Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Mac 2019

#SayangiSawitku Dikecam Hebat Netizens. - Apakah Matlamat Sebenar Kempen Ini?

POLITIK | Apakah maklamat kempen Sayangi Sawitku? Apakah anda sebagai rakyat Malaysia menyedari kerajaan baru sahaja melancarkan kempen Sayangi Sawitku di Pulau Carey semalam? Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir pada pagi ahad selepas beberapa jam pulang dari Pakistan!




Perdana Menteri ketika merasmikan majlis itu ada mengatakan minum satu sudu sawit sehari;


"Kita harap semua daripada kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari, maka saya dengan sukacitanya merasmikan kempen Sayangi Sawitku, sekian terima kasih", kata Tun Mahathir ketika berucap. 



Kenyataan oleh Perdana Menteri itu kini menjadi bahan troll pembangkang di laman sosial.



Di pihak penyokong kerajaan, mereka sendiri tidak memahami samada yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri itu adalah;


👉 minum satu sudu minyak sawit sehari; atau

👉 makan/minum produk berkaitan sawit tempatan, at least portionnya mencecah satu sudu sehari; atau


👉 Tersilap kata.


Jika kita lihat kemaskini di sosial media pula;

👉 Halaman-halaman Facebook yang terlibat secara langsung dengan kempen ini seperti Malaysian Palm Oil Certification Council - MPOCC ada update dengan 62 reaksi (ada reaksi marah juga! 😂), 4 komen, dan 9 perkongsian. Dari 4 komen, hanya 2 boleh dilihat publik iaitu dengan kedua-dua komen bertanyakan soalan;

Albert : Macam mana nak sayangi sawit yang disabotaj oleh kesatuan Eropah?

Kelvin : Saya sayang sawit tapi harga hari-hari jatuh macam mana? Pelabur kecil dapat 17-18% sahaja, yang lain pergi mana?

👉 FGV Holdings Berhad ada 67 reaksi dan 9 perkongsian sahaja.

👉 Kelab Chedet ada 2.5k reaksi, 897 komen dan 153 perkongsian. Tetapi sasaran mereka bukan focus kepada matlamat kempen sebaliknya memuji batang tubuh Perdana Menteri.

👉 Halaman agensi kerajaan seperti Lembaga Getah, Kementerian Industri Utama, mempunyai kadar reaksi yang sangat rendah dan tidak memperkatakan secara jelas tujuan kempen.

👉 Halaman pembangkang seperti Najib Razak, Tun Carlos, Saya Sayangi Lim Guan Eng mendapat reaksi ramai dan jumlah perkongsian yang melebihi ribuan jika disatukan. Komen pula seperti biasa gabungan sindiran, kecaman, kritikan, ejekan dan kutukan. 


Jelaslah, rakyat Malaysia tidak tahu apakah maklamat kempen ini bahkan yang menyokong kerajaan juga tidak berupaya untuk menyebarkan agenda kerajaan kerana TIDAK FAHAM APA SEBENARNYA MOTIF DISEBALIK KEMPEN SAYANGI SAWITKU ini.

Setelah melakukan sedikit semakan, mendapati kempen Sayangi Sawitku merujuk kepada;


👉 Menyokong produk sawit tempatan


👉 Produk sawit itu adalah produk sawit yang telah siap diproses

👉 Ia membantu untuk memasarkan pelbagai produk sawit tempatan yang dikeluarkan oleh usahawan, pengilang dan peniaga

👉 Dan sawit Malaysia mempunyai kualiti yang baik

👉 Jika mereka menggunakan sawit Malaysia dalam bentuk produk, ia akan meningkatkan permintaan dan sekaligus akan meningkatkan permintaan ke atas sawit mentah. Hal inilah yang akan membantu meningkatkan harga sawit

👉 Tidak pasti samada kesemua produk sawit siap proses diusahakan dan dipasarkan oleh usahawan tempatan atau pelbagai

Bagaimanapun terdapat beberapa pertikaian mengenai kempen Sayangi Sawitku.


Pertikaian-pertikaian itu adalah seperti;

👉 Sawit mentah yang mengalami penurunan harga disebabkan penurunan permintaan kerana menghadapi ancaman sekatan dan urusniaga yang gagal. Permintaan kurang dan keluaran banyak.

👉 Harga sawit diproses seperti produk-produk keluaran sawit masih mahal, contohnya minyak masak, majerin, sabun, dan santan sawit. Harganya tidak mengalami penurunan dalam negara.
👉 Kempen Sayangi SawitKu seperti, masalah berlaku kat bahagian lain tetapi bahagian lain pula yang perlu diperanankan untuk menyelesaikan masalah.

👉 Pengguna di Malaysia tidak memboikot sawit Malaysia ataupun produk berasaskan sawit. Jauh sekali melancarkan kempen Bencilah SawitKu.

👉 Kempen ini sepatutnya sasarkan mereka yang anti sawit Malaysia atas pelbagai alasan, termasuklah alasan merosakkan hutan dan kesihatan.

👉 Ini bermakna kerajaan perlu merangka satu usahasama dengan pihak luar negara ataupun Tourism Malaysia, bagaimana nak mengubah sangkaan jahat terhadap produk berasaskan sawit. 

👉 Contohnya membawa produk sawit keluaran sawit tempatan yang berkualiti baik ke pelbagai program usahawan di luar negara.

👉 Mengadakan kempen Sayangi SawitKu secara antarabangsa, sasarkan mereka yang boikot produk sawit.

👉 Mengeluarkan perangkaan dan data bagi membuktikan sangkaan jahat terhadap sawit keluaran tempatan adalah merosakkan kesihatan, adalah tidak benar jika diambil dengan cara yang betul. Membetulkan persepsi kononnya Malaysia merosakkan hutannya dengan menanam sawit juga adalah tidak tepat.

👉 Membuktikan sawit negara berkualiti tinggi dan sepatutnya digunakan dalam proses pengilangan bagi produk-produk yang memerlukan minyak sawit dalam resipi/bahan.

👉 Membawa pelancong ke kilang proses sawit, wujudkan muzium sawit, wujudkan muzium yang pasarkan produk sawit untuk dibeli dengan harga lebih murah supaya pelancong boleh bawa ke negara masing-masing. Bila mereka pulang dan merasai sendiri produk sawit tempatan, mereka boleh fikir ianya berbaloi untuk dibeli ataupun tidak.

Satu lagi kesilapan kerajaan ialah mereka tidak mengadakan pra pelancaran.

Tak semestinya kita bersetuju dengan kempen yang tersalah arah ini, tetapi menjadi kerajaan, perlu mahir menyalurkan maklumat.

Mereka sepatutnya mengadakan pra pelancaran seperti;

👉 Menyebarkan maklamat kempen dalam bentuk penerangan, grafik, video dan kenyataan mudah

👉 Berkalobrasi samada dengan penyedia iklan seperti Adsense (market online) atau RTM untuk menyebarkan kempen secara menyeluruh sebelum majlis pelancaran besar-besaran diadakan, biar semua orang tahu.

👉 Bersedia dengan serangan pembangkang yang akan melihat aspek negatif di pelancaran kempen Sayangi SawitKu. Perlu di posisi bersedia untuk menangkis hujah.

👉 Perlu ada senarai produk yang terlibat dalam kempen Sayangi SawitKu. Senarai itu pula menyediakan kelebihan-kelebihan kenapa produk yang menggunakan sawit Malaysia ini baik digunakan tanpa memburukkan produk lain.

Kegagalan kerajaan menyampaikan maklumat secara cekap, menyeluruh dan cepat terlalu teruk. Ia perlu diperbaiki. Apabila penyokong anda sendiri tak faham apa motif Kempen Sayangi SawitKu, anda sememangnya gagal besarlah. - 25 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...