Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mac 2019

PAS Hanya Tahu Mengenai Bayaran RM1.4j Rameli Kepada Clare Semasa PRK Semenyih - Takiyuddin Hassan.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PAS nafi restu Rameli bayar RM1.4 juta selesai saman Hadi
PAS menafikan pemimpin parti itu mengetahui dan merestui bayaran rahsia sebanyak RM1.4 juta untuk menyelesaikan saman presidennya Abdul Hadi Awang ke atas Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

 


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan berhubung bayaran rahsia oleh ahli perniagaan Rameli Musa bagi pihak Abdul Hadi itu.

Menurutnya, PAS hanya mengetahui mengenai dakwaan pembayaran oleh Rameli itu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada awal bulan ini.

“Kita tahu selepas dibangkitkan oleh pihak tertentu mengenai pembayaran itu. Sebelum itu kita tidak tahu.

“Kenyataan saya dengan Tok Guru Abdul Hadi, PAS tidak bayar apa-apa. Kita tidak boleh komen laporan berdasarkan sumber ini.

“PAS hanya mengetahui selepas dibangkitkan oleh pihak tertentu masa PRK Semenyih,”
katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau diminta mengulas laporan The Malaysian Insight semalam bahawa Rameli mendahulukan wangnya sendiri kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan saman tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, ia dibuat dengan jaminan dan pemahaman bahawa ia akan dibayarkan balik kepadanya.

“Tindakan Datuk Rameli ini sememangnya dalam pengetahuan dan mandat beberapa pemimpin PAS,” kata sumber yang maklum mengenai rundingan penyelesaian kes di mahkamah di London itu.

Bayaran sebanyak RM1.4 juta oleh PAS kepada Rewcastle-Brown itu didedahkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim pada hari-hari terakhir kempen PRK Semenyih.

Susulan pendedahan tersebut, Rameli disiasat selama lima jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Mac lalu berhubung pembayaran RM1.4 juta itu.

The Malaysian Insight juga melaporkan wang berkenaan dipindahkan melalui cek ke dalam akaun firma seorang peguam, Americk Sing Sidhu.

Peguam itu seterusnya dilaporkan memindahkan wang itu pada Januari lalu ke akaun bank Rewcastle-Brown di London.

Saman yang diselesaikan itu berhubung tulisan mendakwa pemimpin parti Islam itu menerima duit RM90 juta dari Umno.

Melalui penyelesaian tersebut, tulisan bertarikh 6 Ogos 2018 itu dipersetujui untuk kekal di laman Sarawak Report.  - 30 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...