Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Jun 2012

Sah ! Malaysia negara paling selamat !


Macam tak percaya tetapi itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh KDN. 

Kata dia kan ;

Terbaru Malaysia mendapat pengiktirafan badan antarabangsa World Justice Project sebagai sebuah negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, Malaysia diiktiraf antara negara berpendapatan sederhana tinggi yang paling selamat oleh badan tersebut.
“Malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain,” katanya pada Perasmian Majlis Penutup Taklimat Isu-Isu Semasa Keselamatan di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, kejayaan itu didokong oleh Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah yang dilaksanakan kerajaan.
Menurut beliau, program terbabit turut mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk Global Peace index yang menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik.
Sehubungan itu, kata beliau, rakyat Malaysia wajar berbangga kerana mereka tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.  -MHN-

Negara kita pertama paling selamat di asia tenggara? 

Maksudnya negara kita lebih selamat berbanding brunei dan singapore.

Negara kita keempat selamat di asia pasifik?

Bagaimana pula kedudukan jepun, australia, korea selatan, singapore, brunei dan new zealand? No komen. Yang aku tahu perbandingan dengan ke semua negara2 neh malaysia menduduki tangga ke empat oke.

kah kah kah

Negara kita ke 12 selamat?

Kalah USA dan BRITAIN beb. Tahniah.

Punca negara kita mendapat pengiktirafan tersebut ==> Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah yang dilaksanakan kerajaan.
Patutlah sampai KDN tersalah keluarkan data stastistik jenayah selangor di parlimen hari tue. Cantik!

kah kah kah

Ameno : Paling selamat sey.. antara 19 negara yang berpendapatan serdahana tinggi.. negara apa yang duduk dalam ketegori neh.. sapa2 tahu tak?  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...