayu dan juga CAP = Persatuan Pengguna Pulau Pinang kat bawah neh sat ;

Melalui dokumen bocor yang diperolehi, TPP dipercayai akan memberi kesan buruk kepada Malaysia terutama dalam bekalan ubat-ubatan.

Kajian MTEM menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding sekarang.

“AS mahu semua negara TPP bersetuju dengan hak Harta Intelek (IP) yang hanya akan memberi pulangan tinggi kepada syarikat farmasi negara itu," menurut laporan MTEM mengenai kesan TPP kepada rakyat.

Sementara itu, menurut Mapim, penekanan kepada hak IP hanya akan memberi keuntungan kepada syarikat gergasi kerana ubat generik, iaitu ubat lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak akan dibenarkan untuk dijual di pasaran negara peserta TPP.

“Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal, menyebabkan kos ubat sangat mahal,” kata Mohd Azmi.

Selain dari itu, para petani2 di Malaysia juga akan terjejas dari segi pendapatan. 
Baca huraian neh pula ;
Beliau menambah, TPP juga akan memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi tinggi oleh kerajaan negara itu dipasarkan di Malaysia.
“Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPP dimeterai,” menurut Mohd Azmi.

Apa yang aku faham konsepnya kat sini ialah beras yang bakal di import dari luar ialah beras yang lebih murah harganya berbanding beras2 yang tak di import. Kalau tidak, macam mana pendapatan para petani boleh terjejas?

Dan tidak kah korang pelik macam mana benda yang import lebih murah dari benda yang di eksport? Subsidi? Betul ke subsidi isu sebenarnya kat sini? Ataupun kegagalan kerajaan dalam mengawal keuntungan yang diraih oleh pemborong2 selama neh? 

Aku setuju dengan hujah2 MTEM tapi juga menekankan konsep agar kita berlaku adil. Perjanjian tersebut mungkin merugikan kita dan pihak2 yang terjejas dari segi harga ubat dan sektor2 yang berkaitan, namun dalam masa yang sama, sistem ekonomi kita sendiri bukan begitu telus dan amanah untuk dibanggakan.

Dan ya, aku setuju sangat agar Malaysia tidak terburu2 bersetuju dengan dasar2 yang dirancang oleh USA dalam perjanjian TPP neh. Namun dalam masa yang sama, aliran ekonomi tue kena seimbangkan. Biar menyeluruh dan paling penting semua polisi yang dirancangkan tue sampai kepada golongan sasaran bukan golongan kroni.

Bacaan lanjut disini ==>  http://www.sinarharian.com.my/nasional/tpp-apa-kerajaan-sorok-1.172529

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...