Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Mac 2019

Rojaknya Bahasa Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Apa Sudah Jadi?

SOSMED | Di sosmed ada empat isu berkaitan bahasa sedang bertebaran.

Isu pertama : Menteri Komunikasi. Gobind Deo Singh.

Ia dibangkitkan oleh Arif Atan pada 19 Mac 2019.

Arif Atan : Kalau mahu guna juga bahasa yang tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara ini, sila buat poster tanpa JATA NEGARA dan logo agensi kerajaan.

Ada faham?



Nampaknya Gobind tidak respon kepada kritikan yang tular itu namun sudah ada netizens yang membela Gobind dengan memberikan alasan program tersebut merupakan tajaan swasta dan tiada kaitan dengan kerajaan.

Bagaimanapun alasan itu tidak berupaya merasionalisasikan penggunaan jata negara dan logo kerajaan di poster tersebut, dengan melihat netizens tetap mempertahankan kritikan terhadap Gobind.

Yang kedua : Demo mahasiswa Umany di hadapan restoran Amjal yang tersalah eja RAKYAT kepada Raykat di placard.


Mahasiswa UM itu dikecam kerana gagal mengeja ayat semudah itu apatah lagi mengakui diri sebagai rakyat Malaysia. Lepas itu sibuk nak protes Najib. Begitulah dia dikecam bertubi-tubi oleh pro pembangkang sekaligus memberikan sedikit keaiban kepada penyokong kerajaan.

Sesetengahnya pula lebih positif dengan beranggapan mahasiswa itu sengaja salah eja supaya demo mereka diketahui ramai pihak andai dilaporkan media, namun hanya tuan punya badan sahaja tahu kebenarannya. Zaman sekarang teknik dan strategi pemasaran diluar jangkaan pemikiran manusia pun ada tau!

Suka tak suka, demo itu kini diketahui ramai pihak mengalahkan demo terhadap Maszlee, oh ya, dilakukan oleh kumpulan yang sama dengan beberapa kawan mereka yang lainnya, juga pernah dilakukan dihadapan Menteri Pendidikan sendiri tau. Tiada sesiapa pergi tumbuk, cekik dan tarik rambut mahasiswa itu ya. Jangan risau. 😂😂😂

Yang ketiga : Mengenai poster kempen jimat air oleh Lembaga Air Perak - LAP. Ia dibangkitkan oleh netizens yang prihatin mengenai BAHASA MALAYSIA.

Baca : Poster Lembaga Air Perak Guna Bahasa WeChat, Biar Betul??

 


Untuk rekod, ia bukanlah bahasa budak WeChat tetapi gimik. Bahasa WeChat lain sebenarnya. Gimik kehilangan huruf tertentu dalam kempen tersebut merupakan strategi untuk menyampaikan mesej jimat air. 

Namun ramai pihak tidak nampak ia sebagai gimik sebaliknya poster tersebut sedang memperlekehkan bahasa Malaysia. DBP juga telah memberikan teguran dan maklum balas mengenai hal itu.

Yang keempat : Isu bahasa rosak oleh Ahli Lembaga Pengarah DBP itu sendiri.

Ia dibangkitkan oleh Hafez Ripin. Isu ini timbul selepas mahasiswa RAYKAT dikritik netizens.

Hafez Ripin : Tatkala "pakar-pakar bahasa mi segera" begitu asyik menyerang dan menyindir seorang mahasiswa Universiti Malaya berbangsa Cina kerana telah tersilap mengeja perkataan rakyat menjadi "raykat" pada plakat miliknya ketika berdemonstrasi, ironinya mereka terlepas pandang bahawa dalam masa yang sama di sebuah majlis yang berasingan terdapat seorang Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berbangsa Melayu tanpa segan silu telah menggunakan bahasa rojak dalam pembentangannya.

Persoalannya di sini adalah apakah tujuan sebenar "pakar-pakar bahasa mi segera" di media sosial menyerang mahasiswa berbangsa Cina tersebut? Adakah kerana ingin memperbetulkan salah ejaannya yang dianggap memalukan buat seseorang yang bergelar mahasiswa? Ataupun hanya kerana dia berbangsa Cina dan memiliki fahaman politik yang berbeza?

Sekurang-kurangnya "si Cina" itu masih lagi mencuba untuk menggunakan Bahasa Melayu tanpa merojakkannya walaupun memiliki salah ejaan.

p.s: Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.






Rasanya sebelum DBP nak tegur gimik kempen jimat air oleh Lembaga Air Perak, mungkin mereka patut tegur pihak dalaman mereka terlebih dahulu mengenai bahasa. - 25 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...