Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 12 April 2013

2 buah kereta Aktivis TOLAK dipecahkan di Perak.

Sapa la suka buat kerja2 MENYUSAHKAN orang neh kan. Tuduh2 UMNO kang marah, sentap, angin satu BADAN. Tapi kalau bukan UMNO, kerja siapa pula.
KAH KAH KAH 
2 buah kereta Aktivis TOLAK dipecahkan di Perak
Jelajah Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN sekali lagi dilanda musibah apabila dua buah kereta aktivis TOLAK hari ini telah dipecahkan cermin semasa siri jelajah gelombang tersebut di negeri Perak. Kejadian ini berlaku di Bagan Serai iaitu destinasi fokus aktivis TOLAK di Perak
Menurut saksi kejadian yang juga merupakan pemilik kereta, saudari Raja Aina, kejadian berlaku dijangkakan pada jam 10.30 malam apabila beliau hendak keluar dari kediaman rumah yang ditumpanginya untuk mengambil barang daripada kereta tersebut.
Pada ketika itu juga sedang berlangsung Ceramah Kebangkitan Anak Muda yang dianjurkan TOLAK yang menyebabkan kebanyakan aktivis TOLAK bertumpu di tempat ceramah tersebut.
Kejadian ini disyaki berunsur khianat apabila pada sebelah pagi dan petang, TOLAK telahpun berhadapan dengan provokasi  oleh UMNO/BN semasa kempen kesedaran mengenai TOLAK kepada masyarakat di Bagan Serai dekat sini.
Jurucakap TOLAK, Muhammad Azril Alias berkata, ‘Kita sudah banyak kali berhadapan situasi diserang sebegini. UMNO/BN sudah takut dengan kebangkitan anak muda dan mahasiswa di seluruh negara. Kita tidak pernah takut dan gentar dengan mereka,’
‘Kita akan terus berjuang untuk menjatuhkan UMNO/BN walaupun kita terpaksa membayar harga yang mahal dengan macam-macam mehnah yang BN kenakan kepada kita,’ Tambahnya lagi.
Jelajah TOLAK sebelum ini telah berhadapan dengan keganasan dan serangan provokasi dari UMNO/BN di setiap negeri yang disinggahi. Bermula di Johor apabila diserang semasa hendak memulakan jelajah, berterusan di Pulau Pinang semasa program penerangan disana.
TOLAK membawa 7 agenda besar di dalam misi penerangannya kepada masyarakat dan antara salah satunya ialah UMNO/BN wajib ditolak kerana mengamalkan politik samseng dan lucah di dalam negara.
Jelajah diteruskan di Kelantan pada hari ini bermula di Medan Ilmu Kota Bharu yang akan diakhiri dengan Ceramah Anak Muda di Padang Perdana pada sebelah petang



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...