Berita lanjut akan menyusul. Sekarang kita bagitau benda yang ringkas jek. Korang baca kat bawah neh ;
Lan XCassanova GROUP ROYALTI ADAKAN DEMO AMAN DEPAN SUK...GENG KATAK ADIK BERAHIM KATAK IKUT SERTA DGN AGENDA ISU AIR KELANTAN NYER...MEREKA MULA PROVOKASI HINGGA MENYERANG GROUP ROYALTI TERMASUK SAYA..RAMAI YG CEDERA...HANJING2 SURUHAN HANYA MELIHAT
Sumber : sini.
Semalam memang dimaklumkan mereka akan mengadakan demo mengenai tuntutan royalti. Aku ada inform kat wall aku yang aku petik dari aktivis jeming hassan.
KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK yang diketuai adik Ibrahim Ali.Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya -HD-