Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 April 2013

Rafizi Ramli Malukan Muhyiddin Yasin

Sabar.

Nak plastik, kertas ke tong sampah ke paper ke apa2 ke untuk tutup muka ke? Jap. Nanti kita jumpa aku bagi ek.

Kalau rasa tak tahan malu gak, nak kena menyorok gak pun takpe. Boleh terai tengok tong sampah kat tepi2 jalan tue.. jumpa je boleh terus masuk. Duduk situ terus pun takpe. Forever. Aman sikit dunia dari orang2 kurang cerdik. Jimat oksigen. 

KAH KAH KAH



TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN TIDAK FAHAM STRUKTUR CUKAI KERETA

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh Barisan Nasional.

Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar ASEAN.

Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara ASEAN.

Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara ASEAN. Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh KEADILAN.

Sebab itu, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada Barisan Nasional betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta. Lebih membimbangkan, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional sekiranya menang nanti.

Makanya, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan sama ada: 
1. Beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan AFTA akan menurunkan harga kereta; 
atau
2. Beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan AFTA tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta

Saya tidak pun akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN. Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

10 APRIL 2013

Sebenarnya kan Rafizi, jawapan yang lebih tepat merujuk kepada kes Muhyiddin Yasin ini ialah..

DIA TIDAK TAHU APA YANG DIA SEMBANGKAN DEPAN PRESS. SELAGI TAK BISU, DIA MEREPEK LA SELAGI MAMPU. Tue je. Siyes. Percayalah. Menteri bn majoriti gitu. Tak faham pun sibuk nak bercakap juga. Janji boleh kutuk PR.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...