Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 April 2013

Dun Sungai Acheh - Pertembungan 3 penjuru PAS VS PKR.

Buat malu saja. Kalau sakit ahti tue toksah cerita la. Ini semua salah Abu Nawas yang gagal menundukkan Ustaf Offnan secara berhemah.. tengok apa yang dorang dah buat? Sanggup kah Abu Nawas memikul tanggungjawab ini dengan membunuh dirinya sendiri?

KAH KAH KAH

PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR - dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (di bawah) sebagai calonnya di situ.

penang pas announce candidate 100413 02 yusni mat piahKeputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu -  kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam ini.
 





Kita jangan citer detail dulu. Kita citer apa yang tersebar di atas talian dulu.  Semalam, waktu pagi PKR telah umumkan nama calon yang bakal bertanding di Sungai Acheh. Calon tersebut ialah Chegu Bard. Berita tersebar meluas. Jadi orang dah tahu la Chegu Bard rupanya akan menduduki Sungai Acheh. Ini juga bermaksud kepimpinan Pas Penang tahu sangat bahawa Chegu Bard telah pun akan bertanding di situ.

Jadi, kalau pun PAS Penang rasa geram dan marah dengan pengumuman itu, dia sepatutnya berbincang secara tertutup dengan PKR Penang. Kedua2 orang yang bertanggungjawab dalam memastikan hubungan PAS dan PKR di Penang berjalan lancar nampaknya tidak memainkan peranan dengan sewajarnya. Mansor dan Salleh sebaliknya memilih media untuk melepaskan hasrat masing2. Ini kerja gile. Kedua2nya telah gagal dan membiarkan keadaan bertambah teruk hingga dimanipulasikan oleh pihak lawan.

TAKDE LANGSUNG TOKOH KEPIMPINAN.

Oke sambung balik. 

Dari apa yang aku difahamkan, memang dah pernah tersiar di akhbar pun cuma aku malas nak cari, hari tue PKR ada cakap, kalau PAS nak juga kerusi di Sungai Acheh syaratnya ialah ;

1. Letakkan calon yang berkaliber sikit. Pilihan PKR ialah orang2 seperti Dr. Mujahid Rawa. Ada asas. PKR ada ASAS kenapa meletakkan kriteria dan ciri2 calon tertentu. Korang kena faham ini betul2 ye. Ini nak menghalang perkara yang BURUK dari bertambah BURUK.

2. PAS Pusat bersetuju dengan saranan PKR. Jika nak letakkan Dr. Mujahid takde masalah. PAS akan arahkan Dr. Mujahid bertanding kat sana.

3. Tetapi kepimpinan PAS negeri takmao. Kenapa takmao? Bukan sekepala ataupun bukan se UG? Tah.

4. PKR juga mencadangkan agar kerusi di ganti jika PAS Penang mahu amek Sungai Acheh.      

5. Juga PAS Penang abaikan tuntutan ini. Ini bermaksud rundingan sudah wujud, sedang berlaku tetapi kepimpinan PAS negeri kurang memberikan respon dan tindak balas positif.

6. Nak kata PKR berdegil juga nakkan kerusi Sungai Acheh pun tak betul juga. PKR bertolak ansur, minta tukar kerusi.

7. Pada tahun 2008, PKR bertanding kat sini, kalah dengan majoriti yang sikit. 250 beza undi jek.

8. Dan kerusi tradisi PKR di Bayan Lepas pun dah diberikan kepada PAS.

9. Alasan yang digunapakai oleh Pas Penang ialah mereka mahukan lebih ramai orang MELAYU yang lebih VOCAL di peringkat DUN NEGERI.

10.  Apa maksud ini? Sendiri faham2 la sudah la.

11. Penanda aras dalam menentukan kerusi2 untuk PRU ke 13 ialah pembahagian kerusi2 pada 2008. Ini penanda aras / rule yang terutama nya. Kat sini je dah nampak PKR yang menang point pertama. Masalah ini tidak membabitkan PAS PUSAT. Ia hanyalah PAS Negeri. 

Sepatutnya cara untuk Salleh handle isu neh ialah dengan bersegera call Mansor dan adakan satu lagi rundingan. Tapi Salleh takmo. Ego ma. Baik umumkan nama calon terus. Calon plak jenis yang condong2 ke biru pekat. Ini bukan perkara baru. Berkali2 kantoi dah..

Sebab tue bila puak2 neh berdemo apa bagai.. dan bawa nama PEMUDA PAS PENANG.. PAS PENANG cuma keluarkan kenyataan menafikan je.. mana ada tindakan susulan selepas itu. Buat demo, kutuk2, then nafi cakap eh takde kaitan pun dengan kami pun.

Simple je tipu orang kan?

Apa pun takmo panjang2kan hal neh. Kalau PAS Penang bertegas nak kan kerusi tue juga, biarlah berlaku pertembungan 3 penjuru. Nak buat macam mana. Dah masing2 taknak beralah. Proceed je la dengan apa yang telah berlaku. Aku pun malas nak buka citer2 UG neh detail2. Kalau buka kang benda yang dah teruk bertambah2 teruk. Simpan saja dalam diri masing2.

Cuma tak perlu la lakukan serangan terhadap Chegu Bard. Konon dia bukan anak jati penang. Sebarkan printscreen alamat no ic apa seme mengatakan dia tak layak jadi calon. Pehh. Sepantas kilat kau sebarkan propaganda ko serang Chegu Bard kan? Takpe. Tunggu 20 april nanti. Hari penamaan calon. Aku nak tengok SPR reject atau tidak penamaan calon Chegu Bard.

Dan bila puak2 perpaduan bertembung dengan pakatan rakyat, undila Pakatan Rakyat. Tak payah fikir banyak, panjang dan sebagainya. Inila parti yang korang kena sokong. Be it adalah geng2 PAS sendiri. Kena faham beb, kena faham.

Kita boleh berkawan baik dengan orang2 umno.
Orang2 umno bukan musuh kita. 
Bukanlah kita nak menjauhkan diri dari umno sampai nak berkawan pun jadi dosa.

Tapi ada beza menjadi kawan rapat dengan menjadi pentadbir bersama.

Dalam hal lain selain dari pentadbiran, kita boleh rapat dengan dorang. Makan sama2, mengorat sama2, duduk satu rumah dan etc2. Tapi bila ia membabitkan hal pentadbiran, niat kita kena sepadu, jitu, bahawanya kita mahu mentadbir negara dan negeri neh tanpa pembabitan umno. UMNO kita akan berikan mereka peluang untuk jadi pembangkang. Inila matlamat kita dan jangan kita lari dari focus kita atas apa sebab sekalipun. Tolong la faham.

Aku percaya aku dah tulis sebaik mungkin dan dah menutup rahsia sehabis boleh. Tq.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...