Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Mac 2019

Tuduhan Menggertak Jururawat IJN Yang Rawat Adib, Ini Penjelasan MP Kangar.

Noor Amin bin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar | TUDUHAN MENGGERTAK SAKSI
Saya membaca beberapa komen tentang perkongsian perbualan Whatsapp saya dengan seorang yang hanya dikenali sebagai cik Miera. Ini termasuk tuduhan jahat Lokman Noor Adam yang mendakwa saya menggertak saksi.

Sebelum itu saya ditunjukkan satu keratan komen cik Miera tentang kenyataan pakar forensik yang disifatkan berbeza dengan pengalaman beliau sendiri mengendalikan Adib semasa di IJN. Sama ada benar cik Miera ini seorang jururawat di IJN hanya boleh disahkan oleh Kementerian Kesihatan.





Saya tidak pernah mengenali cik Miera ini. Saya mendapat nombor beliau daripada garis masa FB beliau yang tertera satu iklan perniagaan beliau yang mengandungi butiran untuk dihubungi. Saya yakin SKMM boleh mengesan cik Miera ini berdasarkan nombor telefon yang ada.

Tujuan saya menghubungi beliau adalah untuk mengesahkan komennya yang dibuat di FB dan menyatakan kesediaan saya membantunya memberi keterangan di dalam inkues kes kematian Adib yang sedang berlangsung.

Jika benar keterangan cik Miera yang membayangkan kenyataan pakar forensik tidak tepat dan pada tahap tertentu mungkin menyebabkan orang ramai berpandangan ada penipuan atau tindakan melindungi bukti, maka saya berpandangan ia adalah sesuatu yang serius. Sistem keadilan negara akan dipertikaikan. Maka, tempat paling wajar untuk beliau betulkan ialah dengan menjadi saksi inkues, bukan komentar FB.

Jika komentar FB beliau tidak tepat, beliau mesti bertanggungjawab membetulkannya kerana komen awal beliau telah disebar luas.

Isu yang dikomen beliau adalah sangat serius dan mempunyai implikasi besar dalam banyak perkara.

Saya juga secara peribadi telah bertanya dan memaklumkan kepada YB Timbalan Menteri di JPM, Hanipa Maidin dan YB Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad tentang kesediaan cik Miera memberi keterangan (berdasarkan komen awal beliau yang disebar).

Saya berterima kasih kepada Lokman Noor Adam yang berminat dengan isu ini. Saya tidak tahu apa yang telah beliau usahakan untuk membolehkan cik Miera ini memberi keterangan. Beliau nampaknya lebih berminat untuk score political points berbanding meneliti pandangan yang tidak sama dengan beliau.

Saya akan berbincang dengan peguam tentang dakwaan Lokman Noor Adam bahawa saya menggertak cik Miera untuk memberi kenyataan beliau di dalam inkues. Ia tuduhan serius yang membayangkan saya menghalang usaha mencari kebenaran. Mungkin Lokman Noor Adam berpendapat dengan cara cik Miera meninggalkan komen di FB sudah cukup untuk menjadi bahan bukti kes. Fahamlah saya kenapa ada pemimpin UMNO yang memanggilnya otak lobak.

Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, kita mahukan inkues kes kematian Adib ini berjalan dengan lancar, adil dan saksama. Saya menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan maklumat dapat tampil membantu. Saya sedia memberi kerjasama jika keterangan saya mahu diambil oleh pihak polis sekiranya perlu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...